Skip to main content

GANGGU AYAH MAIN GAME, BAYI INI DIBUNUH .

Assalamualaikum..

Seorang ayah sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak nya.tetapi lain pulak yang berlaku kepada bayi malang berusia 2 tahun ini apa bila di bunuh oleh ayah nya sendiri.


Anthony Sanders (31) dari texas Amerika Syarikat ditahan polis apabila dia didakwa membunuh anak nya sendiri awal disember tahun lepas.

Awal kejadian isterinya berpesan supaya menjaga anak perempuan mereka, Ellie kerana dia mempunyai urusan di luar.selesai urusan di luar dia pulang dan bertanya pada suami nya dimana anak mereka namun si suami mengatakan Ellie sedang tidur dan meminta supaya mereka tidak mengganggu Ellie



Beberapa minit kemudian anak lelaki mereka yang cuba membangunkan si adik mengatakan pada ibunya , Ellie tidak mahu bangun.

Ketika memeriksa anaknya , dia mendapati anak perempuan nya itu sudah tidak bernafas dan terus Menghubungi ambulans dan polis.Pemeriksaan mendapati anaknya sudah meninggal beberapa jam sebelum nya.

Selepas 4 bulan polis mendapati Anthony Sanders adalah penyebab kematian Ellie.terdapat kesan lebam dan luka di badan Ellie menunjuk kan dia dikasari sebelum mati.

Isterinya mengesyaki Ellie mungkin dibunuh kerana mengganggu suaminya bermain game memandangkan suaminya seorang yang gemar bermain game.Buat masa sekarang siasatan masih diteruskan dan Anthony Sanders masih dalam tahanan polis dan memerlukan ikat jamin 1 juta dollar AS.

sekian..

Comments

  1. Hmm.... sadis betul... bahaya kadang kaki game ni, mental disorder jadinya...

    ReplyDelete
  2. Gitulah kalau dah fanatik sangat dgn game, anak pun di bunuh...
    Muka anak dia atas tu sebijik ayah diakan makcik

    ReplyDelete
  3. Ya Allah ,kesiannya anak comel ni jadi mangsa bapak yang kemaruk game.

    ReplyDelete
  4. Gila tak bertempat ni Dee
    Itulah kalau akal tak digunakan dgn sebaik-baiknya hanya kerana game aje pun.

    ReplyDelete
  5. ya Allah anak yg tak berdosa jadi mangsa...moga2 bapak dia di ganggu iblis dalam lokap

    ReplyDelete
  6. Ini memang gila. Apalah salah budak 2 tahun sampai sanggup dibunuh oleh ayah sendiri. Sebab itulah kalau minat sesuatu tu biarlah berpada-pada. Tadi pun ada baca dalam newspaper, si emak asyik sangat dengan handphone sampai anak keluar ke jalanraya pun dia tak perasan. Akhirnya anak mati kena langgar.

    Tak tahulah nak kata apa kalau ada makpak bersifat macam ni!

    ReplyDelete
  7. aduiiiii.. apa la dalam fikiran c bapa niiii...

    ReplyDelete
  8. Ishh kejamnya..trlalu taksub dgn game smpai kejam kat ank

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …