Skip to main content

3 PERKARA YANG AKAN SAYA BERI TUMPUAN SEPENUHNYA.

Assalamualaikum...



Dalam hidup kita ni , kita kena ada tujuan dan tumpuan..kan??
Saya akui la masa saya masih bujang dan hidup sendiri
dulu saya macam tak de tujuan hidup.
Kerja untuk dapat gaji.Dapat gaji enjoy beli itu ini pergi sana sini.
Cukup bulan,  esok nak gaji hari ni duit dah habis.

Tapi sekarang lain..
ada bebrapa tujuan dan tumpuan yang saya utamakan dalam hidup saya..

keluarga 

Diri sendiri, suami, anak-anak dan mak saya...
saya akan utamakan mereka2 ni dalam hidup saya berbanding orang lain..
kena pastikan anak-anak jangan berlapar,
suami segak setiap masa, mak tak de masalah kewangan..hahaha..
Satu lagi..nak pastikan anak2 saya saling sayang menyayangi.
Wah!!bunyi macam berat je tanggungjawab tu..kan??
ok la..daripada tak de buat apa..kahkahkah..

Blogging

Hobi saya yang satu ni memang rasanya belum sampai tahap jemu lagi..
Semakin hari semakin sayang walaupun dugaan datang melanda..
ecewah!!Lagipun sekarang dah menjana pendapatan sampingan dengan blog .
Jadi saya akan cuba yang terbaik untuk blog saya.
Saya masih lagi menggunakan cara lama untuk naik kan blog saya ni..
Setiap hari update blog dan blogwalking juga...
tak de trick2 tersembunyi ke apa untuk naik kan UV dan PV blog ni..
Saya tak blogwalking ke blog  yang sama setiap hari.
Sebab sekarang ni blogger makin ramai..
Ada banyak blog baru.Kita kena la tunjuk muka.kalau tidak
blogger baru2 ni asyik dengan kelompok diaorang je..

Diet

Saya masih berdiet.,baju2 raya 3,4 tahun lepas
dah boleh disarungkan kembali.Alhamdulillah..
Raya ni memang tak beli baju raya sebab nak pakai baju2 lama tu.
Itu juga satu sebab kenapa saya diet.
Sayang la tengok baju2 lama dalam almari yang dah tak boleh pakai.
Nak simpan , tak tahu nak letak kat mana.
Rasa sayang dan membazir kalau simpan sebab pakai cuma sekali dulu je..
masa raya tu..Jadi diet adalah jalan terbaik supaya saya
dapat jimatkan belanja raya untuk tahun ni..

Setakat ni itu saja tumpuan saya sekarang..
Saya nak berjaya dalam ketiga2 perkara diatas.


sekian..




Comments

  1. Nak diet tasa cm bnda paling payah nk buat...:DDD

    ReplyDelete
  2. paling penting ialah keluarga .. sebab tu aku selalu spend quality time with them .. buat la ape2 aktiviti ... ada sesetengah kawan yang kenali aku ..diorg faham ...

    ReplyDelete
  3. biasa saya, baju raya saya akan pakai di ofis atau occasion, jadinya taklah rasa membazir beli tp hanya guna sekali.

    ReplyDelete
  4. Diet jangan tak diet.. Tengok orang kak Diana ni macam takde lah kategori gemuk sgt.. Tapi untuk kekal cergas, perlukan diediet sihat kan..

    ReplyDelete
  5. wahhh jeles lah akk diet, sobs. ermm tu lah kan kak. blog belum sampai tahap bosan lg, sbb x sangka dgn blog leh buat duit. dulu suka2. now banyak income dtg dr blog. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Moga smuanya d prmudahkn ya kak..amin

    ReplyDelete
  7. Baguslah ada tumpuan dalam hidup. Kalau tidak, rasa macam terumbang-ambing sahaja. Bagi saya yang bekerja ni pun, keluarga paling utama. Kerja jatuh nombor dua. Boleh gitu...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …