Skip to main content

NEYSA NUR AZLYA HILANG DAN DITEMUI MATI DENGAN KESAN MENYAYAT HATI

Assalamualaikum...


Zaman sekarang ni sesiapa pun kita tak boleh percaya.Walaupun orang tu kawan baik keluarga kita sekalipun kena juga ada rasa berhati2 dan was-was.Tapi masih ramai yang tak berhati2 dan mudah percayakan orang sampai orang nak bawak anak kecil kita pun kita boleh serahkan tanpa ada rasa curiga.

Perkara sama berlaku pada kanak-kanak comel yang dikenali sebagai Neysa Nur Azlya berusia 5 tahun.. Kanak-kanak ini hilang dan ditemui mati dengan kesan terbakar selepas dia dikatakan di bawa keluar oleh seorang kenalan ibu bapa nya.


Hari khamis 7 julai 2016 keluarga ini didatangi kenalan mereka yang dikenali sebagai Zurzani pada jam 11 pagi.Dia meminta izin ingin membawa Neysa keluar berjalan2 dan keluarga nya membenarkan tanpa ada rasa curiga..

Zurzani juga meminta izin meminjam motorsikal mereka untuk membawa Neysa keluar.Namun keluarga nya mulai risau apa bila Zurzani masih tidak menghantar anak mereka pulang Tapi motorsikal yang dipinjam sudah ada di luar rumah.Seluruh keluarga dan penduduk setempat mula mencari danberita kehilangan Neysa tersebar di media sosial.

10 Julai 2016 menjadi kecoh apa bila mayat Neysa ditemui 1km dari rumah nya dengan keadaan yang menyayat hati.

Ketika ditemui mayat Neusa di tutup dengan daun kelapa dan mempunyai kesan terbakar pada tangan kanan dan bahagian badan sebelah kanan tapi  masih berpakaian lengkap.

Keluarga melarang bedah siasat dilakukan dan sehingga sekarang gerakan mengesan Zurzani sedang giat dijalan kan.

Sedih kan??Budak sekecil ni apa lah yang dia lakukan sampai sanggup di bunuh dengan kejam.Harap2 pelakunya segra di tangkap dan dikenakan hukuman yang berat.

sekian..

Comments

  1. sedihnya. sebaya anak saya
    terbayang pula saat dia nak menghadapi mati
    jiwa mama ni...robek dibuatnya

    ReplyDelete
  2. kejamnya manusia..sukar nak mempercayai sesiapa sekarang ni kan

    ReplyDelete
  3. Scarynya dunia skang..mcmna blh pecaya org luar bwk anak kita jalan2...pelik nih!

    ReplyDelete
  4. Scarynya dunia skang..mcmna blh pecaya org luar bwk anak kita jalan2...pelik nih!

    ReplyDelete
  5. APALAH DOSA ANAK KECIL NI....

    ReplyDelete
  6. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar... tkt betul baca berita mcmni...

    ReplyDelete
  8. ibu bapa kena lebih berhati2 ... mcm2 hal sekarang ni menakutkan

    ReplyDelete
  9. Allah... Sedihnya. APsal lah kejam sangat. Memang tak bley percaya kan orang skang ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …