Advertisement

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air tu..rasa pahit dan berdebu.maklum la..tekak orang perak ni kalau bihun sup memang dengan sambal kicap je..eheheh..

Jom tengok resepinya...

RESEPI BIHUN SUP DAGING YANG SEDAP 




Bahan-bahan - 

 1/2 kilo daging - di hiris nipis atau dipotong kecil..ikut suka la cemana.asal jangan liat..
1 bungkus bihun  - direndan dengan air panas, letak pewarna kuning 1 sudu kecil atau serbuk kunyit 1 sudu...jangn rendam lama sangat..agak2 lembut terus tos kan air nya..

 Bahan untuk tumis 

2 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
5-7 biji buah pelaga
sup bunjut
(kalau beli sup bunjut daging/tulang  tu biasa nya dah siap bahan2 atas ni sekali kat dalam tu..)

bahan kisar 
5ulas bawang putih
5 biji  bawang merah
1 setengah inci halia

Bahan lain
daun bawang dan daun sup dihiris nipis dan bawang goreng


cara -cara nya...

panaskan 1 senduk kecil  minyak  masak dalam periuk.kemudian masuk kan bahan-bahan tumis kecuali bunjut sup tu.,

Kemudian masuk kan bahan2 yang dah dikisar..tunggu sampai garing dan naik bau baru masuk kan daging serta 3 mangkuk air dan disertakan dengan bunjut sup.

Masak hingga mendidih.masuk kan garam , daun sup dan daun bawang.Bila dah mebndidih sekali lagi, dah cukup rasa dah boleh angkat.
Cara buat sambal kicap

10 tangkai cili padi 
1 senduk kicap manis
2 ulad bawang outih
2 sudu air perahan limau nipis

Tumbuk cili bersama bawang putih sampai lumat.masuk kan kicap dan perahan limau..dah siap..



Masa nak  makan letak la bihun , daun bawang , daun sup , bawang goreng dan masuk kan kuah..;e[as tu baru letak sambal kicap..Ambik enpon snap 2,3 kali post kat IG..ok..dah boleh makan..
kahkahkah...

selamat mencuba...


sekian..



Catat Komen

9 Ulasan

  1. assalamualaikum diana...wah sedapnya mee hoon sup la...

    BalasPadam
  2. NAMPAK MENARIK ... TP KAN LAMA TAK NK TGU DAGING EMPUK HEHEHE

    UIK CIK KAK ... ORG KEDAH BKN MKN NGAN SAMABL MERAH KA ... KEH KEH

    BalasPadam
  3. Nak buat jugalah bihun sup ni nanti. Lepas tu of courselah sebab nak snap gambar masuk dalam blog. Maklumlah jarang resepi masuk blog. Biasanya gambar makanan beli luar aje yang masuk blog ^_^

    BalasPadam
  4. suka tengok dan makan bihun warna kuning :-)

    BalasPadam
  5. Buat menu buka puasa perhh dapnya myelerakn

    BalasPadam
  6. Salam diana.. Nampak sedap bihun sup daging ni..
    Blh try nti..

    BalasPadam
  7. Terima kasih resepi... alhamdulillah baru habis makan.. anak2 n suami kata SEDAP..

    BalasPadam
  8. Kebetulan pulak hari ni hakak pun mengesop meehoon hihi.... ate anak ingin meehoon kuning katanya. Buat lebih kurang je janji jadik mcm sup hihi

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)