Skip to main content

INI BUAT SAYA LEBIH MENGHARGAI PEMBACA BLOG SAYA

Assalamualaikum...



Semalam ada satu je entry kat blog saya.
Tak boleh nak update blog sebab komputer hantar kedai.
Saya tengok ramai jugak yang view entry pasal zolace tu.
Ramai yang berminat dengan pakaian muslimah..
Ye la..menutup aurat tu kan wajib...

Zaman dulu bab2 aurat ni jarang dibincangkan secara terbuka,
Tapi sekarang ni setiap hari ada yang memperingatkan kita tentang aurat..
Di facebook, blog, malah di tv dan radio pun dah banyak yang bercakap tentang aurat.
Alhamdulillah..Sedikit sebanyak membuka mata kita..
Yang nak berubah, buat perlahan2...saya dulu pun mula dengan perlahan-lahan..

Semalam saya blogwalking dengan menggunakan tablet je..
memang siksa sampai sakit jari saya ni..
ye la..menaip guna tab tak sama dengan guna keyboard.
Kalau guna tab pakai jari telunjuk je..
mau tak keras kejung jari..

Tapi ianya membuatkan saya lebih menghargai
pengunjung2 blog saya ni sebab saya tahu
sebahagian pembaca blog saya ni hanya menggunakan smartphone sahaja.
Ada juga blogger yang blogwaking pun guna phone..
hebat nya korang.saya memang tak mampu .
semalam pun dah merungut2 kat suami suruh call kedai komputer tu.
Untung malam tadi dah boleh ambil komputer.
jadi siang ni boleh la update blog macam biasa.

InsyaAllah..saya bw ke blog awak lepas ni..


sekian..

Comments

  1. ya mesti hargai viewers blog kita walau xlah ramai mana mcm blog sendu kak ni tapi tahu tetap ada yg mmbaca tulisan n3 kita.

    ReplyDelete
  2. sayala yg BW pakai hp je...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. akak ni kalau setakat nak BW guna henfon memang takde masalah sangat...tapiiii kalau nak suh update guna henpon memang kimsalam la nampak gayanye...hape pon tak bole...tapi yg paling penting talian internet kene hade...kalau takde yg tu lagi hape pon tak bole kan dik :'D

    ReplyDelete
  4. tadi saya online pakai hp. sekarang laptop. hehe

    ReplyDelete
  5. Akak BW ke berblog ke semua guna henpon walaupun ada laptop sebab nya tenet lembab memanjang.Guna henpon walaupun sukar tapi okje bagi akak

    ReplyDelete
  6. Ros guna handphone.. lebih mudah bagi Ros.

    ReplyDelete
  7. Kite la tuh yg bw pakai henfon..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …