Monday, 8 August 2016

BLOGGER KENA BLOGWALKING SETIAP HARI.

Assalamualaikum...



Hari ni nak cerita pasal blogger je..
suka tak?suka tak?
esok2 kita cerita pasal lain pulak..
Jangan risau..ini kan blog pasembur..
teloq ada, coq udang ada , sosej ada, sengkuang, timun,, kuah kacang...
erm..macam2 ada aih..

Cerita pasal blog..
Saya tengok blogger sekarang ni tak ramai yang suka blogwalking.(bw)
Bagi yang tak tau , blogwalking ni sangat penting..
lagi2 kalau blog kita ni memerlukan pembaca.
lain la kalau hang tulis untuk sendiri baca tak payah la blogwalking.
Tapi nak orang baca blog kita , kita kena la blogwaking
di samping ada perkara2 lain yang perlu juga di titik beratkan.
wah!!keluar dah bahasa buku dia tu..heheh

Untuk blogger yang rajin tulis review berbayar ,
blogwalking ni perlu sebab review awak perlu ada pembaca.
Bagi setengah2 advertiser komen di blog awak juga
sangat pentimg bagi mereka.
Dari komen2 di blog awak tu la mereka nak kenal pasti apa kehendak
pengguna dan pandangan pengguna berkaitan produk diaorang.
jadi kalau ke blog2 yang ada review tu sila la tinggalkan komen korang yang jujur dan telus.
nak dapakan komen awak kena la blogwaking ke blog lain .
jangan ingat bila kita tulis review kita cuma nak post kita tu
ada dalam carian google je..

Ada beberapa review yang saya tulis ,
komen yang ada di post saya tu owner produk
atau advertiser sendiri yang balas setiap pertanyaan dan
komen dari pembaca.
jadi jangan ingat diaorang bayar dan tak tengok pun post awak tu ye..

Blogwalking juga sebenarnya akan membuatkan kita menulis
dengan lebih baik.
Kita pergi blog lain kita  nampak kelemahan dan kekuatan satu2 blog tersebut
terutamanya dari segi penulisan..
Masa tu la kita akan belajar unntuk menulis dengan lebih baik
Jangan ingat blogwaking ni hanya ke blog2 popular saja..
Saya tengok banyak blog2 yang kat bloglist dia tu
semua blog popular je..

kemudian dia punya keinginan nak jadi macam bloggger popular tu.
Siang malam bertenggek kat blog orang..
habis semua post dia komen , baca ..
tapi blog sendiri, dia sendiri tengok pun boring
sebab dia tak dapat capai macam blogger kegemaran dia tu..
Dah dia blogwalking pun kat 10 blog popular tu je..
kau fikir blogger kalau popular dia nak ke datang blog kita??
mimpi...Bukan tak boleh bw ke blog popular..
tapi lebih kan masa ke blog2 lain yang masih belum awak terokai..


Saya masih percaya dengan kuasa blogwalking ni..
sebab itu sampai sekarang saya masih blogwalking ke blog kawan2..
tak banyak pun..sehari setakat 30-50 blog saja..
kekangan masa ni kita tak boleh nak elak.
tapi cara saya setiap hari saya blogwaking ke blog yang berbeza..
Ada banyak lagi kelebihan blog walking yang di tulis oleh blogger lain..
bagi yang masih suka blog walking,
kalau nak blogwaking boleh jengah bloglist saya kat sini.
ada hampir 300 blog aktif yang penulisan mereka lebih hebat dari blogger popular.. :)

sekian..

23 comments:

  1. blogwalking ke blog saya juga ya =)

    https://at-tarmizi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. mmg pun.

    kalau jns yui, yg komen kat entry dan bloglist dlu wajib terjah. yg len mmg p bila ada masa.

    ReplyDelete
  3. :-bd betul tu..hihi. kalau rajin bw , :D

    ReplyDelete
  4. yes.. blogwaking mana yang termampu.. tapi blogger yg popular sentiasa dapat review berbayar, mana la nk bw kat blog kita ni kan...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas tips ini. Jika sudi boleh la blog walking ke blog saya. Kutiplah apa yang terbaik. Yang rasa tak baik, boleh komen, insyaAllah saya cuba perbaiki lagi.

    ReplyDelete
  6. setuju...kena batang hidung sendiri...huhu

    ReplyDelete
  7. Sally datang blogwalking ni akak! hihihi...mmg betul...kita tak boleh harap org je baca blog kita..kita pun kena sama la berjalan kan :)

    ReplyDelete
  8. salam..
    yaya suka je nk bw..
    tp mslhnyer..kurang line kt rumah..
    ni o9 kt offce je..huhu
    tau internet apa yg ok?guna pc la..xmo guna hp..hbis data ^o^

    ReplyDelete
  9. Wahh sangat berguna.. sy memang jarang BW sbb kebizian yang melanda.. Insyaallah pasni mencari ruang n masa utk BW..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    kagum dengan tuan punya blog ni yang selalu sampai ke blog ambo

    ReplyDelete
  11. blogwalking sini..hehe.bab blogger popular tu setuju bebenor..orang sibuk, mana ada masa jengah kita

    ReplyDelete
  12. Hahhaaahhhaa "kau fikir blogger popular dia nak datang ke blog kita"
    Setuju 200% dengan statement tu...
    Difikirannya mungkin bila listkan blogger fofular so ferfilingla diri pun popular juga cia...cia...cia...

    ReplyDelete
  13. da lama tak blogwalking..huhu mood kelaut

    ReplyDelete
  14. saya masih buat blogwalking waluapun tak banyak dalam sehari

    ReplyDelete
  15. Aida blogwalking tiap ari.
    terutama ke blog yg dtg blog aida.
    kunjungan balas ler kata kan...
    tu br nama nyer blogger :)
    Ramai kot blogger yg x blogwalking hi hi hi...

    ReplyDelete
  16. Seriously tips yang berguna sangat. Apa akak tips-kan tu agak betul jugak. Kalau komen kat blogger popular, belum tentu depa singgah kat blog kita. And auni percaya jugak dengan kuasa blogwalking ni.. sebab pernah try blogwalking blog2 yang tak pernah singgah, ada yang kekal singgah komen semua. Emmm lamanya tak blogwalking, sejak musim panas ni hilang semua mood.

    ReplyDelete
  17. Betul tu,
    Salam Perkenalan dari Yani...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();