Skip to main content

ADAKAH ANDA ORANG YANG MUDAH DIDEKATI KANAK-KANAK?

Assalamualaikum....



Kalau  nak tahu budak2 tak suka dekat saya..Mula2 tengok mesti dia akan duduk diam je..Menyorok belakang mak dia..hahahahah....Betul la kot orang kata wajah saya ni garang..Saya senyum bila perlu saja.Tapi sekali senyum bisa mencair kan seketul batu..Kahkahkah....Cuma bila saya tengok budak2 macam takut kat saya saya pun akan senyum la kat dia..usik2 sikit , tak lama lepas tu dia mula la berani dengan saya.Pas tu minta macam2..belanja eskrim la, nak pin tudung la, nak kek dalam peti es la..ermm...

Adakah kanak-kanak mudah mendekati korang?apa tanda nya kalau dia suka korang dan senang nak bergaul dengan korang.Adakah sebab korang ada pegang lolipop atau smartphone maka kerana itu dia dekati korang??oh..tak..tak pegang lolipop atausmartphone pun korang boleh jadi kesukaan kanak-kanak.



Atraktif atau kita sebut sebagai mempunyai daya penarik  bukan ada pada semua orang.kalau nak tahu korang ada daya penarik atau tidak cuba korang tengok sama ada kanak-kanak yang baru jumpa korang akan mudah dekati korang atau pun tidak.Kalau mula2 jumpa dah cakap tak suka, dah lari, tak suka di cuit2,tu maknanya korang tak de daya penarik, macam saya.kerana kanak-kanak tersebut ada perasaan kurang percaya pada kita.

kadang2 kita tengok orang tu tak cantik tapi ramai yang suka, budak2 senang dengan dia.Sebab nya daya penarik tu bukan diukur pada kecantikan wajah.Macam saya la..saya cantik tapi tak de daya penarik..(kahkahkah...ini contoh ye...)..daya penarik tu kanak-kanak dapat lihat sikap ceria, bahagia dan dia nampak keyakinan diri kita.



Macam saya , saya ni jenis kalau nampak budak saya kurang layan , tegur sekali dua, bila dia tak layan saya pun malas nak layan dia.Tapi orang yang mudah disukai kanak-kanak ni dia tegur sekali, budak tu menyorok, dia tegur lagi, usik2, senyum, ketawa..itu lah sikap bahagia dan ceria  yang budak-budak suka..

Korang yang bujang2 ni kalau nak nampak menarik banyak2 la dekati kanak-kanak..Manis kan muka depan mereka.Jodoh tengok pun sejuk mata...terus tak sabar2 nak berjodohan..ekeke..

sekian...

Comments

  1. hahah tp lom ada jodoh lg ni kak =(
    kihkih

    ReplyDelete
  2. saya ni memang budak-budak senang dekat..tapi tulah, takde plak jodoh nampak time tu.haha

    ReplyDelete
  3. anum plak suka ngan anak2 buah je
    hehe

    ReplyDelete
  4. saya muka serius...nampak macam garang....tapi saya seronok juga layan anak buah =)

    ReplyDelete
  5. Cara saya dekati budak2 plak camni....mula2 sy buat taktau jer kt budak2 supaya mereka tk terasa terancam...bila mereka sekesa dan bg respond baru masuk jarum...hehe

    ReplyDelete
  6. Hihi.......sempat lagi angkat bakul nampak!
    Ohhh....mak pun jenis yg malas nak layan budak budak kecik. Dah puas layan anak sendiri dulu hihi...
    Tp bergurau dgn anak sedara yg dah besar ok jer

    ReplyDelete
  7. Dah cuba belum mencairkan batu tu dengan senyuman? Berjaya tak? Hahaha!

    Saya pun takda daya penarik dengan budak-budak ni, Diana. Saya punya muka memang garang walaupun sebenarnya saya bukanlah garang.Kotnya budak-budak ni tengok saya macam pengetua sekolah kot. Itu yang depa ada cuak sikit nak bermanja-manja dengan saya!

    ReplyDelete
  8. sy mmg dari kecil suka dgn bdk².Bila dah kawen dan ada anak²,perasaan suka dan syg pada bdk² tak pernah hilang.Sehingga skg kalau sy pergi mana²,pasti bdk² kecil suka.Dan ramai di kalangan mereka yg sy ambil jadi anak angkat...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …