Saturday, 13 August 2016

8 SEBAB KENAPA ADA WANITA TAK SUKA MEMASAK UNTUK KELUARGA

Assalamualaikum...



Orang tua-tua kata orang perempuan kena pandai memasak untuk pikat hati suami dan anak-anak.Wanita pandai memasak adalah wanita yang membahagiakan rumahtangga..Sampai macam tu sekali la penting nya orang perempuan untuk tahu memasak.Sebab tu boleh dikatakan setiap wanita  ada buku resepi dirumah mereka.Tapi ada juga yang tak suka memasak sebab dia tak pernah memasak.Kes yang macam ni kalau dia cuba memasak mesti dia akan suka memasak.Tapi ada sebab lain juga kenapa wanita tak suka memasak.Nak tahu??jom kita tengok sebab-sebab kenapa wanita tak suka memasak.



1-Kena masak setiap hari.
Memasak ni nak kena ada mood tau.Bukan Boleh dipaksa2.Kadang2 tu nak juga makan di luar.atau pun ada suami , kakak, mak , sepupu atau orang lain yang tolong masak kan..Saya sendiri kadang2 boring makan masakan sendiri.

2-memasak ambil masa
memasak pun kena ada kesabaran.Bukan pergi je dapur terus siap masak.kadang2 tu ada masakan yang susah2 tu nak kena tunggu sampai sejam kat dapur.Ketaq lutut2 sebab memasak.Bila dah siap masak, badan letih makan pun tak lalu..



3-menu yang sama.
Yang ni masalah yang saya hadapi.Anak-anak dan suami saya bab makan memang cerewet.Ada 4,5 menu je yang dioarang makan.jadi dalam seminggu tu ulang la menu yang sama.Masak lain sikit tak mau makan.Membazir je masak..



4-kena kemas dan basuh
Saya pernah cakap kat suami kalau ada orang gaji nanti nak suruh dia kemas dan bersihkan dapur selepas saya masak.hahahah..masak nak, tapi kemas dapur malas tu yang buat ramai wanita tak suka memasak.



5-memasak sangat susah.
Ada wanita rasa memasak sangat susah.macam salah sorang jiran saya dia pernah hantar satu kuih sejuk beku dan suruh saya masak.katanya dia rasa susah sangat nak masak kuih tu..Sedangkan sebenarnya cuma kena masuk kan minyak dalam kuali, panas kan minyak dan masak la kuih tu sampai kekuningan..hhhhaha...

6-Di rumah sentiasa ada makanan.
Jadi apa perlu nya memasak kalau dirumah sentiasa ada makanan.Suami balik kerja bawak balik mee goreng mamak,Lepas tu jiran pulak hantar satey.Ada kawan suami singgah kerumah tadi dan bawa pizza untuk dimakan bersama sambil menonton tv.Perlu lagi ke isteri memasak??

7-Makanan berbaki
Bila dah memasak , sangka kan keluarga akan makan tanpa bersisa.tapi sebaliknya pulak..Nak di buang sayang, nak di simpan dah tak de tempat.jadi ada wanita akan memilih untuk makan di luar sahaja sebagai penyelamat keadaan.



8-lambat.
Nak masak untuk malam tapi sejak petang dah kena buat persiapan.Jam 2 fikirkan menu.balik kerja singgah kedai, beli barang untuk masak.Sampai rumah cuci ikan, cuci ayam.bla..bla..bla..lambat nya..!!makan kat luar je la..

Memasak bukan lah sesuatu yang membeban kan sebenarnya jika kita tahu waktu bila kita perlu memasak dan untuk siapa kita masak.Saya sendiri bukan masak setiap hari.Ada masa-masanya suami saya relahati nak memasak menu kegemaran nya sendiri.Perkara2 macam ni yang membuatkan memasak bukan lah sesuatu yang saya benci untuk buat.


sekian...

7 comments:

  1. betul tu.. tp kalau dpt makan air tangan isteri lagi best.. ehehe

    ReplyDelete
  2. setuju sgt...haha

    Jemput join giveaway saya kak http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html

    ReplyDelete
  3. salam singgah tersangat la betulll 200 ppercent hii

    ReplyDelete
  4. Memasak ni sebenarnyaacam terapi juga..ibu2 terkadang tu masak utk keluarga tapi dia tak makan pun sebab dah 'kenyang' waktu memasak tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Menu berulang sebab ahli keluarga cerewet tu saya faham sangat. Bab dah tak tahu nak masak apa pun samalah juga, boleh buat kita malas nak masak. Walaupun berfikir nak masak apa untuk makan malam seawal pagi lagi (di pejabat) tetap jugalah lepas masak nanti tengok-tengok sama aje lauknya macam kelmarin, empat hari sudah atau pun seminggu sudah! Grrr!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();