Skip to main content

GURU SEKAT BANTUAN RM100 PADA MURID OKU DENGAN ALASAN KERAP TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Assalamualaikum...



Rasanya banyak sekolah yang dah terima wang bantuan rm100 sejak pertengahan Januari yang lalu.Tapi ada juga yang baru dapat bulan ni..Entah apa sebab nya berlaku kelewatan tu.Bukan tentang kelewatan tu yang saya nak cerita kan di sini.Tapi ianya berkaitan satu status yang di tulis kakak saya  di facebook berkaitan wang bantuan rm100 tu.

Menurut kakak saya ni dia menerima surat dari sekolah yang meminta supaya ibu bapa datang kesekolah untuk mengambil wang bantuan rm100 tersebut.Namun apa yang berlaku amat mengecawakan ..baca status yang ditulis.


Apa yang dikesalkan ialah guru tersebut mengeluarkan kenyatan yang tak sepatutnya.Bukan itu saja malah wang bantuan tersebut turut disekat dengan alasan anaknya kerap tidak hadir ke sekolah..

Untuk pengetahuan semua anak kakak saya ialah anak istimewa.Dia mengidap Epilepsy sejak berusia 3 tahun dan sekarang dah berusia 12 tahun..Disebabkan kerap mengalami sawan , walaupun dia sudah berusia 12 tahun tapi cara pemikiran nya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.Penyakitnya akan datang tak kira masa lebih2 lagi apabila dia keletihan.Tambah memburuk kan keadaan dia sekarang kerap susah untuk tidur sehingga pernah tidak tidur 4-5 hari.Dalam keadaan macam tu ada masa2 nya kakak saya tak bagi dia ke sekolah. kerana risau dengan keadaan nya.

Sebagai seorang guru pendidikan khas sepatutnya guru lebih memahami keadaan anak murid nya .Bukan sesuka hati melemparkan hinaan pada ibu bapa.Jika dari awal lagi guru sudah berniat untuk tidak memberi wang bantuan tersebut kenapa tetap juga diberikan surat pada keluarga kakak saya.

sekian...


Comments

  1. alahai..perngai gitu pun ada..

    tu la, ckgu pun manusia kan. ada juga wat slh..tp mmg xptut nak keluarkan kata gitu.

    ReplyDelete
  2. haih teruknya bahasa. macam mana lah jad pendidik. tak sensitif langsung

    ReplyDelete
  3. eh, mcm lah ckgu tu yg derma duit tu.
    duit tu pun amanah ckgu je pgg sblum dpt kat murid.
    eish! celupar betul lah mulut org mcm tu
    dapat depan2 fire je balik !!!!
    geram!

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca... apa perasaan cikgu tuh blh kuarkan kata2 mcmtu pada mak ayah anak murid yg dijaganya...
    pttnya dia memahami bkn sedap2 menghukum...

    ReplyDelete
  5. hak patut diberi kpd yg berhak n tiada alasannya...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kasihan kat pelajar ni kan. Harap lepas ni ada jalan penyelesaiannya.

      Delete
  6. sebagai guru, dia takde hak dan tak layak nak sekat pemberian RM 100 tu. Kerajaan dah tetapkan, so tugas guru hanya menyampaikan amanah walau apa keadaan pon. itu dah rezeki anak istimewa tu... so siapa dia nak pertikaian dan nak sound orang macam tu?

    ReplyDelete
  7. Bila berlaku kes pelajar macam ni. Kita tak tahu sangat kesahihannya. Bagus tanya kedua-dua pihak. Harap pihak sekolah dapat membantu dalam hal sebegini.

    ReplyDelete
  8. Ish2 kesiannya, tapi itulah bab komunikasi itu sangat penting, jika pelajar itu tidak datang atas sebab sakit kena berjumpa dgn guru dan maklumkan betul-betul.. Guru pula ada inisiatif utk perlu tahu kenapa pelajar itu kerap tidak hadir..

    ReplyDelete
  9. tak boleh la nak main sekat suka suka hati..

    ReplyDelete
  10. patutnya cikgu kena la cuba tgk sendiri keadaan dy..tnya kabar lbh dekat

    ReplyDelete
  11. hurm pelik bile guru perangai macam ni. semoga ibu bapa bersabar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan nanti.

    ReplyDelete
  12. Eh, bukan guru yang beri duit bantuan tu! Apa pulak haknya nak sekat. Budak tu datang sekolah ke tidak, janji dia masih lagi pelajar sekolah di sekolah tersebut dan berhak dapat wang bantuan. Kalau ya pun, cakaplah berlapik sikit depan makpak. Bukan budak tu ponteng sekolah sesuka hati, ada sebabkan makpaknya tak benarkan anak ke sekolah. Nanti cikgu juga yang susah.

    Saya tak fahamlah kalau guru murid biasa tu, mungkinlah kita boleh faham yang dia memang tak faham masalah makpak yang ada anak istimewa tapi dia ni guru pendidikan khaskan! Budak-budak lain dalam kelasnya tu semua bukan anak istimewa ke?

    ReplyDelete
  13. diorg x da hak nak sekat2..tu bukan hak diorg, klau ya pun jgnla smpai ckp mcm tu mcm x da akal plak x taw fikir prasaan org lain kan, bukan diorg taw kesusahan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …