Saturday, 20 August 2016

MASIH AWAL..BERSABAR LA...

Assalamualaikum...



Buat blog memang tak boleh kaya.boleh senang sikit je..
kalau awak blogger sepenuh masa pun awak kena tumpukan
pada blog lebih berbanding orang yang kerja 8-9 jam sehari.
baru awak dpat hasilnya.
Salah satu cara nak senang dengan blog ialah dengan Nuffnang.
Bukan sedikit blogger yang dah berdaftar dengan nuffnang.
Lagi2 untuk blogger baru ,nuffnang la permulaan awak untuk belajar
dapatkan hasil dengan blog.

Nak kekal dalam dunia blogging ni awak kena belajar dari blogger2 lama nun.
Awak google je la tips blogging.memang banyak yang
dikongsikan oleh blogger2 lama.
Tapi ada sesetengah perkara yang mereka kongsikan
tak sesuai dengan awak yang baru masuk ke dunia blog.
Awak kena tengok situasi awak sendiri..

Ada setengah blogger baru ni dia buat blog
terus dia nak tahap dia sama macam blogger yang dia idolakan.
Blogger tu income sebulan 4 ribu dia pun nak..
baru buat blog,ilmu pun 0 terus pakai wordpress..
terus pakai dot.com..sabar...
cari ilmu dan serasikan dulu rutin blogging tu dengan diri awak..
kalau tidak,awak tak kenal pun dunia blog macam mana..
kena update ikut jadual..kena cari pembaca,
kalau tak de pembaca,update pun sebulan sekali,
tak nampak la hasilnya..

Lepas tu sekerat jalan je la..
semangat hilang,lambatt sangatt nak dapat income katanya..
last2 blog tu dia tinggal macam tu je..Rugi masa dan rugi duit,

Awak tanya la mana2 blogger pun..
awal2 dulu berapa income  dia dapat dengan blog..
awal2 tu maksud saya tahun yang pertama dia buat blog.
ada yang tak dapat hasil pun lagi time tu..
masuk tahun ke dua baru ada hasil..itu saya la...:p

walaupun muka saya ni tak keluar majalah,
tak masuk iklan tv..tapi saya rasa seronok dengan blog saya..
memang saya sendiri pun tak mau masuk dalam dunia majalah dan iklan tv ni.
saya suka blog saya yang sekarang kerana saya tahu betapa
susah nya nak nak naikkan blog saya ni..
saya tak berpaut pada siapa2 bukan kerana saya sombong tapi
saya nak tengok apa yang saya mampu buat dengan usaha saya sendiri.

Saya harap entry ini dapat menaik kan semangat kawan2
yang kadang2 naik dan turun..saya faham...:)


sekian...

4 comments:

  1. Betul2 yang penting kita usaha sendiri dan tak harapkan orang lain.. btw selamat pagi :)

    ReplyDelete
  2. Salam dan Selamat pagi,,, sangat setuju apa yang ditulis...

    ReplyDelete
  3. tahun pertama takde apapun income dari blog. Buat blog atas dasar minat menulis jer mula2. tak pernah terfikir akan mampu jadi sumber pendapatan macam hari ni. Bekerja dengan blog sama bekerja dengan kreativiti.. kena ada minat. Tak ada memang tak payah berangan sangat la nak dapat income 4 angka bagai. Minat je pun tak cukup.. kena ada usaha, kena rajin & kena berani. Ni kena kutuk dengan anonymous pun dah cakap nak tutup blog, better tak payah berblog hehehe

    ReplyDelete
  4. Betul tu kata Diana. Kena berpijak pada bumi nyata ajelah. Jangan asyik berangan Mat Jenin walaupun percuma. Bukan senang nak buat duit dengan berblogging, lebih-lebih lagi sekarang ni. Macam dah tepu pulak dunia blogging ni. Tapi kalau kita pandai, tentu ada jalannya jugakan nak jadi senang dengan hanya berblogging.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();