Tuesday, 31 May 2016

MENCETAK GAMBAR DENGAN HARGA MURAH DI DETIK INSTAX

STICKY POST


Assalamualaikum..


Banyaknya gambar dalam handphone saya ni.Dah memang kaki bergambar anak beranak.Mau tak penuh dalam SD card ni .Tapi sekarang ni dah tak susah nak simpan gambar-gambar lama ni.Tak payah nak jalan ke luar , tahan bas , pi bandar untuk cuci gambar.Betul tak?Guna online je ..Jom kita pi Instagram Detik Instax  ni..Detik Instax ialah kedai print gambar polaroid yang boleh print gambar2 yang kita simpan ni dengan harga murah.



kedai print gambar polaroid - GAMBAR JELAS DAN TERANG


Kalau dah print susun cantik2 dalam album, boleh la tunjuk kat jenjiran.Tapi gambar tu kena la yang cantik dan jelas.Walaupun kita ni bab ambik gambar agak kayu sikit tapi kalau hantar ke Detik Instax , dah print siap gambar polaroid korang jangan terkejut pulak sebab gambar jadi cantik dan jelas.Ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan mencetak gambar polaroid dari di detik Instax ni.


HARGA  MENGIKUT PAKEJ

Pakej A = RM 5 = 8 gambar (6.5cm X 4.5cm)
Pakej B = RM 5 = 6 gambar (6.5cm X 9cm) 
Pakej C = RM 5 = 4 gambar (13.5cm X 8.5cm) 
Pakej D = RM 3 = 1 gambar  (Original Instax Film) 
Fujifilm Instax Film = 1 kotak (20 pcs) = RM48 

Bagi yang ada guna kamera polaroid tu boleh juga dapatkan Instax Film di sini.Dah habis guna jangan lupa repeat order ye..heheh.



TESTIMONI PELANGGAN

Ini antara testimoni pelanggan yang dah menggunakan khidmat print gambar dari Detik Instax.Semuanya seronok bila gambar sampai pada diaorang memang cantik ... tip top la..





HUBUNGI DETIK INSTAX


Kalau berminat apa kata follow ig diaorang dan dapatkan maklumat lanjut di blog Detik Instax:

Blog:http://detikinstax.blogspot.com/
Instagram : detik Instax
Tel no & whatsapp: Whatsapp : 019 3031 478
Telegram : ErnieMusliana 

********************************************
sekian.

INI ADALAH ENTRY BERBAYAR.jIKA ANDA BERMINAT UNTUK DAPATKAN KHIDMAT REVIEW DARI SAYA BOLEH HUBUNGI SAYA .EMAIL : diana.rashid36@gmail.com , 
whatsapp 012 5977656 

AKSI BIADAP BUDAK BAWAH UMUR BILA DAPAT MOTORSIKAL...

Assalamualaikum...


Kat mana2 pun mesti kita akan  jumpa budak2 bawah umur kehulu kehilir dengan motorsikal.Tengok dari gaya pun tahu tu motor mak ayah.Lesen pun tak de.Tapi hairan juga kan?Macam mana diaorang boleh dapat motor tu kalau bukan mak ayah nya izinkan..




Smacam yang dikongsikan oleh wanita ni..kejadian ketika dia melaui Jalan Air Itam mengahala ke Guar petai...Memang jelas budak2 bawah umur yang menunggang motorsikal ni.Dah la perangai tak senonoh.Tunjuk lagak dan buat aksi kurang ajar pada pemandu lain .Lepas tu bawak motor  pulak dalam keadaann merbahaya ..Dengan tak pakai topi keledar..kalau orang lain tengok dah tentu la semua akan tanya .."anak sapa la ni.." dan mak ayah juga la orang akan salah kam..

Jadi sebelum orang salahkan kita sebagai mak ayah ni , tengok2 la sama perangai anak tu bila dia di jalan.Dia keluar je, kita ikut dari belakang.Tak salah dan tak berdosa pun kalau kita tak percaya kat anak..Anak2 ni kat depan kita memang la pijak semut pun tak mati.Kita yang mudah lembut hati dengan anak2 ni mula la nak beri je apa anak minta walaupun belum masanya..Minta motor pun bagi padahal kita sendiri tahu anak kita lesen pun tak de.

Jangan nanti bila anak tergolek atas jalan baru kita nak menangis..nak menyesal..Masa tu dah tak ada gunanya..

Ni baru dapat motor mak ayah..kalau dapat motor sendiri tak balik rumah kot...

sekian..


Monday, 30 May 2016

LAYANAN KURANG MESRA DI LEMBAGA PINJAMAN PERUMAHAN

Assalamualaikum...



Ingat kan zaman sekarang ni layanan untuk perkhidmatan kaunter di pejabat-pejabat sudah dipertingkatkan.Layanan yang mesra dan sopan.Tapi rupa-rupanya masih ada yang melayan dengan sambil lewa, malas , tak bersemangat dan acuh tak acuh je ..

Saya  kongsikan pengalaman seorang wanita yang berdepan dengan seorang pegawai di Lembaga Pinjaman Perumahan ni.Apa yang tak best nya layanan yang diberikan acuh tak acuh saja.Pengadu ni pergi ke Lembaga  Pinjaman Perumahan untuk dapatkan kepastian tentang baki pinjaman perumahan. Baca pengalaman wanita ini berurusan di kaunter tersebut.





ISI BORANG DULU BARU SAYA BAGITAHU NAMA SAYA...
Pagi tadi aku ke Lembaga Pinjaman Perumahan atas urusan ingin bertanya baki pinjaman perumahanku yang kulihat tidak betul cara pengiraannya itu.
Aku dapat nombor 1003. Tak lama menunggu, nomborku dipanggil ke kaunter 4.
Seorang petugas lelaki yang masih muda duduk di kerusi belakang kaunter. Aku bagi salam tapi aku tak dengar jawapan. Mungkin dia jawab dalam hati. Sangka baik je.
Kehadiranku di hadapannya mungkin sebagai halimunan sebab dia langsung tidak memandang atau menyuruh duduk.
Aku tarik kerusi dan aku duduk sendiri. Dia tak betanya apa-apa. Aku beritahu dia yang aku nak semak baki sebenar pinjamanku. Aku hulurkan penyata yang sudah aku cetak.
Dia memandang ke skrin komputer dan kemudian memberitahu baki seperti yang telah kucetak. Aku cakaplah yang penyata itu tak betul. Dia cakap tak mengapa, nanti bila tamat tempoh LPP akan hantar penyata yang telah dikemaskini.
Aku tanya namanya kerana aku hendak jadikan rujukan sekiranya menghubungi kembali LPP. Dia bagi aku sekeping borang sambil berkata ISI DULU BORANG ITU NANTI SAYA BAGITAHU NAMA SAYA. Erkkkk...
Setelah selesai aku mengisi borang, dengan suara yang sangat perlahan dia berkata 'txxxxk'. Aku mengangkat muka memandangnya dengan hairan. Barulah dia sebut sekali lagi 'txxxxk nama saya'.
Baiklah. Aku pun malas nak berlama-lama lagi mengadap wajah yang bagaikan baru keluar bilik air dengan hidung selsemanya. Nama yang diberi entah betul entah tidak. Tiada tanda nama di mana-mana untuk mengesahkannya.
Sebenarnya aku turut terganggu dengan urusan di kaunter sebelah. Dua lelaki berurusan dengan petugas wanita yang juga masih muda. Antara yang aku dengar 'kami datang dari Johor' dan jawapan yang mereka terima dengan suara yang kuat 'orang lain datang lagi jauh dari Sabah Sarawak'.
Tidakkah pihak pengurusan atasan LPP terfikir untuk membuat penambahbaikan perkhidmatan kaunter mereka. Sekurang-kurangnya berilah senyuman kepada pelanggan anda. Janganlah semuanya menunjukkan muka bertangkup seolah-olah yang datang itu adalah pengemis...😨😨


Rasanya ramai yang mengalami perkara  yang sama seperti yang dialami oleh "kakcik Juriah " ni.Nak kata pegawai yang bertugas tu dah letih tak mungkin la sebab ianya masih waktu pagi.Lebih mengecewakan bila pegawai di kaunter sebelah pun melayan pelanggan dengan kasar.Agaknya dah berapa ramai yang menerima layanan tak beradab dari staf2 di LPP ni ye?

kalau rasa tak mahu kerja, malas nak layan karenah orang ramai, rasa malas nak bercakap pagi-pagi, apa kata berhenti kerja dan cari kerja lain yang lebih sesuai supaya tak menyakitkan hati orang lain.Orang pun bukan  suka-suka pergi ke LPP tu melainkan ada hal penting..Orang keluarkan wang beratus dan ada yang beribu setiap bulan untuk beli rumah...Bukan awak yang di kaunter saja pening, Peminjam lagi la pening tau tak??

sekian.

KAU MAMPU AMBIK GAMBAR JE KE?

Assalamualaikum...



Tengok kat facebook selalu ada yang kongsi
gambar kanak-kanak tidur kat longkang la..Orang tua jalan kaki la....
Lepas tu letak caption " anak ini di temui terbaring di jalan..
tak de siapa yang bantu..harap ada pihak yang boleh
bantu demi masa depan anak ini,.."

macam2 caption la..yang pelik nya yang ambik
gambar tu kau ambik gambar saja ke..
lepas tu kau balik rumah buka facebook upload gambar..
Depan mata kau , kau tak reti nak bantu ke selain ambik gambar..?

Tak susah pun nak bantu ..kau dah nampak ,
ambik la budak tu bawak balik.
Pagi esok cer bawak pi ke tempat yang sepatutnya..
Rumah kebajikan ke...rumah anak yatim ke, rumah orang tua ke..

Ni nak tunggu viral dulu ..
nak tunggu orang yang buat kan..
kau ingat semua orang ada facebook ke?
kalau yang ada letak akaun bank ke boleh jugak bantu..
ni setakat caption dan gambar je tak pelik pun kalau makcik kata kau cuma gila like

Bagi yang berhati tisu macam makcik ni ,
dah doa moga dia selamat pun tak mampu nak buat tidur malam nyenyak..
paling2 pun nak la tahu yang dia sudah berada di tempat yang selamat

Tengok macam gambar kat atas ni..ada nama nya je..
rumah nya pun tak tahu kat mana..
cuma mampu doakan je la..tak tahu la kot tuan punya
gambar ni dah sedekah kat budak  ni 100 ribu..kan?
harap2 macam tu la..sebab tu tuan punya gambar tak kisah pun
nak bawak budak ni ke tempat yang sepatutnya..



sekian..

MACAM MANA MALAYSIA NAK MAJU??

Assalamualaikum...

Leceh gila la bila nak update blog line internet macam apa entah..
Ni la antara masalah kat Malaysia yang membuatkan malaysia
ni susahnya nak maju.Kau bayar la berapa pun slow nya macam tu jugak..
Awal2 je dia pi berdesup..lepas sebulan dua mula slow..
Cemana la nak berniaga online sampai kaya raya..
Kita yang kat bandar pun dah macam ni ,
bayangkan yang dok kampung...
Boleh layan facebook je la..baru nak upload gambar jualan
kat instagram dah tak boleh ..Sabar je la makcik..

Semalam saya baca katanya setiap hari semakin ramai yang dah menggunakan
laman sosial macam facebook dan  whatsapp bagai ni la..
tapi tu la..makin ramai yang guna patutnya orang2 atas tu tahu la
internet ni macam satu keperluan dah..
lagi2 macam kita yang buat duit dengan menggunakan internet ni.
tak de internet macam tak de kerja la kita..

Tengok macam saya ni la..
ni dah jam berapa ni baru nak update blog..??
aih..geram pun ada tau..tapi sabar je la..
anggap je la bukan rezeki saya hari ni untuk mendapatkan
PV dan UV yang baik ..
Mungkin esok rezeki saya lebih banyak dari hari ni..

Tapi kan saya kalau buka Instagram , gambar tak keluar,
saya akan on Airplane Mode tu.
lepas tu mesti gambar semua ada keluar..
Sama jugak kalau nak letak gambar..
tekan je kat Airplane Mode lepas tu upload la gambar dari enpon ni..
memang laju la sikit ..

Itu kalau guna phone..
kalau guna PC tak dapat la nak nolong sebab tak reti..hehe..
Agak2 tak boleh nak upload gambar, nak update blog,
makcik tutup je..lepas tu ambik bantal tengok tv.puas hati.
hahah...

sekian...








Friday, 27 May 2016

MENCURI SEBAB TABIAT ATAU SEBAB NAK CANTIK...

Assalamualaikum...

Semalam di facebook ternampak la status diatas ni..orang yang ada tabiat suka mencuri ni kadang2 dia bukan mencuri sebab desakan hidup.Tapi sebab di ada peluang untuk mencuri.

Macam kes kat atas ni...dari barang yang dia curi tu saya rasa di tak de la terdesak sangat hidup dia.lain la kalau dia curi beras  sekampit dengan sardin tin kecik.Boleh la kata mungkin anak dia lapar dan sebagainya..

Tapi yang dia curi tu adalah benda yang kita rasa "ada duit beli,tak de duit tak pe..tengok2 je la"..tak penting pun benda tu..itu pun dia curi jugak.nampak sangat si pencuri ada tabiat mencuri yang serius.

Mencuri sebab nak cantik?terdesak nak cantik??rasanya kalau dia guna produk yang dia curi tu boleh cantik ke??entah2 muka jadi lebih hodoh..ye la..barang curi..kan?

Mungkin juga ni disebabkan kehebatan perlaking yang orang dok perkatakan sekarang ni..sampai sanggup mencuri..heheheh...

Sekian...




Thursday, 26 May 2016

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air tu..rasa pahit dan berdebu.maklum la..tekak orang perak ni kalau bihun sup memang dengan sambal kicap je..eheheh..

Jom tengok resepinya...

RESEPI BIHUN SUP DAGING YANG SEDAP 




Bahan-bahan - 

 1/2 kilo daging - di hiris nipis atau dipotong kecil..ikut suka la cemana.asal jangan liat..
1 bungkus bihun  - direndan dengan air panas, letak pewarna kuning 1 sudu kecil atau serbuk kunyit 1 sudu...jangn rendam lama sangat..agak2 lembut terus tos kan air nya..

 Bahan untuk tumis 

2 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
5-7 biji buah pelaga
sup bunjut
(kalau beli sup bunjut daging/tulang  tu biasa nya dah siap bahan2 atas ni sekali kat dalam tu..)

bahan kisar 
5ulas bawang putih
5 biji  bawang merah
1 setengah inci halia

Bahan lain
daun bawang dan daun sup dihiris nipis dan bawang goreng


cara -cara nya...

panaskan 1 senduk kecil  minyak  masak dalam periuk.kemudian masuk kan bahan-bahan tumis kecuali bunjut sup tu.,

Kemudian masuk kan bahan2 yang dah dikisar..tunggu sampai garing dan naik bau baru masuk kan daging serta 3 mangkuk air dan disertakan dengan bunjut sup.

Masak hingga mendidih.masuk kan garam , daun sup dan daun bawang.Bila dah mebndidih sekali lagi, dah cukup rasa dah boleh angkat.
Cara buat sambal kicap

10 tangkai cili padi 
1 senduk kicap manis
2 ulad bawang outih
2 sudu air perahan limau nipis

Tumbuk cili bersama bawang putih sampai lumat.masuk kan kicap dan perahan limau..dah siap..



Masa nak  makan letak la bihun , daun bawang , daun sup , bawang goreng dan masuk kan kuah..;e[as tu baru letak sambal kicap..Ambik enpon snap 2,3 kali post kat IG..ok..dah boleh makan..
kahkahkah...

selamat mencuba...


sekian..



Wednesday, 25 May 2016

GAMBAR KUDA PALING KACAK DI DUNIA

Assalamualaikum..


Saya ingatkan suami saya je yang paling kacak di dunia.Muahahaha...Rupanya ada yang lain yang dikatakan paling kacak .Ni ha..seekor kuda jantan digelar sebagai kuda paling kacak di dunia.
Mujur la dia seekor kuda.nampaknya suami saya masih lagi memegang gelaran lelaki paling kacak..hahahah..


Frederik seekor kuda jantan  berasal dar Amerika Syarikat .Frederik  milik Stacy Nazario yang tinggal di Pegunungan Ozark .Frederik adalah kuda yang mempunyai keindahan dan kegagahan yang menyerlah ditubuhnya .Dia juga mempunyai otot yang cantik, bulu yang berkilat dan rambut yang sangat indah.






Sesiapa yang melihat Frederik pasti akan berasa kagum dengan penampilan nya.

sekian,,

sumber;dailymail

TANDATANGAN NORA DANISH DISANGKA LAMBANG SALIB

Assalamualaikum...




Terbaca tadi katanya Nora Danish nak kahwin lepas raya.Alhamdulillh...semoga dipermudah kan.Dah lama diaorang bercinta akhirnya ada juga perancangan nak kahwin tu.Lepas ni jangan tanya2 dah bila nak kahwin ye.

Yang saya nak cerita ni bukan tetang Nora Danish nak kahwin tapi tentang apa yang berlaku di instagram artis cantik ni hari ni.Sampai bergaduh-gaduh peminat Nora Danish ni disebabkan ada segelintir pengikutnya yang mengkritik tandatangan Nora Danish yang dikatakan seolah2 nampak seperti lambang salib.



kesian Nora Danish ni.dah la dulu digelar pengikut dajjal, sekarang tandatangan dia pulak dipersoalkan.Nora Danish memuat naik  gambar koleksi terbaru tudung keluaran nya iaitu OwlByNd dengan signature Nora dibahagian bawah tudung keluaran nya.Tapi signature tersebut disalah anggap pulak oleh pengikut nya kerana dikatakan seperti lambang salib.


Tak pe la Nora..orang nak berniaga ni memang banyak dugaan dan cabaran nya.kalau tak kuat jadi la macam sorang artis popular tu yang katanya tudung keluaran nya tak laku..Tapi Nora ni saya tengok orang kata la apa saja.dia diam je..Yang mudah ambil lesah kata2 orang  adalah adik beradik dia..hehehh..




sekian...

ADA TEMUDUGA KERJA? INI WARNA BAJU YANG ANDA PERLU ELAK KAN

Assalamualaikum...

Orang kata warna boleh mempengaruhi mood seseorang mengikut keadaan.
Saya ni kalau tengah serabut , tengah nak cepat cukup tak suka tengok orang pakai baju warna hitam..hahaha..saya pun pelik entah kenapa ye??Saya sendiri kalau nak cepat , tengah bersiap tak kan saya pilih warna hitam.kalau tidak mesti lepas dah sarungkan saya akan buka semula.
Warna yang saya suka masa nak cepat ialah warna putih dan biru

kalau nak marah saya lebih suka warna hijau..sebab warna tu buat saya lebih tenang tapi tak kan saya pilih warna merah.

Saya ada terbaca tentang warna pakaian yang jangan dipakai kalau nak pergi temuduga..
jangan ambil mudah perkara ni tau...
ini carta dia..yang paling tinggi tu maknanya warna pakaian yag sesuai..



Warna hitam , putih , merah dan biru dikatakan warna yang boleh meningkatkan keyakinan diri.
Kalau pakai warna ni susah nak gementar dan kita nampak lebih berkeyakinan dan segar.
Warna jingga akan membuatkan kita nampak tidak profesional dan tidak serius  begitu juga dengan warna coklat.Ianya nampak kusam dan lemah.


jadi dah tahu ke warna apa yang nak dipakai masa temuduga nanti??jangan silap pilih tau..semoga berjaya..


sekian..


RESEPI LAKSAM RINGKAS DAN SEDAP

Assalamulaikum..


Siapa suka makan laksam??kalau suka kita geng..lagi pedas lagi sedap..laksam ni tak sedap kalau tak letak cili dia..cili dia yang buat rasa dia tu mengaum ..heheheh...Selalunya laksam ni belah2 pantai timur memang ramai yang suka.Tapi sekarang ni orang utara macam ceq pun suka makan laksam..

Untuk resepi laksam kali ni saya buat simple je.Resepi saya ambik kat blog lelaki terakhir malaya ..hehhe..kat blog afzalsukasuki...tapi sukatan dan bahan  makcik ubah sikit..ikut selera tekak makcik la..nak masam lebih pedas lebih..Terima kasih Afzal atas resepi yang best ni..
jom kita tengok resepi laksam

Bahan-bahan untuk laksam

5 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan Air suam.
2 cawan air sejuk

Campurkan semua bahan.Bancuh sampai pekat.bukan jadi doh  ye.tapi jadi cecair yang pekat.ala2 macam buat kuih ketayap tu.  masuk kan dalam jug supaya nanti nak tuang senang.

Sementara tu panaskan pengukus.Ambil tudung periuk  atau benda yang leper, sapu minyak sikit.lepas tu letak dalam pengukus.

Tuang adunan tepung perlahan2 .tuang dalam sesenduk je.lepas tu tutup pengukus dalam 10 minit , bila dia dah mengelembung, angkat dan ketepikan bagi sejuk.bila dah sejuk cungkil sikit tepi dia dengan garfu dan tolak perlahan2 supaya dia bergulung.

 ulang sampai adunan tepung tadi habis.


Bahan-bahan untuk kuah

1 kg ikan selayang -  rebus dan ambil isinya saja..
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 keping asam keping
10 biji bawang besar - dikisar
garam secukup rasa.


Campur kan semua bahan-bahan di dalam periuk.masak dengan api perlahan.masak hingga mendidih..


jangan pelik tengok taugeh berdaun tu ye..tu yang makcik suka..

Bahan untuk sambal

10-20 biji Cili padi
1 inci Belacan
3 sudu besar perahan limau nipis.

Tumbuk cili padi bersama belacan kemudian masuk kan air limua nipis.

Ulaman
Kacang panjang -hiris halus2..
taugeh 
yang lain tak de sebab pi  kedai semua barang takde..kecewa betul..eheheh

Bila nak makan letak la laksam, bahan ulam , lepas tu baru letak kuah..sedap oi..nanti cuba la ye..Simple je tapi sedap sangat..

sekian..

3 PERKARA YANG AKAN SAYA BERI TUMPUAN SEPENUHNYA.

Assalamualaikum...



Dalam hidup kita ni , kita kena ada tujuan dan tumpuan..kan??
Saya akui la masa saya masih bujang dan hidup sendiri
dulu saya macam tak de tujuan hidup.
Kerja untuk dapat gaji.Dapat gaji enjoy beli itu ini pergi sana sini.
Cukup bulan,  esok nak gaji hari ni duit dah habis.

Tapi sekarang lain..
ada bebrapa tujuan dan tumpuan yang saya utamakan dalam hidup saya..

keluarga 

Diri sendiri, suami, anak-anak dan mak saya...
saya akan utamakan mereka2 ni dalam hidup saya berbanding orang lain..
kena pastikan anak-anak jangan berlapar,
suami segak setiap masa, mak tak de masalah kewangan..hahaha..
Satu lagi..nak pastikan anak2 saya saling sayang menyayangi.
Wah!!bunyi macam berat je tanggungjawab tu..kan??
ok la..daripada tak de buat apa..kahkahkah..

Blogging

Hobi saya yang satu ni memang rasanya belum sampai tahap jemu lagi..
Semakin hari semakin sayang walaupun dugaan datang melanda..
ecewah!!Lagipun sekarang dah menjana pendapatan sampingan dengan blog .
Jadi saya akan cuba yang terbaik untuk blog saya.
Saya masih lagi menggunakan cara lama untuk naik kan blog saya ni..
Setiap hari update blog dan blogwalking juga...
tak de trick2 tersembunyi ke apa untuk naik kan UV dan PV blog ni..
Saya tak blogwalking ke blog  yang sama setiap hari.
Sebab sekarang ni blogger makin ramai..
Ada banyak blog baru.Kita kena la tunjuk muka.kalau tidak
blogger baru2 ni asyik dengan kelompok diaorang je..

Diet

Saya masih berdiet.,baju2 raya 3,4 tahun lepas
dah boleh disarungkan kembali.Alhamdulillah..
Raya ni memang tak beli baju raya sebab nak pakai baju2 lama tu.
Itu juga satu sebab kenapa saya diet.
Sayang la tengok baju2 lama dalam almari yang dah tak boleh pakai.
Nak simpan , tak tahu nak letak kat mana.
Rasa sayang dan membazir kalau simpan sebab pakai cuma sekali dulu je..
masa raya tu..Jadi diet adalah jalan terbaik supaya saya
dapat jimatkan belanja raya untuk tahun ni..

Setakat ni itu saja tumpuan saya sekarang..
Saya nak berjaya dalam ketiga2 perkara diatas.


sekian..




Tuesday, 24 May 2016

4 CARA MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN DIBULAN PUASA

Assalamualaikum...



Ada yang dah berniat di bulan puasa ni nak turunkan berat badan.Saya pun macam tu jugak..Bulan puasa macam satu peluang yang datang untuk kita perbaiki diri kita.Bukan saja dari segi amal ibadat tapi juga gaya hidup dan corak pemakanan kita..Ewah!!gaya cakap tu..hahahah

Oleh sebab ramai yang satu tujuan dengan saya jom saya nak kongsikan apa makanan atau bagaimana cara yang betul  supaya bulan pusa ni tak dapat turun 10kg dapat turun 2-4 kg pun jadi lah..





1)minum air secukupnya selepas berbuka puasa.Air yang saya maksudkan ialah air putih.Kita ni kadang2 kuih pun manis, adabuah lagi , kurma pun nak yang bersalut gula, lepas tu air sirap, air bandung air keladi..Tinggi nya gula.Jangan tak tahu dalam buah pun ada gula tau..jadi bab air tu sila la ambil air putih saja...berapa banyak air putih??25kg berat badan korang untuk 1 liter air.jadi macam saya berat 57kg jumah air yang saya perlukan ialah 2.28 liter..agak2 dalam 2.5 liter.


2)kurangkan pengambilan gula.Macam saya kata tadi .Dari air sampai ke lauk pauk semua ada gula.jadi had kan cuma satu hidangan saja yang ada gula.Sebab tu masak sendiri ni untung.Kita boleh kawal bahan2 terlarang dalam masakan kita.Macam saya sekarang memang saya cuma ambil gula dalam buh-buahan saja.Yang lain saya tolak tepi..kalau curi2 secubit dua kek tu ada la..hahahah


3)Jangan abaikan sahur.Puasa tak sahur hanya akan memudaratkan badan awak sahaja.Lagi2 jika kita ni bekerja.bangun sahur jangan la pi tidur balik.Lepas sahur boleh dibantainya tidur .mana tak gemuk.Ada yang sahur jam 1-2 pagi..sahur apa tu?cer tengok balik dalam islam sahur tu sepatutnya pukul berapa sebaik-baiknya??



4)kekal aktif..Ingat tau..lepas sahur jangan tidur.Buat aktiviti macam biasa..Pergi kerja , balik kerja..cuma waktu tengahari tu tidur la sekejap untuk rehat kan badan.Aktif2 pun kena rehat supaya badan tak kekurangan air.

Ok..tu je 4 cara mudah untuk turunkan berat badan ketika bulan puasa..semoga berjaya dalam mengharungi ujian sepanjang ramadhan ini...Jom kita kurus sama2..Saya nak turunkan lagi 5kg je  ni...


sekian..

Monday, 23 May 2016

TRICK BESARKAN SELUAR JEANS GUNA AIR PANAS

Assalamualaikum...

Sejak saya diet ni ada 2,3 helai jeans yang saya dah boleh pakai semula.Kalau tidak ketat kat peha..Memang tersimpan je la dalam almari.Hari2 buka mampu tengok je..

Mesti ada antara kita ni juga yang alami masalah sama.Berat badan naik dan jeans lama tak boleh disarungkan .Kalau ada jeans yang disarungkan rasa macam ketat sikit kat peha tu boleh la ikut trick ni.Tapi kalau sampai sebelah kaki pun dah tak boleh masuk.Sila turunkan berat badan ye..Trick ni tak sesuai untuk anda yang mengalami kenaikan berat badan yang melampai,.heheh


Ok meh kita mulakan trick mudah untuk besarkan jeans yang ketat.

Bahan-bahan : Air panas dan botol semburan.

1-bentangkan jeans di atas lantai.
2-semburkan air panas ke bahagian jeans yang nak dibesarkan.
3- tarik atau renggangkan bahagian jeans yang ketat
4-lakukan dengan cepat.jangan sampai air tadi sejuk..
5-lakukan cara yang sama pada bahagian lain jeans yang nak di besarkan
6-kemudian seterika bahagian tersebut dengan suhu sederhana atau boleh gunakan pengering rambut.
7-gantung guna hanger sampai kering baru boleh pakai.

Boleh tarik arah mana yang korang suka..tapi pastikan belah kiri dan kanan sama lebar.Jangan tarik yang kiri je tapi kanan tak tarik..Nanti pakai la jeans ketat sebelah..heheheh..


Kalau nak cara senang rendam saja guna air panas.Tapi cara ni takut2 boleh merosak kan fabrik atau jeans jadi mengelebeh .Kalau pakai penyembur tu kita boleh kawal air panas yang kita guna...Terserah la nak guna cara apa.kalau nak buat , cuba dulu guna jeans yang murah2 pun bagus juga..kan??

sekian..

sumber: #whowhatweardotcom

SAYA TAK MENYESAL TAK HANTAR MIKHAIL KE TADIKA

Assalamualaikum..


Baru-baru ni pi ke kedai dengan suami saya..Tengah tunggu suami pi bank kejap saya berbual la dengan cina taukey kedai tu.Katanya dia ada anak sorang sebaya mikhail..baru nak masuk 4 tahun..Dia tanya saya hantar Mikhail kat tadika mana.Saya kata la yang mikhail tak dihantar kemana2 tadika lagi..Mash awal..belum 4 tahun pun..

katanya bagus hantar anak sekolah awal sebab anak dia sudah pandai baca ABC..hari2 balik sekolah nyanyi lagu ABC.Dah pandai kira 1-10 ..


Bila saya dengar dia cerita tu rasa tak nyesal la tak hantar anak sekolah awal.Sebab anak saya tak pernah saya suruh belajar, tak pernah hantar tadika pun dah boleh kenal ABC..huruf besar huruf kecik, kira setakat 1-20 dok celah gigi je..Tanya la mana a, mana b semua dia kenal..

Anak saya kerjanya bermain saja selagi tak tidur.Berani suruh dia belajar?Tak de dia peduli pun..Tapi cemana dia kenal huruf dan mengira??Sebab saya saya bagi dia bermain..Dia belajar bila dia nak..kalau saya nak suruh memang tak la..




Masa Maisara umur 4 tahun saya akui saya pun paksa dia belajar..tapi nak dekat umur 6 tahun baru dia boleh lancar membaca..Masa tu baru saya sedar, tak payah la paksa dia belajar..biar je la..kenapa??sebab saya tengok lebih mudah dia ingat apa yang dia belajar bila saya tak terlalu menekan dia.Buang tenaga saya je nak paksa2 dia ingat dan kenal apa yang saya ajar sedangkan di umur 7,8 tahun nanti pun otak dia dah tentu akan berfungsi untuk ingat semua yang cikgu ajar..hahah..Buktinya ..
Kadang2 orang pelik tengok anak saya boleh kata tetiap petang melompat kat taman permainan.Dok rumah asyik bermain...Kelas tambahan pun tak de.Macam mana saya ajar anak saya??Saya cuma tak bagi tekanan pada anak.Tapi saya lebihkan galakan dan pujian.Anak orang lain balik sekolah agama terus siap2 nak ke kelas tambahan demi nak kan markah bagus.Sedangkan cara nya ada kat rumah je.Tak payah sampai nak hantar ke kelas tambahan

Kesimpulan nya tak payah la paksa anak yang masih kecil untuk belajar..cuma jaga lah persekitaran anak tu.Biar dia belajar dari persekiran dulu..Bila persekitaran ok mesti akan datang juga mood dia nak mengadap buku dan pensil..heheh




Persekitan yang macam mana tu??kalau tengok katon buka la katon yang boleh dia belajar..sambil tengok sambil dia boleh belajar.jangan pulak dipaksa budak tu tengok..Buka je dan biar.. Ibu ayah pulak dok saja jangan la dok nyanyi lagu cinta saja..Nyanyi2 la alif ba ta ke..tak payah panggil dia dengar..sambil2 masak tu awak nyanyi..Macam suami saya dia suka hafal quran.anak ikut walaupun kami tak suruh.

Yang paling kerap sekali saya buat ialah kira duit tabung yang dah penuh sama2 dengan dia.Tak payah suruh dia kira..awak kira je kuat2,,lama2 dia dengar dia ingat la..



Saya bukan ibu yang sempurna..Tapi saya tahu kesempurnaan tu tak datang dalam sekelip mata.Apa yang saya cerita ni bukan untuk bermegah2.Tapi saya kongsikan untuk ibu bapa fikir dalam2..masa kita kecik kita pun merasa main lumpur ,bangun pagi dah tengok tv , melompat dari pagi sampai petang..Lepas tu datang masa anak kita, kita nak sekat pulak...Adil tak??lepas tu kita acah2 update status.."rugi budak2 sekarang tak merasa main permainan macam kita dulu.." padahal kita ibu bapa yang tak bagi..ceh!!!

sekian..

Sunday, 22 May 2016

GAMBAR LELAKI BUNUH DIRI DALAM KANDANG SINGA

Assalamualaikum...



Selalu juga baca cerita tentang orang bunuh diri ni.Kalau dinegara kita semalam berlaku kejadian bunuh diri. Dia terjun bangunan jatuh kat tempat parking motorsikal.Dah ramai yang share gambar tu..Ngeri...

Hari ni ada satu berita tentang bunuh diri juga.Tapi berlaku di Chile.Seorang lelaki tanpa pakaian masuk ke kandang singa dengan niat untuk membunuh diri.



Kejadian berlaku di Zoo Metropolitan Santiago apabila lelaki berusia 20 tahun ni masuk kedalam kandang singa terbabit.Tindakan nya menyebabkan singa yang ada di dalam kandang itu menerkam ke arah lelaki berkenaan.

Demi menyelamatkan lelaki berkenaan penjaga zoo terpaksa menembak mati 2 ekor singa dalam kandang tersebut.Mereka tidak dapat menggunakan ubat penenang disebabkan ianya lambat memberi kesan pada singa.


Menurut seorang saksi mula nya lelaki berkenaan masuk dan seolah2 mengajak singa -singa itu bermain.namun lama kelamaan singa mula mendekati dan menerkam lelaki itu.Pihak zoo juga menemui sekeping nota bunuh diri didalam poket seluar lelaki berkenaa.


Kesian nya singa..Yang nak mati tu kau pergi la terjun ke laut  ke apa..Sampai sanggup kau beli tiket masuk ke zoo semata2 nak bunuh diri.Tak pasal2 yang nak hidup tu kena korban disebabkan orang yang nak sangat mati tu..sedih ..kesian singa..harap2 lepas lelaki ni sihat sejahtera dia dikenakan hukuman yang berat..

sekian..

TREND 2016: NAKED CAKE SEBAGAI KEK PERKAHWINAN

Assalamualaikum..



Saya cukup suka tengok hiasan kek yang cantik2..Tak dapat makan pun tak pe asalkan dapat tengok..
rasa boleh kenyang kot kalau tengok kek banyak2..hahahah..Kita yang tengok ni memang la seronok je ..kan??Tapi orang yang menghias tu macam nak pengsan, pecah peluh menghiaskan satu2 kek tu.Sebab tu la harga nya ya ampun mbakkk ..ada yang sampai cecah ribuan ringgit.Kiranya kalau kek perkahwinan kita takat harga 300 tu kita akan dapat kek yang hiasanya biasa2 je la..heheh..

Bagi yang tak lama lagi nak melangsungkan perkahwinan mesti masa ni dah fikir2 nak kek yang macam mana..Meh la makcik nak tunjuk gambar2 Naked cake. Naked caked adalah salah satu trend terkini cake perkahwiann tau..kalau sebelum ni naked cake hanya untuk majlis2 biasa..Tapi bila naked cake di jadikan kek perkahwinan...boleh ke?Jom tengok gambar2 cantik naked cake dijadikan kek perkahwinan.















 Macam mana??ok tak kalau nak jadikan Naked cake sebagai kek perkahwinan??cantik ke?sesuai ke??Yang satu lagi jadi trend ialah Metallic cake .Yang tu lain masa nanti makcik cerita ok..Hari ni kita tengok dulu Naked Caked yang memang kalau jadi kek perkahwinan korang, kena dengan cara hias nya, dengan rasanya.,  memang sepanjang tahun kot jadi bualan kawan-kawan...


sekian..