Skip to main content

RASA TAK BEST NAK UPDATE BLOG..

Assalamualaikum...

Sehari dua ni rasa tak best je nak update blog..
PC dah ok pun rasa tak best lagi...
Sebenarnya saya dah dekat 3 minggu diet..bersenam bagai la..
kali ni nekad nak kurus punya pasal..kan??
tapi yang peliknya habis badan saya jadi gatal2.
sehari dua ni jadi lebih teruk..
tak de la jadi merah2 ke apa cuma rasa gatal2 je..
pelik la..tak kan sebab diet saya ni kot..



Tapi suami saya kata mungkin sebab musim panas ni..
terlalu panas sampai bagi kesan pada kulit..
Tambah pulak badan saya ni tak berhenti-henti berpeluh..

Tak kan la kulit saya cam kulit baby2 kot..
kena panas sikit dah gatal2..kan/?
sebab tu saya rasa ianya berpunca dari diet saya ni..

Saya tak de la diet ketat sangat pun..
cuma tak ambil nasik dan gula je..
yang lain saya bedal..
setiap hari 30 minit untuk senaman..
harap2 sebelum raya saya dah kurus...

cuma saya perasan sejak diet ni tak de la pening kepala ke.,
kepala memusing2 nak pitam ke..semua tak de..
cuma jadi gatal2 tu je yang tak tahan ny.a.

siapa pernah diet dan badan dia jadi gatal2??
tau tak kenapa??

sekian..


Comments

  1. Oh, tengah berdiet ke, Diana? Semoga mencapai misi nak kurus sebelum raya nanti. Keep it up, ya!

    Saya memang ada penyakit gatal-gatal, ikut musim tapi bukan kerana berdiet. Ada makanan/minuman yang saya tak boleh ambil tapi sampai sekarang saya tak tahu apa. Saya suspek teh tarik sebab bila saya gian, mesti kena gatal-gatal satu badan; macam kena belasah dengan rotan aje belakang badan. Tapi dah lama tak minum teh tarik pun, adakalanya kena juga. Masalah yang tak selesai sebab gatalnya datang sekejap, merata macam gata tapi tak sampai 5 minit dah hilang. Bila nak jumpa doktor, tak tahu nak explain macamana sebab bukti dah hilang ^_^

    ReplyDelete
  2. samalah..pc kita pun tak menyeronokkan...rasa hang aje kejenya...fed up

    ReplyDelete
  3. Haah, maybe sebab panas kot.. Air kurang minum.. Xpon ade alergik makan pape ke dlm menu diet?

    ReplyDelete
  4. eh sama pulak kita..tapi bukan sama tang diet tu, sama tang gatal2 tu...
    aku pun pelik jugak ni, sebab aku x makan seafood pun boleh naik gatal2, aku perasan sekarang ni aku makan ayam pun naik gatal2 mcm allergik gitu...aku tanya doc, doc jawab mungkin faktor umur menyebabkan antibodi skrg dah lemah nak lawan penyakit gatal2 ni...
    eiiii, nak cakap aku dah tua la tu...ekekek...

    anyway, gud luck for ur diet ok...gi la klinik tanya nape ko gatal2 mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Ada makan seafood berlebihan tak Dee
    Kadang ada yg alahan.
    Tentang gatal kerana diet macam tak pernah tahu pulak kakak
    Pergi klinik ajelah Dee. Jgn jadi macam bapak kakak sampai beribu-ribu dah sekarang masih ada kesan sikit-sikit gatalnya. Kesian..

    ReplyDelete
  6. Wah.. chaiyok sis..tak tau la plak boleh gatal badan kalau diet. hehehhe. tapi mungkin btul jg sbb cuaca sis..

    ReplyDelete
  7. Emh, first time juga saya dengar ni. Tapi kalau kulit gatal2 dan naik bengkak2 kemungkinan kurang garam dalam tubuh. tapi, saya pun setuju dengan pendapat husband awak tu. mungkin faktor peluh dan kulit jadi sensitif akibat suhu sekeliling.... tak jumpa doktor ke? utk kepastikan yang lebih tepat. =D

    ReplyDelete
  8. x dpt aida komen, diana.
    sebab x pernah diet! hi hi...
    may be sebab cuaca kot. kebetulan...

    ReplyDelete
  9. Ikut pengalaman takde pulak jadi macam tu pada saya.
    Mungkin pada certain2 makanan atau supplement yang diambil?
    Kalau tak makan nasi dan tak ambil gula pun still ok lagi, takde sampai badan rasa gatal2. Cuba senaraikan apa yang dimakan sepanjang minggu dan minggu berikutnya cuba ubah corak pemakanan. Mungkin ada sesuatu yang buat badan allergik.

    Dalam pada tu, sebagai pembakar semangat:
    http://aizamia3.blogspot.my/2016/02/bila-aku-sibuk-berdiet.html

    ReplyDelete
  10. Lya x pernh diet sbb da kurus hihi...mungkin sbb cuaca pns sgt kot kn skrg ni

    ReplyDelete
  11. klu mkn supplement , mungkin supplement tu yg beri kesan . tapi klu diet setakat pada mknn , rasanya tak mungkin gatal . klu sbb cuaca panas , berpeluh , alah pd seafood , itu mungkin ...

    ReplyDelete
  12. Aik...elok2 berlakon bergduh plk...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …