Tuesday, 16 August 2016

PERBAHARUI KAD DEBIT MAYBANK MELAUI MAYBANK2U

Assalamualaikum..




Saya dah berkira2 nak suruh suami ambil cuti sebab nak perbaharui Kad debit Maybank saya macam yang dah diwar-warkan sebelum ni oleh pihak Maybank ,bahawa semua pemegang Kad debit diminta memperbaharuui kad debit yang sedia ada.

Tapi nampaknya tak jadi la sebab nak memperbaharui Kad debit tu tak payah pergi ke cawangan Maybank.Semuanya boleh dibuat melalui online sahaja.


Cuma buka laman web maybank2u kemudian log in dan dibawah penjuru kiri ada gambar macam diatas.Klik bahagian tu dan ikut langkah2 yang dia suruh.Tak sampai 5 minit dah selesai..Tunggu je 14 hari untuk proses kad debit korang.

Lega betul rasanya.Cuma sampai sekarang saya tak tahu apa beza kad yang baru ni.Kalau kad lama ni yang saya tau cuma boleh buat buat transaksi untuk sesetengah benda je..Contohnya macam kalau nak beli game atau smule ke kat app store tak boleh..Sebab tu kat smule makcik bukan vip tau..hehehehe..

Bagus la boleh buat online ni sebab Maybank kat rumah saya ni memang setiap hari ramai.kalau lalu depan bank tu macam ada kenduri kawen tau..Entah apa la urusan diaorang sampai setiap hari penuh kat bank.hehehhe


Ok..makcik dah boleh lega sekarang..



sekian..

10 comments:

  1. Boleh tuko online ek makcik...ini sudah bagus tak yah gi bank.
    Esok mak nak try jugaklah. Jimat masa kita ek...

    ReplyDelete
  2. Katanya pertukaran kad baru untuk ciri-ciri keselamatan.

    ReplyDelete
  3. sementara kita nak tunggu siap kad baru & di hantar tu masih valid lagi tak kad lama tu. Haritu try nak apply online tapi system down sampai sekarang lupa pulak nak buat balik

    ReplyDelete
  4. Selagi kad baru belum diaktifkan, kad lama boleh digunakan..bila kad baru diaktifkan, kad lama bolehlah digunting sbb kalau pakai pun mmg tak valid dah..baru je sy aktifkan kad baru tadi..senang je.. :)

    ReplyDelete
  5. belum tukar lagi kad baru.. hehe

    ReplyDelete
  6. Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. MASA: dahulu dan sekarang

    ReplyDelete
  7. dah tukar dah sbb org bank yg paksa ..selamat

    ReplyDelete
  8. pasni g mekdi wave je kan kad baru ni ;-)

    ReplyDelete
  9. senangnya nk tukar kad maybank. bleh buat online je :) BSN kena datang cawangan sebab kita nak cap jari and bio IC pemohon ..

    ReplyDelete
  10. Saya pun belum tukar sebab cawangan maybank berdekatan asyiklah ada 'kenduri-kendara' macam makcik cakap. Raya dah habis, saya tak tahulah kenduri apa lagi depa ni!

    Pernah pergi tapi bila ambil nombor, nah... lagi 30 orang menunggu di depan. Biarlah saya berundur diri...

    Senanglah macam ni boleh tukar online. Saya pun nak buat jugalah!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();