Tuesday, 9 August 2016

MASALAH WANITA SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum...



Melahirkan anak adalah satu pengalaman indah bagi ramai ibu-ibu..
Walaupun kesakitan melahirkan tu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
tapi selepas tengok je wajah baby kita hilang terus rasa sakit tu.
Bagi saya sendiri pengalaman berpantang lebih terkesan
dari pengalaman semasa nak melahirkan 2 anak saya ni.hahah..
dengan luka jahitan yang belum kering, tidur yang tak cukup,
dan macam2 lagi la, buat saya takut nak melalui tempoh berpantang sekali lagi..:p

Mujur la suami banyak bagi semangat, kata2 positif
dan dia banyak membantu saya walaupun saya berpantang sendiri.
Alhamdulillah dia tahu apa yang perlu dia buat dan yang saya tak boleh buat.

Tapi bagi sesetangah wanita kehambaran ketika berpantang tu berlarutan
sampai la selepas habis tempoh berpantang.
Dan ada yang bagi kesan tak baik pada hubungan suami isteri.


Antara masalah yang sering dihadapi
oleh wanita selepas melahirkan ialah  kurang rasa percaya pada diri sendiri.
Nak buat apa pun semua takut.
Sampaikan nak bersama dengan suami pun masih risau.
rasa ngeri  yang sampai boleh menangis la..

Ada juga wanita yang murung sebab bentuk badan
berubah dalam masa hanya beberapa bulan selepas melahirkan.
nak makan produk kurus dan buat diet tak boleh
sebab masih menyusukan anak..
Nak bersenam tak sempat sebab anak tak mau berenggang..



Masalah murung ni kadang2 dia jadi punca pulak
pada tekanan emosi yang boleh memudaratkan si ibu tadi.
jangan ingat masa berpantang je ibu2 boleh kena meroyan tau.
kalau tak diubati meroyan ni ada wanita yang bertahun mengalaminya.

Pesanan saya untuk ibu2 yang bakal melahirkan dan dalam tempoh berpantang ni..
hargai lah masa yang indah ni..Tak payah la fikir pasal benda lain.
Lupakan sekejap tentang bentuk badan,
tentang suami cakap kasar ke, tentang perkara2 yang mengganggu fikiran.
Ini masa untuk kita rilek2 jaga baby saja.


Sebab tu masa berpantang kita kena dok rumah je..
kalau boleh fb pun jangan buka sangat la..
mengganggu emosi je.ok..

lepas habis pantang, pergi spa..
buat urutan bagi badan segar..
banyak kan masa berbual dengan suami...
lama2 nanti ok la..

sekian...

6 comments:

  1. Apa yg Dee paparkan semuanya ada kebenarannya.
    Bukan semua org mampu sentiasa positif kan.
    Kakak sendiri dulu nak mulakan bersama pun memang ngeri dan takut tau Dee
    Macam takut koyak haha.... kalau ingat balik gelihati pulak.

    ReplyDelete
  2. berpantang ni nmpk penat dan perit tp sbnr nyer inilah kebaikan utk wanita pd ms hadapan...

    ReplyDelete
  3. Huhh betul tu masa tempoh berpantang kita dengarlah ckp org tua2 ye pesanan...badan nak pakai lama...jgn ikut sedap kita je...kemudian hari kita yg merana siapa pun x dpt tolong

    ReplyDelete
  4. paling ngeri dengan cerita suami cari lain. allhurabbiiiiiii. mase tu rase nk bawak diri, nk hdup dgn ank je.

    ReplyDelete
  5. thanks sis diana
    share info tu.. =)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();