Friday, 26 August 2016

JADI ORANG POPULAR JANGAN ASYIK UPDATE STATUS TAK PUAS HATI

Asalamualaikum...




saya ni suka follow akaun sosial pengasas produk kecantikan dan juga orang2 yang terkenal ni.Bukan apa,..sekadar nak naik kan semangat.Tengok orang-orang  berjaya ni buat kita pun rasa ingin berjaya walaupun dalam bidang yang berbeza.Bukan nak popular macam diaorang pun..cukup sekadar dapat ilmu macam mana cara nak cari duit.nak tengok juga gaya hidup diaorang macam mana dalam mengekalkan kejayaan tu..

Bagi saya sebagai seorang yang mengasaskan perniagaan yang besar dan dikenali ramai perlu la untuk dia menampilkan sisi baik dan memberi kata2 semangat pada pengikut-pengikut  dia dilaman sosial.Walaupun ada yang pandang negatif tapi dia perlu tunjuk kan sikap tak peduli pada rumput rampai ni.Betul tak??Contohnya macam Dato Alif Syukri tu..Kau cakap la apa pun pasal dia, dia tak heran pun..Dia terus melangkah jauh tinggalkan orang lain.Begitu juga dengan Dato Vida, macam-macam orang mengata tapi dia tetap ceria.

Tapi ada lah sorang pengasas produk kecantikan ni.Setiap hari ada saja status emosi  penuh perasaan yang dia update di laman sosial dia.Dulu kisah dia pernah jadi viral.Jadi kita follow la sebab nak tahu apa rahsia kejayaan dia walaupun di himpit dengan berbagai cabaran.

Tapi yang tak sedapnya dia suka sangat update pasal orang dengki kat dia, dia kecil hati dengan orang tu orang ni..Orang tikam dari belakang, komen2 yang dia tak suka..benda2 gitu terlalu banyak dia update.memang la kisah-kisah  macam tu adalah cabaran yang dia hadapi untuk berjaya.tapi tak perlu la hari-hari  kot nak cerita sebab semua orang tahu setiap pengasas produk kecantikan dan mereka2 yang berjaya ni ada kisah sedihnya dan tak semua orang ikhlas dengan mereka.Ada yang mengambil kesempatan dan tikam dari belakang.Dah tahu dah cerita macam tu..

tapi tu la..mereka pun manusia biasa..kan??cuma kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh..kan??heheheh

sekian...

2 comments:

  1. Hanya dialah yang ada kisah pahit manis, sedih dan suka, jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Saya memang tak mengikutilahlah, sesekali aje bila terbaca, layan aje ceritanya!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();