Skip to main content

SEDAPNYA LAKSA ASAM TC BOY

Assalamualaikum...


Anak saya Maisara ,  kalau saya masak laksa memang suka sangat la dia..Tak payah dah makan kat luar tu..Tapi saya ni malas sikit nak masak laksa sebab malas nak buang tulang ikan tu.lambat..kan?Baru2 ni TC Boy ada hantar pada saya beberapa produk TC Boy . Disertakan juga beberapa resepi yang boleh saya cuba dengan menggunakan produk TC Boy.Salah satunya ialak laksa asam.Apa lagi tak sabar2 la anak saya suruh saya masak laksa asam yang memang jadi kegemaran dia.Kali ni dengan senang hati saya buat sebab tak payah nak buang tulang ikan.Ada resepi lain juga yang saya buat menggunakan Produk TC Boy ni.nanti saya kongsikan lagi beberapa resepi menarik .


Nampak sedap kan??Nak buat pun mudah saja.Tapi saya tak ikut resepi yang mereka bagi.Ini resepi dari saya sendiri.Siapa yang suka makan laksa tapi malas nak buang tulang ikan tu boleh la cuba sebab rasanya tak kalah dengan laksa yang menggunakan ikan segar.

Bahan-bahan

1 tin kecil sardin TC Boy(dihancurkan, guna garfu je..)
5 biji bawang kecil (dikisar)
2 sudu besar cili kering yang dah di kisar
3 keping asam gelugur/asam keping
1 inci belacan (dihancurkan)
1 mangkuk besar air
sedikit daun laksa
1 kuntum bunga kantan (di hiris kasar)
garam secukup rasa.

1 bungkus laksa(rebus sampai lembut)



cara-caranya
Masuk kan semua bahan dalam periuk dan masak sampai mendidih.masuk kan garam.
Bila dah masak hidangkan bersama timun , bawang besar dan cili yang dah di potong.
jangan lupa asam limau jugak..

Untuk satu tin kecil  sardin TC Boy  boleh buat laksa asam untuk hidangan  6 orang.


Dah siap boleh la makan..mudah kan?/sedap pulak tu.Bagi yang mementingkan kesihatan elok la menggunakan sardin TC Boy ni sebab kalau dilihat dari kandungan nya ianya tinggi protein dan  rendah kabohidrat serta lemak.Kata nak jaga badan...


sekian..

Comments

  1. wah..senang..tak payah nak rebus dan asing2kan ikan kan..

    ReplyDelete
  2. Mmg kalau bercita2 nak buat laksa, perkara utama yang menjadi masalah ialah nak buang tulang ikan. Nak carilah TC ni kat pasaraya nanti... dah ada yang 'membantu' why not kan Diana.

    ReplyDelete
  3. nampaknya sangat menyelerakan bolehlh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. Sardin TCboy boleh buat laksa?...lepas ni mudah lah nak buat laksa kan.Sebelum ni masalah bukan saja nak buat tulang tapi nak dapat kan ikan segar pun ber masalah kat tpt akak ni.

    ReplyDelete
  5. Wah.. Menarik nih.. Tak payah nak rebus ikan..

    ReplyDelete
  6. ermm senang kan dengan TC Boy ek

    ReplyDelete
  7. kan senang je nak masak guna ikan sardin tin ni. Bukan je boleh masak laksa malah macam resepi masakan ikan boleh buat

    ReplyDelete
  8. Wah, senangnya nak buat laksa! Tak payah susah-susah nak rebus ikan, nak buang tulang. Kalau macam ni, saya pun jadi rajin tau!

    ReplyDelete
  9. eh?guna sardin dlm tin je kak?senangnyaaa..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …