Skip to main content

SELEPAS SEBULAN TINGGALKAN NASI....

Assalamualaikum...




Saya pernah terbaca caption di Instagram  Siti Sarah Raisuddin
yang mengatakan "siapa yang kata dia kurus tanpa apa2 produk itu semua tipu.."
Ayat orang nak jual ubat kurus..heheh..
tapi saya tau apa yang dia kata tu tak betul..
macam dia sendiri pernah mengalami berat badan berlebihan,
lepas tu sekarang badan dah lawa, hanya sebabdia ada makan satu produk ni.
Tapi mungkin dia lupa yang dia pun ada bersenam dan mengawal makan.

Saya rasa satu kerugian la kalau kita beli produk
tapi tetap kena bersenam dan kawal makan...
Sedangkan kita bersenam dan kawal makan sahaja tanpa apa2 produk
pun kita boleh turunkan berat badan.

Buktinya hari ni berat badan saya dah turun..
Berat asal saya sebulan yang lepas 65kg..
Dan sekarang berat saya 59kg.
Dengan tinggi 155 cm , berat 65 kg memang tak sesuai sangat...hahaha..
tapi hari ni pi klinik nak buat pap smear bila timbang senyum sampai telinga
sebab berat dah turun 6 kg.

saya dah buat pap smear.adik kakak sila pi buat pemeriksaan ye..
Bukan senang nak jaga diri kita ni..
sayang ngi la apa yang kita ada..

Saya tak de makan apa2 produk pun..
Cuma minum air masak 3 liter sehari
Tinggalkan nasi dan  dan tak ambil makanan bergula..
Saya tak buat atkins sebab setiap pagi saya makan roti sekeping je..
dan buah epal sebiji..Cuma waktu pagi saja saya ambil kabohidrat.
..minum kopi tanpa gula.
Dalam buah kan dah ada gula..buat apa letak gula dalam kopi lagi..kan??


Berat terkini..Yang ni timbang kat rumah jap tadi..
selepas sebulan baru berani bawak keluar timbang daging ni..hahah
banyak jasanya besi ni tau..:p

Bersenam setiap hari 20-30 minit sehari...
Mula2 memang susah nak buat..tapi sebab ada peluang nak buat
kenapa nak tunggu lagi..kan??
paksa kan diri jugak la..Lama2 jadi biasa pulak..
jadi tak biasa kalau tak bersenam sampai berpeluh2 badan..
Tak de join zumba ke apa..
semuanya buat dirumah.

Sebenarnya bila kita kurangkan ambil kabohidrat dan gula
memang mudah sangat berat nak turun..
Jangan la risau kalau tak makan nasi..
tak de orang yang mati tak makan nasi.
Kalau kita pandai kawal diri masa ceduk nasi boleh la
kita makan 2,3 sudu je nasi sehari..
Tapi yang tak pandai kawal macam saya lebih baik ambil roti je.

Tunggu berat dah sampai 55kg saya akan kongsi
apa saya makan dari pagi sampai petang..
Doakan saya berjaya turunkan berat badan ---->50kg
sampai raya ni..ye..
kalau berjaya misi saya ni boleh la saya kongsi tips lagi..

#ada yang kata kalau saya buat aktkins lagi cepat turun..
makcik dah tua dik..tak mampu nak buat atkins macam muda2 dulu..



sekian..

Comments

  1. wahhh tahniahhhhh. ni yang rasa semangat jugak ni

    ReplyDelete
  2. Myra pun buat diet gak, tp nasi ambik jugak seminggu sekali, & suplemen tetap ambik sebab kekadang bila diet perut akan mudah sebu + susah lawas even dok ambil sayur mayur dengan buah.. stress hokey :)
    Tapi sebulan turun tak banyak macam hakak, turun 3kg je :(

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Sy setuju berat badan boleh turun tanpa produk kurus tapi senaman kena konsisten. Gula kena stop atau kurangkan. Portion nasi kena kurangkan jugek, depends pada keadaan badan seseorang.

    Sy exercise kat gym, lepas tu mesti rasa lapar. Patut la sy agak susah nak turunkan berat badan... =))

    Congrates berjaya turunkan berat badan, janji kurus dan sihat.

    ReplyDelete
  4. hebatnya! Tahniah, berjaya kurang 6 kg. :)

    ReplyDelete
  5. tahniah.. kalau berat tu boleh transfer kepada saya kan.. nak sikit... haha... cuma saya pernah prgi seminar pemakana dan untuk kuruskan badan.. orang yang nak kuruskan badan, sebenarnya perlu elakkan makan roti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...sapa yang bagi tau tu?? saya makan roti boleh je kurus...heheh..setahu saya aizat amdan yang dulu masuk akademi fantasia. Badan gemuk, sekarang dah kurus dan dia bagitau dia kurus sebab hari2 makan roti 2 keping...mungkin yang bagi ceramah tu maksudkan roti ada jem, ada , letak kacang merah, sekali dengan cream bagai kot..ekekekek...

      Delete
  6. in shaa Allah boleh ... sis dulu pun bermula x mkn nasi masa bulan puasa . sis tak le gemok , cuma nak cuba apa yang penyanyi awie ( wings ) amalkan . dia kata . mmg betul . badan turun sampaikan org yg sis jumpa masa raya tanya apayg sis makan jadi kurus . ada juga yg kata sis tak cukup makan ... sekrg ni masih kurus juga tapi ada bhg lain lak yg naik . maklumlah metabolisme dah kurang kan . sis memang amalkan mkn roti sekeping bila lapar ... sis blm buat pap smear tapi sis dah buat memogram masa umur sis awal 30-an dulu . alhamdlillah ...

    ReplyDelete
  7. sebenarnya kalau dah faham apa yg badan kita perlukan tak de masaalah nak turunan berat badan .. malas atau rajin nk buat tu je.. chaiyokk diana

    ReplyDelete
  8. Tahniah..Semoga berjaya lagi turunkan berat badan. Tak sabar nak tunggu share meal yang diamalkan

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …