Skip to main content

BETUL KE WECHAT HANYA UNTUK BUDAK-BUDAK

Assalamualaikum...





Saya pernah ada akaun WeChat.Masa tu ingat nak join contest satu produk minuman.tapi bila dah ada akaun tu saya rasa tak best langsung benda alah nama WeChat ni..Boleh kata hari2 saya terima mesej dari lelaki2 yang saya tak kenal

."Hi..boleh berkenalan.."

"salam kenal..apa kabar.jom borak.."

adoi..hari2 korang tau tak..orang yang berbeza pulak tu..Apa memang macam tu ke guna WeChat?Jadi saya uninstall WeChat dan sampai sekarang belum rasa nak menggunakan Wechat.Tapi ada anak kawan saya yang guna WeChat.Dia budak sekolah lagi.Dia kata...

" orang tak guna dah facebook tu..budak2 je guna facebook.orang guna WeChat sekarang ni.."

sumberKHK
Boooo....

hahhaahha...patut lah saya tengok ramai budak2 yang berlagak jadi dewasa di WeChat.baru tingkatan 3 dah ber mama papa dengan kekasih..Aduh!Rupa-rupanya mereka rasa mereka dah dewasa, dah besar..

Itu belum masuk bab ayat-ayat jiwang lagi..Ada yang nak toreh tangan la, berdoa dilanggar kereta la, nak langgar dinding sebab nak hilang ingatan la.memang kelakar sangat .
sumber KHK

facebook pun ada juga budak2 perangai tak semegah..dah nama pun budak..tapi mungkin sebab ramai yang guna facebook. Mak, ayah, abang, mak saudara , pak saudara , jadi budak2 ni nak up status "ala2 orang dewasa" pun diaorang takut2 dan malu ..berbeza kat WeChat.Sebab WeChatt ni lebih ramai budak2 je yang menggunakan nya..jadi mereka rasa itu dunia mereka la..Biasanya budak-budak ni kalau kat facebook pun dia kurang malu, kat wechat apa tah lagi..


Ada ke orang tua guna wechat??Mungkin ada..untuk stalk budak2 WeChat yang terjal2 ni..buat modal gelak2..hahaahh..

Sebenarnya kat mana2 pun ada bebudak macam ni..kat facebook, whatsapp,kat WeChat, twitter kat insta..Dulu kat blog pun ada macam ni..Nama pun budak2..tak berapa matang..Sabar la adik2..Korang akan dewasa jugak nanti.tak payah la dewasa sebelum masanya.Lalui lah zaman kecil korang ni dengan gembira .Kenapa nak stress2 sampai nak bunuh diri la, nak kena topup enpon tiap hari sebab takut kekasih merajuk bila tak whatsapp la,pening kepala sebab nak kena tipu mak ayah tiap2 minggu semata2 nak keluar jumpa kekasih, nak kena cari duit untuk beli hadiah hari jadi..Rilek la..akan datang juga waktu tu..jangan risau k...

sekian..

Comments

  1. rasanya kot...kita x guna wechat..hehe

    ReplyDelete
  2. xde wechat.... yg tua ganyut pun sama gatal mcm bdk2 ...sabar je la

    ReplyDelete
  3. salam..

    wechat ye..hurmmm. suatu masa dulu yaya slh satu pengguna..
    bkenalan dgn si dia pun melalui wechat la..haha
    bila da jmp, mmg da xde ati la nk guna wechat lagi..lama2 rasa cam boring. orang2 yg dtg chatt pun ntah pape .ayat semua mbosankan..and pendek kate sekrng da xguna wchat lagi..haha.

    ReplyDelete
  4. ekin pun ada account wechat tutup dah sebab ada org ajak SMS 18sx terus tutup hahahahha

    ReplyDelete
  5. akak guna wechat... tp wechat ngn sorang membe nih kt UK, dia sambung phd kt sana... tp tulah chat ngn kwn sorang tu je hehehhe...

    ReplyDelete
  6. Saya memang takdalah wechat ke apa ni. Nak guna whatsapp pun saya terkial-kial. Letih ler... tak kuasa nak 'mencurah perasaan' macam ni kat laman sosial ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …