Skip to main content

KHABAR TERKINI TENTANG PEROKOK CILIK YANG GAMBAR NYA PERNAH MENJADI VIRAL

Assalamualaikum...



Masih ingat tak dengan kanak-kanak ini .Gambar nya yang sedang merokok pada tahun 2010 menjadi viral bukan saja di negara kelahiranya , Indonesia malah hingga ke Malaysia dan Singapura juga hebat membincangkan tentang gambar nya yang ketika itu berusia 2 tahun.



Ardi Rizal yang pada waktu itu dia dikatakan mempunyai tabiat merokok hingga mampu menghabiskan 40 batang rokok sehari.malah penyebaran gambar nya itu menarik perhatian pihak berkuasa tempatan.Mesti ada yang tertanya2 apa kabar dengan anak kecil ini..kan??



Menurut littlethings.com Ardi sekarang sudah bebas dari tabiat merokok.Selepas menjalani beberapa rawatan dan  terapi dia kini membesar dan sihat seperti kanak-kanak lain seusianya.



Selepas kisahnya menjadi viral dia diakatakan meninggalkan kampung halaman nya di Sumatere dan dibawa ke jakarta untyk mendapatkan rawatan dan selepas beberapa rawatan dan terapi dilakukan dia akhirnya bebas dari tabiat merokok.



Selepas berhenti dari tabiat merokok Ardi menghadapi masalah lain apabila dia dikatakan sukar mengawal tabiat makan nya.namun ianya tidak berlarutan dan sehingga kini Ardi mampu mengawal jumlah makanan yang diambil supaya tidak berlebihan.


Dan Ini lah wajah terbaru Ardi sekarang yang sudah berusia 8 tahun...Kisah ni memberi pengajaran pada ramai ibu bapa supaya tidak berlebih -lebihan memanja kan anak-anak.Ada beberapa perkara yang kita perlu tegur dan larang.Memang kadang2 bila anak mengamuk dan nak kan sesuatu kita jadi hilang arah dan untuk menenangkan keadaan  kita bagi saja apa dia mahu.tapi kesan buruknya akan kita lihat sepanjang dia membesar.


sekian..


Comments

  1. Tergelak bila teringat video dan gambarnya suatu ketika dulu. Alhamdulillah sudah tidak merokok.

    ReplyDelete
  2. Mujur la jasmeen xmerokok hahahaha. Risau gak dia bnyak makan, tapi better daripada dia pulun rokok 40 btg sehari 😂

    ReplyDelete
  3. baguslah kalau sudah berhenti..tak baik budak-budak atau orang tua merokok..

    ReplyDelete
  4. yg mek heran cam mane dia bleh start merokok. make sense ke tak ayah dia tu?

    ReplyDelete
  5. Nasib baiklah boleh dibendung ketagihannya merokok. Kalaulah tak viral masa tu, tentu budak ni masih lagi merokok sampai kini.

    Saya pun sayang anak juga tapi kalau dah macam ni mudarat, takkanlah nak ikut juga kata anakkan!

    ReplyDelete
  6. Macam macamlah dunia sekarang nikan. Nasiblah boleh stop ketagihan tu, kalau tak boleh..... berat tu nampaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…