Wednesday, 31 August 2016

AMEZ CARE BIO HERBAL SANITARY PAD BERI KESELESAAN DAN MENGATASI SENGGUGUT KETIKA HAID

Assalamualaikum...



Saya percaya ramai dari kita (wanita) yang setiap kali datang haid akan alami macam-macam masalah terutamanya senggugut dan ketidakselesaan pada bahagian intim.Masalah-masalah ni menjejaskan aktiviti seharian kita.Sebenarnya tuala wanita yang kita pakai memberi kesan pada kita ketika haid. Sebab itu lah AMEZ CARE BIO HERBAL SANITARY PAD direka dengan bertujuan memberi keselesaan untuk wanita setiap kali datang haid terutamanya yang kerap mengalami masalah senggugut..


Kali ni saya nak perkenalkan 3 produk AmezCare yang wajib ada bagi wanita yang inginkan keselesaan ketika haid disamping itu ia juga berfungsi untuk merawat beberapa masalah wanita.Saya sendiri dah mencuba nya dan memang puasa hati..Kita Bagi 5 bintang untuk AMEZ CARE BIO HERBAL SANITARY PAD ni.

Amez Pantyliner




Pantyliner yang memberi perlindungan Optimal khususnya bagi mereka yang kerap mengalami masalah keputihan dan lelehan cairan di faraj serta  sesuai untuk wanita yang haid nya tidak menentu dan muncul secara tiba-tiba..Kuasa serapan yang tinggi mampu memberi keselesan pada pengguna.

Amez Overnight




Tidur yang cukup dan selesa amat penting ketika kita datang haid.Ketika haid masalah lenguh-lenguh dan  sakit perut sangat mengganggu tidur kita dan kita akan kerap bergerak.Tapi kita mesti akan rasa was-was untuk banyak bergerak kerana risau akan berlaku kebocoran ,bukan??.Kerana itu lah AmezCare di reka dengan beberapa lapisan dan pelbagai saluran anti kebocoran.Selain itu yang paling penting sekali lapisan tuala wanita ini disertakan dengan herba-herba seperti lavender, pudina , aloe vera, Tea Plant dan minyak chamomile..Bau pun tenang je..Tak de la bila datang haid bau kurang enak tu muncul..kan??Ia juga merangkumi nano silver, ion Negatif dan inframerah

Amez Day



Amez Care Day Bio Herbal Sanitary Pad Napkins direka dengan  kuasa menyerap yang lebih cepat disiang hari.Nano Silver yang terdapat didalam tuala wanita  berfungsi untuk memberi keselesaan ketika haid manakala infrared pulak untuk mengoptimumkan peredaran darah.Bahagian gam pelekatnya juga sangat kuat dan menariknya ianya mempunyai pelindung kulit supaya kulit kita tidak mengalami radang atau masalah ketika memakai tuala wanita Amez day ini.


Ketiga-tiga produk AmezCare  ini dikayakan dengan herba-herba yang mempunyai banyak khasiat ..:-




1. Aloe Vera - Ini adalah antiseptik yang  akan melegakan kulit dan membersihkan kawasan sensitif pada tubuh wanita.

2. Peppermint -Untuk  melawan jangkitan dan bakteria. Di samping itu, ia berkesan menghilangkan kesakitan dan membantu menghilangkan gejala-gejala ketika haid

3. Tea Extract Plant - Membantu  dalam peredaran darah dan mengurangkan pembentukan darah beku.

4. Chamomile Oil - Untuk melawan jangkitan, mengatasi masalah hormon melibatkan emosi  dan mampu mengurangkan keradangan.

5. Lavender  - membantu mengatasi masalah ketegangan saraf, mengurangkan kesakitan, membasmi kuman pada kulit, dan melegakan kebimbangan dan kemurungan.


Dah bersedia untuk menukar tuala wanita yang sedia ada kepada Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad?Dapatkan sekarang dipasaran.Lindungi bahagian intim anda untuk kekal sihat dan selesa..


sekian..

Tuesday, 30 August 2016

CROWN RAMA-RAMA YANG CANTIK DAN SEMAKIN DIMINATI RAMAI

Assalamualaikum...

Selalu tengok kalau ada majlis-majlis dan keraian akan ada lah gadis, kanak-kanak atau wanita cantik-cantik akan menggayakan flower crown. Macam-macam warna ada..Nampak si pemakin lebih berseri-seri.



Tapi sekarang dah ada crown dengan gaya baru .Crown rama-rama atau butterfly Crown yang nampak lebih menarik dan cantik.Jom kita tengok beberapa Butterfly crown yang dihasilkan dari bahan EVA yang tahan lasak dan kalis air.











sumber : etsy.com

 suka tak??lepas ni  boleh buat kelainan sikit..Tak nak dah flower crown macam dulu tu..Kita tular jadi butterfly crown pulak..kalau kreatif dan boleh buat sendiri , boleh la tukar butterfly tu kepada kumbang ke, burung ke..atau ikan ..atau nak lebih nampak kelainan boleh tukar pada lalat atau lipas..ekekekek...


sekian..

INI YANG TERJADI APABILA KITA RASA PANDANGAN ORANG LAIN LEBIH PENTING

Assalamualaikum...


Penting tak tanggapan orang lain pada kita??memang penting tapi yang paling penting sekali adalah pandangan Allah pada kita.Memang la kita ni kalau orang cakap apa2 yang buruk tentang kita memang sedih sangat .Tapi tahu tak kadang2 tanggapan orang lain tu pada kita adalah salah dan tak semuanya benar.Mungkin dalam 100 orang 80 orang pandang buruk pada kita  dan ianya bukan menentukan yang kita ni benar2 salah.



Baru-baru ni terbaca tentang seorang pelakon wanita yang kembali free hair .Dari elok2 berhijab dia kembali kepada rupa asal dia yang tidak berhijab.Alasan nya sebab tak mahu hipokrit.Dia tak mau kisah dan peduli lagi dengan pandangan orang lain tapi dia tak sedar yang apa dia buat adalah salah salah sebab dia juga tak fikir tentang pandangan Allah s.w.t pada diri dia.Sedangkan pandangan Allah itu yang patut diutamakan..



Terbaru yang saya baca ni tentang seorang gadis cantik membunuh diri gara-gara tidak mahu dianggap rasis,.Awal nya Phoebe mengirimkan gambarnya pada seorang rakan dari Asia yang baru dikenalinya..Dalam gambar tersebut dia mengenakan hijab dan mewarnakan kulitnya sedikt gelap untuk kelihatan sepeti orang Asia.Namun beberapa hari kemudian dia terkejut kerana gambar nya itu tersebar di laman sosial dan menjadi Viral.Apa yang menyedihkan gambar tersebut mendapat komen negatif dan ada yang menganggap dia menghina orang Asia.

Untuk membuktikan yang dia bukan rasis , dia akhinya membunuh diri dengan menggantung dirinya  .Ada dikalangan rakan nya mengatakan dia membunuh diri kerana takut , tidak selesa dan terganggu dengan komen2 yang menganggap dia menghina orang Asia.

sekian..

GAMBAR DETIK-DETIK TERAKHIR SEEKOR ANJING INI SANGAT MENYENTUH HATI...

Assalamualaikum..

Sedih dan sebak pulak rasanya bila saya tengok gambar-gambar seekor anjing yang hayatnya terpaksa diakhiri akibat penderitaan yang dialami oleh anjing tersebut .Hannah mempunyai penyakit sawan  yang dideritainya sejak bertahun lama.Walaupun berbagai ubatan dan rawatan diberikan keadaan Hannah bertambah teruk dan sering mengalami sawan hingga diberikan ubat untuk pinggul siku dan buah pinggan nya.Namun keadaan nya bertambah teruk hingga kerap  kali terjatuh ketika menuruni tangga. Dengan keadaan Hannah itu menyebabkan pemiliknya tidak sanggup untuk melihat penderitaan hannah berterusan dan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat anjing malang ini..

Untuk hari terakhir Hannah diberikan layanan yang baik sebagai kenangan untuk pemiliknya yang sangat menyayangi Hannah...Gambar-gambar yang menyentuh hati ini bukan saja menceritakan tentang hari terakhir hannah malah tergambar juga perasaan sebenar pemiliknya..




















Sedihnya... :( 

Berakhir sudah penderitaan Hannah...


sekian...

Sumber;Boredpanda.com

Saturday, 27 August 2016

RESEPI KUIH CAKOI SENANG DAN MUDAH

Assalamualaikum..



RESEPI KUIH CAKOI SENANG DAN MUDAH- Siapa suka makan kuih Cakoi.?Ada la tu yang tak kenal kuih cakoi tu apa..Ada setengah orang panggil kuih pak tongkol, ada juga yang sebut kuih cakwey .Saya tak selalu la buat kuih ni sebab leceh nak kena buat kuah kacang tu,Ada setengah tempat yang makan dengan sos manis.Tapi kalau dibelah utara ni memang kami makan dengan kuah kacang.Saya pernah tinggal di Johor dulu dan kebanyakan tempat yang saya pergi ada jual kuih ni dan di makan dengan sos manis yang cair...

Untuk resepi cakoi ni saya tengok cara uli dan tarik tu di di satu video ni..Banyak la video yang saya tengok cara untuk uli dan tarik.Penting juga bab tarik2 dan tindih tepung tu sebab itu yang buat ianya cantik dan lembut.






Untuk resepi kuih cakoi lembut , sedap dan mudah ni saya guna yis..tak macam yang selalu kita tengok dalam vido diaorang guna baking soda dan baking powder saja.Saya baca komen2 ramai yang kata cakoi jadi keras dan tak lembut pun.tak sedap.Memang kalau di China, Indonesia  dan vietnam kebanyakan nya diaorang menggunakan baking powder dan baking soda saja .Tak sama macam kita yang menggunakan yis.Guna Yis lebih sedap dan cakoi jadi lembut.Kita pun jadi lebih gebu..ekekeke...

ok..jom tengok resepi cara membuat kuih Cakoi lembut, sedap dan mudah.

Bahan-bahan-

2 cawan tepung gandunm
1 paket yis 11 g
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak

minyak masak untuk menggoreng.
cakoi menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sebab dia akan mengembang..



Cara-cara membuat kuih cakoi

pecahkan telur di dalam 2 cawan air kemudian  dan masuk kan gula serta garam..pukul sikit untuk sebati kan...ketepikan..

campur yis ke dalam tepung bersama baking powder.gaul sebati..masuk kan minyak masak dan gaul hujung2 jari sehingga jadi macam serbuk yang halus.

Masuk kan air yang di campur telur tadi kedalam adunan.masuk kan sikit2 dan gau sebati.adunan akan jadi sedikit melekat dan lembik.

Tutup adunan selama 30 minit - 1 jam. ada yang tutup sampai 4-5 jam..terserah la.Tapi bagi saya 1 jam pun dah ok..

kemudian uli sikit untuk keluarkan udara dan rehatkan lagi doh tu dalam 20-30- minit.

kemudian bahagikan doh pada 2 bahagian..

(sambil tu dah boleh panaskan minyak dalam kuali..)

canai doh sehingga berketebalan 1/2 inci. potong doh panjang2 macam dalam gambar bawah ni..

sumber gambar dari video di youtube helen Resipes

ambil satu lidi celup dalam air tekan ditengah2 doh yang dipotong tadi.


sumber gambar dari video di youtube helen Resipes



ambil satu lagi lapisan doh dan letak atas doh yang ditekan dengan lidi tadi..





guna lidi yang sama juga celup sikit dalam air dan tekan ditengah2 doh yang dilapisi 2 doh tadi.tekan di tengah2. angkat doh tarik panjang2 sikit dan terus masuk kan dalam minyak yang panas..

sumber gambar dari video di youtube helen Resipes

Goreng hingga kekuningan ...

Dah siap boleh la di potong2 supaya mudah dimakan dan dihidangkan dengan kuah kacang...

selamat mencuba...:)


sekian..



Friday, 26 August 2016

LELAKI DUKUNG MAYAT ISTERI 7 BATU GARA-GARA HOSPITAL GAGAL SEDIAKAN AMBULANS

Assalamualaikum...



Sedih hati saya bila tonton sebuah video dailymail hari ni.Video menunjuk kan seorang lelaki berjalan sampil membawa mayat isterinya yang dibalut dengan kain.

Majihi berjalan sejauh 50 batu dari hospital sambil membawa mayat isterinya apabila pihak hospital gagal menyediakan ambulans untuk majhi membawa pulang isterinya.Dia juga meminta bantuan dari orang ramai namun tida siapa yang menghulurkan bantuan.


Kekurangan wang membuatkan dia terpaksa mendukung mayat isterinya sejauh 7 batu dari hospital menuju ke rumahnya yang terletak 50 batu sambil ditemani anak gadis nya.


Isteri majhi meninggal akibat sakit batuk kering pada rabu lalu.Selepas berjalan 7 batu barulah bantuan tiba dengan membawa sebuah van.

KHABAR TERKINI TENTANG PEROKOK CILIK YANG GAMBAR NYA PERNAH MENJADI VIRAL

Assalamualaikum...



Masih ingat tak dengan kanak-kanak ini .Gambar nya yang sedang merokok pada tahun 2010 menjadi viral bukan saja di negara kelahiranya , Indonesia malah hingga ke Malaysia dan Singapura juga hebat membincangkan tentang gambar nya yang ketika itu berusia 2 tahun.



Ardi Rizal yang pada waktu itu dia dikatakan mempunyai tabiat merokok hingga mampu menghabiskan 40 batang rokok sehari.malah penyebaran gambar nya itu menarik perhatian pihak berkuasa tempatan.Mesti ada yang tertanya2 apa kabar dengan anak kecil ini..kan??



Menurut littlethings.com Ardi sekarang sudah bebas dari tabiat merokok.Selepas menjalani beberapa rawatan dan  terapi dia kini membesar dan sihat seperti kanak-kanak lain seusianya.



Selepas kisahnya menjadi viral dia diakatakan meninggalkan kampung halaman nya di Sumatere dan dibawa ke jakarta untyk mendapatkan rawatan dan selepas beberapa rawatan dan terapi dilakukan dia akhirnya bebas dari tabiat merokok.



Selepas berhenti dari tabiat merokok Ardi menghadapi masalah lain apabila dia dikatakan sukar mengawal tabiat makan nya.namun ianya tidak berlarutan dan sehingga kini Ardi mampu mengawal jumlah makanan yang diambil supaya tidak berlebihan.


Dan Ini lah wajah terbaru Ardi sekarang yang sudah berusia 8 tahun...Kisah ni memberi pengajaran pada ramai ibu bapa supaya tidak berlebih -lebihan memanja kan anak-anak.Ada beberapa perkara yang kita perlu tegur dan larang.Memang kadang2 bila anak mengamuk dan nak kan sesuatu kita jadi hilang arah dan untuk menenangkan keadaan  kita bagi saja apa dia mahu.tapi kesan buruknya akan kita lihat sepanjang dia membesar.


sekian..


JADI ORANG POPULAR JANGAN ASYIK UPDATE STATUS TAK PUAS HATI

Asalamualaikum...




saya ni suka follow akaun sosial pengasas produk kecantikan dan juga orang2 yang terkenal ni.Bukan apa,..sekadar nak naik kan semangat.Tengok orang-orang  berjaya ni buat kita pun rasa ingin berjaya walaupun dalam bidang yang berbeza.Bukan nak popular macam diaorang pun..cukup sekadar dapat ilmu macam mana cara nak cari duit.nak tengok juga gaya hidup diaorang macam mana dalam mengekalkan kejayaan tu..

Bagi saya sebagai seorang yang mengasaskan perniagaan yang besar dan dikenali ramai perlu la untuk dia menampilkan sisi baik dan memberi kata2 semangat pada pengikut-pengikut  dia dilaman sosial.Walaupun ada yang pandang negatif tapi dia perlu tunjuk kan sikap tak peduli pada rumput rampai ni.Betul tak??Contohnya macam Dato Alif Syukri tu..Kau cakap la apa pun pasal dia, dia tak heran pun..Dia terus melangkah jauh tinggalkan orang lain.Begitu juga dengan Dato Vida, macam-macam orang mengata tapi dia tetap ceria.

Tapi ada lah sorang pengasas produk kecantikan ni.Setiap hari ada saja status emosi  penuh perasaan yang dia update di laman sosial dia.Dulu kisah dia pernah jadi viral.Jadi kita follow la sebab nak tahu apa rahsia kejayaan dia walaupun di himpit dengan berbagai cabaran.

Tapi yang tak sedapnya dia suka sangat update pasal orang dengki kat dia, dia kecil hati dengan orang tu orang ni..Orang tikam dari belakang, komen2 yang dia tak suka..benda2 gitu terlalu banyak dia update.memang la kisah-kisah  macam tu adalah cabaran yang dia hadapi untuk berjaya.tapi tak perlu la hari-hari  kot nak cerita sebab semua orang tahu setiap pengasas produk kecantikan dan mereka2 yang berjaya ni ada kisah sedihnya dan tak semua orang ikhlas dengan mereka.Ada yang mengambil kesempatan dan tikam dari belakang.Dah tahu dah cerita macam tu..

tapi tu la..mereka pun manusia biasa..kan??cuma kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh..kan??heheheh

sekian...