Skip to main content

PEMBELI JANGAN RUMITKAN KEADAAN PENIAGA ONLINE

Assalamualaikum...



Sekarang ni memang peniaga online tumbuh macam cendawan.
Sebab semakin ramai yang memanfaaatkan peluang yang ada.
Alang-alang dah ada facebook, instagram , twitter..
Rakan pun ramai, ada yang kenal, ada yang tak berapa kenal..
jadi kita pun berniaga la.



Berniaga ni memang best..
Selain kita boleh tambah pendapatan kita juga
dapat kenal ramai orang.Saya sendiri ada kawan yang
saya kenal sebab beli barang kat dia.
Lepas 2,3 kali berurusan terus jadi kawan pulak..
Tapi tak bermakna bila jadi kawan , dia kena bagi harga special kat kita..
tak boleh macam tu ye..jangan ambil kesempatan.



Setiap kali saya membeli di online ni saya selalu letak kan diri saya di tempat peniaga tersebut.
Dah tentu kalau saya berniaga saya tak mau rugi..
Saya tak mau pelanggan saya tak berpuas hati..
Jadi benda2 macam ni buat saya tak perlu merumitkan keadaan peniaga tu.
Bila order barang saya tak mau terlalu banyak songeh.
Saya google dulu barang tu macam mana.Apa baik dan buruk nya..
kemudian saya tengok barang tu ada tiruan atau tidak.
Bila saya keliru baru saya tanya dia.
Tak payah marah2 kalau jawapan yang dia bagi tak macam kita nak..
Tak puas hati kita cari peniaga lain..
tak payah whatsapap bertalu2 sampai peniaga pening.



Kita nak beli barang tu,kita kena selidik dulu la..
google kan ada..
Beli kat online ni berbeza dengan beli terus di kedai.
Nak beli di online kita kena selidik betul2 tentang produk dan peniaga tu..
Itu lah gunanya review2 yang ditulis oleh blogger..
Bila bakal pembeli google nama produk atau nama online shop tu,
terus keluar review dari blogger..
Pembeli pun tak la risau kena tipu sebab dia tahu
dah ada blogger yang guna dan dapatkan barang dari peniaga ni.



Pada mereka2 yang suka membeli barang di online
jangan lupa google dan selidik dulu, baca habis2 tentang produk dan peniaga online tersebut,.
kalau peniaga tu tak de siapa yang pernah review, tengok semua post2 lama dia di facebook dan IG.
kalau ada yang komplain macam2, ada la yang tak kena tu..
kalau ada testimoni, ada maklum balas yang baik dari  pelanggan2,
itu kira boleh dipercayai la..

**Minggu depan saya free sangat..
siapa nak review produk untuk sticky post 3 hari..
(mula 21/3/2016) boleh Pm ye..
harga rm30 je.

sekian...

Comments

  1. kann...tu lah dia kuasa blogger dan internet..so jgn berkira nk upah blogger utk review sbb skrg semua org akan google dulu utk selidik testimoni...gituu :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...jarang tak puas hati kalau beli brg online sbb selalunya beli brg yg kita dh biasa guna...kira regular customer la..hehehehee

    ReplyDelete
  3. suka juga beli brg online ni.

    ReplyDelete
  4. saya pun rajin shopping online tp kena betul2 selidik dulu, dan tahu selok belok nak beli brg online

    ReplyDelete
  5. baru lps shopping tesco online...jakun aku weii...hahaha...
    ok, komen takde kena mengena dengan entry...ekekek...

    ReplyDelete
  6. Saya ni bukan jenis pembeli yang cerewet. Kalau saya nak beli maknanya saya dah fikir masak-masak nak membeli sesuatu tu. Ada juga masanya saya main beli aje tapi kalau ada silap mana-mana, tak akanlah saya nak salahkan orang lain dah saya sendiri membeli ikut suka hati tak usul periksa!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …