Skip to main content

LIHAT APA YANG DILAKUKAN LELAKI INI APABILA ISTERINYA DI HINA OLEH JIRAN

Assalamualaikum...



Memang tak best kalau dapat jiran yang suka berkira ni..Daun pokok kita gugur kat rumah depa pun bising..Kucing tidur atas kereta depa pun tak boleh,..Apa lagi kalau kita dalam kesusahan..bagi salam nak minta tolong pun buat keras je dalam rumah tak menyahut langsung.Ingat tak dak ka jiran macam ni..Mesti ada punya la..Tapi jiran macam ni kat kawasan rumah saya memang tak dak la..dulu ada, tapi Alhamdulillah dah pindah..heheh

Ada satu kisah tentang pasangan suami isteri ni bersama jiran mereka.Bagaimana satu kejadian bersama jiran nya membuatkan si suami nekad berusaha sendiri demi kehormatan dan kebahagian isterinya.



Suatu hari si suami , Bapuro Tajne yang baru pulang dari tempat kerja terkejut kerana melihat isterinya menangis.Rupa-rupanya isterinya di hina oleh jiran-jiran kerana kerap meminta air.Pada waktu itu kawasan tempat tinggal mereka sudah kekurangan air.Jadi isterinya meminta air pada jiran memandangkan air di rumahnya sudah kering.Tapi malang kerana jirannya tidak membenarkan dia mengambil air malah jiran nya juga memperlekehkan isterinya kerana berkasta rendah.

Merasa tercabar dengan sikap jiran nya Tajne nekad menggali perigi nya sendiri.hampir 40 hari Tanje menghabiskan masanya menggali perigi demi mendapatkan air.Menurut Tanje dia nekad tidak mahu meminta air pada jiran nya lagi dan terus ke pekan membeli peralatan untuk menggali perigi.


Sepanjang menggali Tanje juga berdoa di dalam hati supaya tuhan memberikan nya air yang bersih dan dia tidak akan mengizinkan sesiapa pun untuk mengambil air di periginya.

Dalam tempoh 40 hari itulah Tanje tidak lepas dengan sindiran dan ejekan jiran tetangga yang merasakan tindakan nya sia2 kerana di kawasan tersebut memang sukar untuk mendapatkan air.



Akhirnya pada suatu hari air di perigi  yang digali muncul juga.Ramai yang terkejut dan kemudian nya mengambil keputusan bersama-sama Tanje untuk menggali pergi tersebut.Malah jiran yang mengeji dan menghina isterinya dulu juga sanggup datang dan menggali perigi bersama-sama.

Sehingga hari ini air di perigi tersebut digunakan oleh seluruh jiran tetangga.



Sekian..

Sumber: #vemaledotcom


Comments

  1. moga rezeki tanje n keluarganya murah rezeki lah... sbb kongsi ngn jirannya perigi yg di gali nya

    ReplyDelete
  2. Diana, nak tanya... apa kene mengene cerita ni dengan gambar anak omputih mengintai tu... hehehheh..

    ReplyDelete
  3. Kadang kadang cemuhan dan kejian tulah buat kita bangkit. Kena berterima kasih jugak kat jiran dia sebelah yg mencemuh tu .....

    Pengajaran yg kita dpt ...jgn cepat give up ...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …