Skip to main content

ADAKAH SEMBELIT BOLEH MEMBAHAYAKAN KANAK-KANAK DAN CARA MERAWAT SEMBELIT

Assalamualaikum..



Mikhail sembelit..tu yang sehari dua ni senyap je ..heheh..
Nak buat cemana , bila sembelit je dia asyik nak berpeluk je la..
tak boleh nak buat kerja lain.
Dah lama juga dia tak sembelit ni..
selalunya sembelit sebab minum milo bancuh tu..
sebab milo bancuh tu biasanya saya bancuh guna susu pekat.
kalau milo kotak tu tak pula dia sembelit.

Anak saya semalam saya bagi dia minum air suam sampai 2 botol tau..
baru dia boleh membuang.
tu pun sembelit nya dari jam 12 tengahari..
jam 12 malam baru boleh membuang.
nak nangis tengok anak diam je semalam..
selalunya dia la yang buat rumah ni jadi riuh rendah..


Bahaya ke Sembelit pada kanak-kanak?

Selalunya sembelit pada anak2 ni tak la membahayakan sampai tahap kronik..
Cuma ianya akan buat anak tak selesa
dan bahagian duburnya mungkin akan luka dan sakit .
Tapi tak ambik masa yang lama untuk sembuh..
mungkin luka tu sehari dua dah ok.
cuma lepas dia dah boleh membuang tu kita kena jaga la pemakanan nya.

Makanan yang perlu dielak kan...

Setiap kanak-kanak ni penerimaan dia pada makanan ada berbeza.
Ada anak yang makan epal pun boleh sembelit..
makan lobak pun sembelit..
tapi budak yang lain makan epal makan lobak boleh membuang dengan lancar..
Sebab tu kita kena ambil perhatian apa makanan
yang anak2 boleh makan dan tak boleh makan
kalau tanya orang, orang akan kata.."makan la piasang.."
tapi anak2 saya kalau makan pisang sembelit jadi lebih teruk.
sebab pisang ni akan memejalkan najis.



Cara merawat sembelit..

Selain dari banyak kan minum air suam kita boleh juga
daptkan rawatan di klinik.
Biasanya untuk anak2 , doktor akan bagi ubat picit yang
bentuk cecair tu..namanya Lactulose..ianya hanya untuk usia yang tertentu sahaja
Kita juga boleh letak kan minyak kelapa atau minyak zaitun di sekeliling
kawasan dubur anak kita untuk mengurangkan sakit dan  luka
bila dia nak membuang.
Selain tu boleh gerak kan kaki anak kita sepeti mengayuh basikal
untuk meransang pergerakan najis.


semoga bermanfaat untuk semua.

sekian..





Comments

  1. ank sy..sjk dia op mmg sembelit..susahnya lahai nak membuang...tp mlm td sy bg ubat minum lactose tu, pg td dia berak Alhamdulillah lega tgk najisnya kua hihi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Saya selalu beri anak saya makan buah terutamanya pisang dan betik untuk mengelak dari sembelit. Orang berkemampuan boleh lah beri epal atau mangga. kami hanya dapat sediakan pisang dan betik saja untuk anak. Kadang-kadang je beli jambu batu atau jambu air.
    Mula-mula nak ajar dia makan pisang memang sukar. Terpaksa dipujuk, tapi lama-kelamaan dia akan biasa. Sekarang pantang saya beli pisang, mesti dia yang 'tibai' dulu.

    ReplyDelete
  3. PETUA YG BAGUS TU SEMBELIT MENYUSAHKAN PENGIDAPNYA...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsikan..air suam ekk.. boleh cuba pas ni.. itu lah kan..bila anak tak segar jer, mesti rumah jadi sunyi.. bila sunyi, kita mesti rindukan pada kebisingan suara anak tu..haha

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menarik.. Baru tau tak semua buah sesuai dgn anak kita.. Huhu..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …