Skip to main content

GAMBAR LELAKI BUNUH DIRI DALAM KANDANG SINGA

Assalamualaikum...



Selalu juga baca cerita tentang orang bunuh diri ni.Kalau dinegara kita semalam berlaku kejadian bunuh diri. Dia terjun bangunan jatuh kat tempat parking motorsikal.Dah ramai yang share gambar tu..Ngeri...

Hari ni ada satu berita tentang bunuh diri juga.Tapi berlaku di Chile.Seorang lelaki tanpa pakaian masuk ke kandang singa dengan niat untuk membunuh diri.



Kejadian berlaku di Zoo Metropolitan Santiago apabila lelaki berusia 20 tahun ni masuk kedalam kandang singa terbabit.Tindakan nya menyebabkan singa yang ada di dalam kandang itu menerkam ke arah lelaki berkenaan.

Demi menyelamatkan lelaki berkenaan penjaga zoo terpaksa menembak mati 2 ekor singa dalam kandang tersebut.Mereka tidak dapat menggunakan ubat penenang disebabkan ianya lambat memberi kesan pada singa.


Menurut seorang saksi mula nya lelaki berkenaan masuk dan seolah2 mengajak singa -singa itu bermain.namun lama kelamaan singa mula mendekati dan menerkam lelaki itu.Pihak zoo juga menemui sekeping nota bunuh diri didalam poket seluar lelaki berkenaa.


Kesian nya singa..Yang nak mati tu kau pergi la terjun ke laut  ke apa..Sampai sanggup kau beli tiket masuk ke zoo semata2 nak bunuh diri.Tak pasal2 yang nak hidup tu kena korban disebabkan orang yang nak sangat mati tu..sedih ..kesian singa..harap2 lepas lelaki ni sihat sejahtera dia dikenakan hukuman yang berat..

sekian..

Comments

  1. Adoii sedihnya.. Sian singa jadi mangsa keadaan..

    ReplyDelete
  2. Geram pulak ngan org yg nak bunuh diri tu... Menyusahkan org lain sungguh aih!

    ReplyDelete
  3. Eh, dah dia nak bunuh diri, biarkan ajelah ya! Tak pasal-pasal pula singa terima padah. Lain kali kena pilih cara yang tak menyusahkan orang lain!

    ReplyDelete
  4. Lahai apala bengap sgt lelaki tu, kesian tu singga x psl2 jdi mngsa

    ReplyDelete
  5. Lahai apala bengap sgt lelaki tu, kesian tu singga x psl2 jdi mngsa

    ReplyDelete
  6. tak pasal2 singa kena bunuh. biar je la dia sukarela jadi santapan singa. si singa pulak jadi pesalah. sian kat spesis singa yg makin pupus. nak bunuh diri pg la tempat lain. agak-agaknya dia nak cara dia mati diviralkan. unik, lain drpd yg lain. x puas hati pulak singa tu kena bunuh. kesian singa

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …