Wednesday, 17 August 2016

KETAHUI ADAKAH ANDA BERISIKO DISERANG STROKE

Assalamualaikum...



Tiada siapa yang boleh menduga bila seseorang tu akan di serang stroke atau serangan otak.Stroke ni macam serangan jantung juga .Ianya datang mengejut dan secara tiba-tiba.Stroke berlaku apa bila darah dihalang dari mengalir dalam saluran yang dibekalkan pada otak.

Ada beberapa fakta tentang stroke yang patut kita semua tahu dan juga rujukan tanda-tanda anda berisiko diserang stroke.

1-Stroke lebih cenderung menyerang lelaki berbanding wanita.mengikut statistik stroke lebih mudah  menyerang lelaki ketika berusia 75 manakala wanita pada usia lebih 85 tahun.Ada yang mengatakan stroke adalah penyakit orang tua namun jika anda tidak mengawal gaya hidup dan pemakanan anda , anda akan lebih mudah di serang stroke sebelum umur 75.

2-Jika ibu anda, ayah , atau ada saudara terdekat diserang stroke , risiko untuk anda diserang stroke adalah 1/3 lebih tinggi.

3-Merokok boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel yang melapisi saluran darah, menyempitkan arteri dan menggalak kan pembbentukan darah beku.Ianya juga meningkatkan tekanan darah dan mampu menyebabkan anda diserang stroke..Terdedah kepada asap rokok juga akan meningkatkan risiko stroke sebanyak 30%.Jika anda sukar untuk berhenti merokok elak kan orang di sekeliling anda terkena asap rokok anda.

4-Minum alkohol boleh meningkatkan risiko stroke lebih tinggi terutamanya untuk mereka di usia pertengahan.Jika dalam sehari anda minum alkohol secara berebihan, dalam masa 12 jam anda berisiko tinggi diserang srtok.

5-Berat badan berlebihan atau yang mempunyai BMI 25 atau lebih berisiko tinggi diserang stroke.

6-Kurang bersenam dan gaya hidup yang tidak aktif andalah punca anda diserang stroke.Anda sepatutnya bersenam 20-30 minit sehari sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

7- Berdebar dan hati gementar.Keadaan yang dipanggil fibrilasi .Ianya menyebabkan darah berkumpul di atrium dan menyebabkan stroke.

8-Mempunyai Diabetis bermakna kandungan gula dalam badan anda sangat tinggi.Ianya juga petanda anda bukan sahaja akan terkena stroke malah penyakit lain yang lebih berbahaya.

9-Kolestrol tinggi aatau kolestrol berlebihan akan berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak.Plak ni akan menyempitkan saluran darah dan menhalang pengaliran datah.Lebih memburuk kan keadaan plak ni akan pecah dan menghantar darah beku ke otak.

Diharapkan dengan sedikit perkomngsian ni akan menyedarkan kita bahawa stroke boleh dielak kan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.Anda boleh mengelak dari terkena serangan stroke walaupun ianya menyerang secara tiba-tiba ..


sekian..

5 comments:

  1. Bahayanya strok dalam diam ni...aduyaiii tetiba muhasabah diri

    ReplyDelete
  2. moga kite dijauhkan dr penyakit nih

    ReplyDelete
  3. Ada diantaranya sedang auni alami sekarang. Doktor pun ada cakap auni berisiko untuk diserang stroke. Minta2 dijauhkan :(

    ReplyDelete
  4. STROKE BOLEH MENYERANG XKIRA SIAPA N MASA...ADA DOA YG BOLEH DIAMAL MENGELAK STROKE

    ReplyDelete
  5. Takut tau kalau baca pasal stroke ni. Setiap kali baca, setiap kalilah terus rasa insaf.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();