Skip to main content

PENGASAS V'ASIA NAK BERI RM10 RIBU PADA 10 ORANG YANG MEMERLUKAN BANTUAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum..



Saya suka berniaga.Memang minat berniaga dari dulu lagi.Sekarang pun saya berniaga kecil-kecilan je..Setakat menjual pada kawan2 dan jiran2 saja..Mungkin tak rasa lagi la cabaran berniaga yang besar-besar macam sesetengah orang.Tapi saya faham kesusahan tu macam mana bila produk tak laku, saingan berniaga yang sangat kuat dari peniaga lain , belum campur lagi bab dianiaya dan sebagainya.Tapi kita ni kena kuatkan lah semangat dan teruskan usaha.jatuh banyak kali tu kan jalan untuk kita berjaya..



Bila saya terbaca komen2 di satu page seorang ahli perniagaan ni saya rasa sedih , kasihan dan terfikir macam mana la diaorang nak teruskan perniagaan diaorang kalau begitu punya kuat cabaran dalam perniagaan yang diaorang alami.Dalam satu page yang mengggunakan nama ahli perniagaan terkenal Dato Azril Mohd Radzi, pengasas V asia, ada banyak komen yang meminta simpati dan pertolongan ahli perniagaan ni.




Ni semua gara-gara satu status yang dimuat naik di satu faceook page menggunakan nama Dato Azril  yang mengatakan Dato Azril  akan menyumbangkan rm10 ribu seorang untuk 10 orang yang memerlukan bantuan perniagaan.

Tapi sebenarnya akaun tersebut adalah akaun palsu dan bukan milik Dato Azril yang sebenar.Salam laman instagram milik Dato Azril, beliau menjelaskan bahawa akaun tersebut adalah palsu dan hari ni dia dia akan membuat laporan kepada pihak berkuasa.



  Jadi pada yang ada tinggalkan komen di page berkenaan lupa kan saja lah hasrat anda tu dan jangan lah berharap..Dato Azril hanya ada akaun instagram sahaja.Beliau tak de akaun facebook dan twitter..Pada pihak yang buat akaun palsu tu, tak kesian ke kat orang lain.tak de rasa bersalah ke??


sekian..

Comments

  1. kesian sebenarnya kan, ramai lagi orang susah di negara kita

    ReplyDelete
  2. allahu macam2 la perangai manusia ni...

    ReplyDelete
  3. agk nyer org yg sm mcm kes dato' vida nk kasi LV tu...

    ReplyDelete
  4. Dia ni adik beradik dengan Datok Aliff Syukri ke Makcik? Mcm sama pulak mukanya, susah jugak jadi org kaya kaya ni.....

    ReplyDelete
  5. ya Allah...byk dosa org tu, dosa fitnah lain, dosa hampakan harapan org2 yg nak bantuan tu lain. Moga dia kembali ke jalan benar.

    ReplyDelete
  6. Sampai hatikan orang yang buat macam tu sampaikan ada yang mengharap sangat dapat bantuan daripada dato' ni.

    Suka-suka hati aje menganiaya orang!

    ReplyDelete
  7. aah.. zati baru terbaca semalam. pastu tengok kat fb page tu.. baru buat kot page tu. dah agak dah. mesti fake punya.. tapi kesian la kat sape2 yang betol2 nak pertolongan tu

    ReplyDelete
  8. kesiannya... tak baik betul buat macam tu...

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …