RESEPI PERIA KATAK GORENG BEREMPAH YANG RANGUP DAN SEDAP

Assalamualaikum...



Masih banyak lgi makanan kat rumah tu..Jadi malas pulak nak masak benda lain..kan?sarapan pun dengan biskut raya ke?heheh...kurang2 sikit benda2 manis tu ye..meh kita try masak benda lain pulak.Ni ha..Peria Katak Goreng Berempah...rangup dan sedap..ada rasa pedas2..Lari sikit kita dari benda2 manis tu ye..

Peria katak ni jiran saya yang bagi..Diaorang berniaga pasar malam..jadi selalu la saya dapat sayur peria katak ni..Ada orang tak tahu nak masak apa la dengan peria ni.Ada yang tak suka sebab pahit.tapi kalau kena cara masak nya memang tak pahit dan satu petua nak elak kan ras pahit tu , lepas potong2 dan cuci peria ni rendam je dengan air garam.Air 1 mangkuk dicampurkan dengan 1 sudu besar garam..saya rendam dekat sejam jugak la.memang tak pahit..

Peria katak Goreng Berempah ni selalunya korang boleh dapat di restoran2 original nasi kandar..Memang sedap dan nak buatnya pun tak la susah pun.Ada macam2 resepi bergantung pada korang la.Nak masuk kan apa..kalau suka pedas boleh la letak cili kering yang dikisar..Ini resepinya..


 Bahan-bahaan nya;-


4 biji Peria katak
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar rempah kari dging
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis dan jintan putih
1/2 sudu garam
air
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

1-Potong peria ikut saiz yang korang suka..belah dua dan buang biji nya..kemudian saya hiris nipis2 sebab lagi rangup bila nak makan..Guna penyagat lagi senang..kemudian basuh peria .Kalau nak potong tebal sikit pun lagi sebab..baru terasa peria tu.kemudian cuci peria dan rendam peria dengan air garam.

2- Toskan peria.masuk kan dalam bekas .kemudian masuk kan tepung gandum, tepung beras ,rempah kari , serbuk kulit kayu manis, serbuk jintan manis/putih dan garam ke dalam bekas peria tadi..

3-masuk kan sedikit air dan gaul sebati semuanya..macam buat jemput2 tu la.

4- panas kan minyak.Bila dah panas boleh la goreng.Nak goreng macam jemput2 pun boleh..tapi saya ceduk je guna senduk lepas tu masuk kan dalam kuali...sambil2 tu asing2 kan bagi dia tak melekat satu sama lain..

5-dah garing warna pun kuning2 keemasan tu angkat la..dah boleh makan..Makan dengan nasi pun boleh, makan saja gitu pun boleh..

selamat mencuba..


sekian..

Post a comment

3 Comments

  1. Maira suka gak peria goreng camni.. sedap je..
    Lg 1 goreng biasa cicah sambal belacan, perghhhh mantap..hehehe

    ReplyDelete
  2. SEDAP NI ... HILANG RASA PAHIT TU KAN .. SEDAP NI PEKENA NGAN NASI PANAS KUAH GULAI ...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)