Skip to main content

BELI SEBAB IKUT TREND ATAU SEBAB BETUL- BETUL PERLUKAN NYA?

Assalamualaikum...


Gara-gara tab dan enpon lenovo saya yang rosak serentak dihari yang sama maka dapat la saya enpon baru..Pandai juga enpon saya ni nak rosak..Dia tunggu bulan 5 baru rosak.Mudah suami nak pilih hadiah apa untuk ulang tahun perkahwinan yang ke 11 kami pada 29-5 ni..Tak payah pening kepala.Bagi je enpon baru kat bini..hahahahh..

Telefon yang rosak tu masih ada kat rumah ni.Tak hantar kedai.Cuma hantar samsung tab je .orang Kedai tu kata dia dah hantar kat Samsung centre.Maknanya kalau hantar sana lambat la dapat nya..jadi nak tunggu lama memang suami tak sanggup tengok.Kesian malam2 kalau dia kerja anak merungut nak buat video call dengan ayahnya..nak hantar whatsapp voice kat ayah...Tu yang suami belikan jugak..

Oppo Neo 7 adalah pilihan suami saya..saya dok tepi je..masa beli pun siap cakap beli yang asal boleh whatsapp dan buat panggilan dah la..Tak payah mahal2..Yang ni bagi saya mahal la..sampai rm700 harganya termasuk GST..padahal saya bukan belek sangat enpon2 ni..Bukan kaki gadget punya orang.Sebab tu saya rasa membazir beli mahal2.hahah..Selama ni saya pakai enpon paling mahal harga rm400 je.Samsung Tab tu la mahal sikit lebih RM1k...Dulu tablet samsung memang mahal.Berbaloi la pakai sampai 4 tahun ni baru dia rosak..Sekarang je dah murah..kan??

Saya nak terangkan apa yang best dengan OPPO Neo 7 ni pun tak tahu..sebab bagi saya enpon sama je semuanya..kadang2 pelik juga dengan orang yang tukar2 enpon nak enpon canggih dan terkini..sebab nak mengikut trend semasa atau betul2 dia perlukan enpon tu??

kalau korang cemana?beli ikut trend semasa atau asal boleh guna dan tahan lama??

sekian..



Comments

  1. Selamat anniversary kak. Telepon iklan nora danish tu. Sy nyer tab samsung selalu hang, hp dia je ok.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki anniversary...selamat ulang tahun perkahwinan untuk adik dan pasangan...semoga berbahagia sampai jannah Allah :)

    ReplyDelete
  3. salam..suami saya beli oppo neo 7 ni masa promosi dapat lah 650...oh ya best ni hp ni sebab dia 4g ni gambar terang...(**pendapat MV lah tapi MV pun beli vivo jer

    ReplyDelete
  4. Tak de maknanya makcik, tak pernah pun beli hp, semuanya ikhsan hadiah dpd laki mak hihi...

    Sama ke kita, kurang reti sgt bab bab gadget ni. Cuma jangan cepat 'hang' sudah!

    ReplyDelete
  5. Lupa lak ....bila Anniversarynya, tak sabo nak wish ni hihi...

    ReplyDelete
  6. Saya beli ikut ketahanan dan serasi dengan diri... Bg saya Sony juga pilihan hati...

    ReplyDelete
  7. Tarikh kahwin kita sama la kak Diana..


    Ekin guna handphone ni suka kamera dia cantik sangat

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak berapa mengikuti perkembangan smartphone terbaru ni. Saya kurang sikit bab-bab macam ni. Kalau saya beli telefon sebab nak gambar cantik aje tapi tahu ajelah saya ni, ambil gambar pun tak reti!

    ReplyDelete
  9. Salam, haaa haha kak.. Kita sama!
    Sy pun pelik dgn org yg suka nau tukar2 fon..tak tau entah apa dia cari..
    maybe nak jd org terawal yg guna fon baru kot? Entah lah..
    hmm, ifon sy pun rosak skang ni...hari tu survey yg 4 / 4S, harga okay lah , bawah rm600...so mmg target nak beli yg tu sbb camera cantik..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …