Skip to main content

CARA MUDAH HILANGKAN HANYIR IKAN KELI

Assalamualaikum..

gambar : rasa.my
Bagi penggemar ikan keli, rasa ikan keli yang lembut dan berlemak menjadikan ikan keli dapat dihidangkan dengan berbagai  cara dan masakan.Namun adakalanya bau ikan keli yang hanyir membuatkan selera si penggemarnya mungkin terjejas.Bau ikan keli yang hanyir mudah dihilangkan jika kita tahu cara nya.Malah menghilangkan bau ikan hanyir ikan keli juga akan membuatkan masakan lebih sedap dan cara menghilangkan bau hanyir ikan keli juga sangat mudah, ringkas  dan tidak mengambil masa yang lama.

Ikan keli berbau hanyir kerana dia tinggal di dalam lumpur.Bau tanah yang melekat pada ikan keli membuatkan ikan ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.Tak semua orang suka namun cara menghilangkan bau hanyir ikan keli ini mungkin akan mengubah citarasa anda yang tidak gemarkan ikan keli kepada seorang yang suka kan hidangan ikan keli terutamanya ikan keli sambal berlada.



Cara hilangkan hanyir ikan keli .

1-siang ikan dan buang semua kotoran pada ikan.Sebenarnya isi perut ikan ni la yang membuatkan ikan ini hanyir.sekian lama dia tinggal didalam lumpur segala kotoran masuk ke dalam perut ikan keli.

2-Hilangkan lendir ikan keli dengan mencampurkan cuka dengan sedikit air.basuh ikan keli dengan meratakan campuran cuka tersebut pada ikan..Boleh juga menggunakan garam kasar atau pun limau nipis.Basuh dengan air bersih

garam kasar.
3-gaul  ikan dengan garam atau pun daun serai..biar seketika. dalam 10-15 minit.kemudian bilas bersih dan boleh lah di masak .

bagi yang tak tahu nak siang ikan keli , masa beli tu boleh suruh peniaga tu siangkan terus.macam saya tak berani nak bawak balik dia hidup2..Tak pasal2 ikan keli tu duduk dalam akuarium je sebab tak sanggup nak siang dia..hehehe

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..

Comments

  1. sdpnyaa.
    yui suka keli tp xpnh bsuh keli. hahahah

    ReplyDelete
  2. Sally tak makan ikan keli, ikan sungai lain je makan..hihihi

    ReplyDelete
  3. Suka makan.. tapi tak suka nak masak sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  4. tak suka mkn .. sbb entah la ..

    tp klu kat kg aku org cuci ngan daun gajus .... lendir hilang bau tiada

    ReplyDelete
  5. aida cuci dgn limau nipis, diana.
    memang biasa beli & masak ikan keli.
    beli kat mall da siap siang :)

    ReplyDelete
  6. Saya tak makan ikan keli dan saya pun tak pandai siang ikan. Semua ikan saya beli saya suruh peniaga tu siang siap-siap!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…