Thursday, 18 August 2016

INI CARA UNTUK BUAT ANAK KECIL BELAJAR MINTA MAAF

Assalamualaikum...



Semalam anak saya ,Mikhail buat perangai , mengamuk-amuk sebab nak tengok Boboiboy musim 4.padahal saya saya dah cari kat Youtube tak de pun Musim 4.Yang saya dah download untuk dia tonton di tv tu  cuma sampai musim 3 je.Akhirnya saya malas nak layan dan biarkan dia mengamuk..Dia panggil pun saya buat tak tahu.Akhirnya dia datang pada  saya dan saya katakan padanya , minta maaf dulu pada saya sebab perangai buruk dia tadi.Dia minta maaf tapi bunyinya tak jelas.hanya dengar bunyi mengumam sahaja..nampak sangat tak ikhlas minta maaf.Saya ceritakan pada suami dan kami berbincang tentang hal bagaimana cara nak buat anak minta maaf dengan ikhlas hati memandang kan Mikhail masih kecil.



Berbeza dengan Maisara, anak pertama saya.Dia nampak lebih ikhlas bila minta maaf walaupun masa tu dia baru berusia 5 tahun...Tak perlu disuruh, dia tahu bila dia perlu minta maaf dan mengakui kesalahan nya.

Kami berdua bersetuju untuk guna pendekatan baru bagi mengatasi masalah Mikhail yang susah nak minta maaf ni.Mungkin ada ibu bapa yang kesnya macam Mikhail boleh cuba kaedah ni.



1-Tidak memaksa anak meminta maaf..Sebenarnya memaksa anak meminta maaf ada kesan buruknya iaitu anak  tak kan belajar untuk meminta maaf dengan ikhlas dan perkataan maaf baginya hanya sebagai  kata untuk menyelamatkan diri sendiri.

2-jelaskan tentang kesalahan nya selepas keadaan reda dan dia dalam keadaan tenang.Ini akan membuatkan dia sedar apa kesalahan nya dan perasaan ingin meminta maaf tu akan timbul sendiri.


3-ahli keluarga lain perlu lebih kerap meminta maaf di depan anak.Misalnya si kakak yang tak kisah untuk meminta maaf pada adik.Atau ayah yang meminta maaf pada anak.Sekurang-kurangnya bila anak kecil dengar dia pun akan terbiasa meminta maaf walaupun bukan untuk kesalahan-kesalahan yang besar.

Saya rasa untuk anak yang seusia Mikhail (4 tahun ke bawah) 3 perkara diatas ni permulaan untuk mengajar anak-anak meminta maaf.Semoga bermanfaat juga untuk ibu bapa yang lain..


Sekian..





9 comments:

  1. saya pun biasakan guna kaedah yang sama...

    ReplyDelete
  2. memang btul..ada tu bila ank dh mntk maaf die suruh kita pun mntk maaf skali..hehe.tp betul..bila ank dh mngamuk kita jd geram..so dari mrh, baik diam je..huhu

    ReplyDelete
  3. akan cuba juga cara ni..thanks atas perkongsian ni ye

    ReplyDelete
  4. bagus perkongsian nie....
    singgah pagi...

    ReplyDelete
  5. tq utk share nih... mmg kene biasakan ajar aiyan....

    ReplyDelete
  6. Auni antara yang rajin minta maaf dengan suami & adik2 sekarang. Lepas tu sekarang baru nak belajar minta maaf dengan parent, kalau tak asyik ego je walaupun sendiri yang salah.

    ReplyDelete
  7. kan, kita kena jadi contoh yg baik :)

    ReplyDelete
  8. Anak saya nombor dua tu kalau minta maaf dia mumbling aje bukan sebab dia tak ikhlas tapi dia takut kita marah dia balik. Selalunya kalau mereka buat silap, mereka akan cepat-cepat minta maaf supaya lepas tu boleh buat perkara lain lagi dan minta maaf lagi kalau silap!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();