LELAKI INI MENGAKU DIRINYA ALIEN DAN AKAN MENGHANCURKAN BUMI

Assalamualaikum...

Perangai budak2 bila dia buat salah dia akan bagi alasan yang tak munasabah dan kadang2 jadi kelakar.Misalnya kalau dia tertangkap tak buat kerja sekolah.Mula la bagi alasan yang bukan-bukan..Buku disorok hantu atau tak sempat sebab sibuk membanteras kejahatan.

Itu kalau budak-budak.Kalau orang dewasa pulak yang buat perangai macam ni memang layak masuk rumah sakit jiwa je la.



Seperti yang berlaku di China, seorang lelaki yang juga pemandu teksi ditahan polis  kerana melanggar peraturan jalan raya dan mempunyai 27 saman tertunggak.Ketika pihak polis mengatakan bahawa kenderaan nya akan ditahan dia memberitahu polis bahawa dia adalah alien dan mengugut akan menghancurkan bumi.

Berdasarkan dari video yang dirakam pihak polis , jelas kedengaran lelaki tersebut mengugut dengan berkata " kamu ada undang-undang begitu juga dengan kami di tata surya Bima Sakti.Saya berasal dari keluarga kerajaan .Jika kamu melepaskan saya kali ini saya akan memaafkan kamu dan menganggap perkara ini tidak berlaku"

"tapi jika tidak, saya akan menghancurkan bumi.Keluarga saya adalah satu keluarga kerajaan yang terbesar dan berpengaruh di galaksi dan tiada siapa yang berani membuat saya marah sebegini."

Polis kemudian nya membalas dengan bertanya kenapa dia tidak terbang saja dengan pesawat, namun lelaki ini menjawab
"saya tidak terbang dengan pesawat tapi dengan FUA.erm..maksud saya UFO"

hahah..boleh tersasul pulak jawab nya..macam-macam perangai manusia ni kan?Senang2 saja nak memperbodohkan orang sampai diri dia sendiri nampak bodoh


sekian..

Post a comment

4 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)