Thursday, 9 June 2016

APA BEZA WAX, GEL DAN POMADE?

Assalamualaikum...



hari ni saya nak cerita tentang pomade, gel dan wax.
Disebabkan ketiga2-tiga bahan ini semakin ramai yang menggunakan nya.
Tapi sekarang yang popular di gunakan ialah pomade.
Ada pengguna2 gel dan wax juga
yang dah beralih menggunakan pomade.
lagi2 sekarang ni ramai artis2 dan selebriti yang menjual pomade
dengan menggunakan jenama sendiri.
maka disebabkan gaya hidup ramai yang memilih untuk menggunakan pomade..

Tapi apa perbezaan antara wax, gel dan pomade ni??
adakah ianya sama sahaja??

POMADE


Apa itu pomade?
Pomade dihasilkan dengan menggunakan minyak yang menggandungi lemak.
sebab itulah rambut sipemakai akan kelihatan kemas dan  berkilat .
Tapi ada juga pomade yang dihasilkan
dari bahan berasaskan air.
Pomade jenis ini lebih mudah di cuci
kebiasaan nya untuk pemakaian pomade , rambut hanya di sikat ke belakang.
Sesuai untuk mereka yang berambut panjang.
Cara menggunakan nya : hanya sapu di tapak tangan dan
ratakan di seluruh rambut ketika rambut kering.
kemudian sikit rambut mengikut kesesuaian gaya kegemaran anda,



WAX




Wax pulak  dihasilan dari bahan minyak wax atau pun lilin.
Berbeza dengan pomade, pemakaian wax mengambil masa
beberapa jam untuk kering.
Sedangkan pomade memberikan efek berkilat serta merta.
Namun efek kilatan pada wax tidak kekal lama.
tapi ianya tetap memberikan kekemasan pada rambut si pemakai.
cara menggunakan nya: letak di atas tapak tangan gosok dan ratakan pada rambut
ketika rambut sedikit basah untuk kesan yang lebih baik.
kemudian sikat rambut anda..
Jika mahukan rambut yang tidak bersikat rapi
gunakan wax ketika rambut kering..
ramas rambut dari pangkal hungga hujung rambut.


GEL


Gel dihasilkan dari bahan berasaskan air.
namun ada juga yang di campurkan dengan alcohol
yang membuatkan ianya lebih keras dan kuat
bertepatan dengan fungsi gel itu sendiri ialah untuk
mengekalkan gaya fesyen  rambut.
Ada sesetangah gel yang mampu memberikan efek berkilat dan basah seperti pomade.
Cara menggunakan nya: Hanya gunakan ketika rambut anda kering.
sikiat rambut anda dan kesan nya rambut kekal kemas.

Jika anda seorang yang gemar bertopi
penggunaan wax, pomade dan gel tidak sesuai untuk anda.
Ia akan menyebabkan rambut anda rosak .
Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih perapi yang sesuai dengan
kegunaan anda menjelang musim perayaan yang akan tiba.


sekian..

2 comments:

  1. Oh, saya langsung tak tahu pasal pomade! Sungguh alahai ketinggalan!

    ReplyDelete
  2. skrg pomade yg menjadi kegilaan...yg jual org pompuan yg beli org lelaki heheheh ni kes bdk2 opis sy la ni hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();