Skip to main content

GAMBAR "SEBELUM DAN SELEPAS" DEDAHKAN AIB

Assalamualaikum...




Selalunya kalau ambil gambar selfie atau pun ambil gambar orang lain,
saya akan buang gambar tu kalau tak cantik.
Tak elok tu maksud saya tak cantik la gambar tu.
Mungkin masa tu gambar dia menguap ke, atau dalam gambar tu kulit saya nampak berminyak sangat..
atau mungkin dalam gambar tu kawan saya nampak lebih hitam dari kat luar..
memang gambar tu saya akan padam.
Tapi tunjuk kat dia dulu la ..
tak de la nak upload bagi semua orang tengok..
sebab bagi saya itu mungkin akan memalukan kawan saya..

Saya tertarik dengan kata-kata penyanyi Shila Amzah
yang di tulis di twitter dan instagram dia ni.



Caption dan status di twitter shila Amzah yang dikecam ramai MUA.

 Tak kira la make up artist  atau  make up pengantin ke apa..
saya memang kurang gemar bila jurusolek ni upload gambar pelanggan dia
dengan gambar sebelum dan selepas yang terlalu mendedahkan betapa
tak cantik nya muka si pelanggan tadi.
Ye..kalau muka sebelum bersolek tu cantik jugak, kulit nampak segar,
rasanya tak pe la dia nak tunjuk pun..
Atau dia boleh jangan terlalu "jelas" sangat nak tunjuk gambar sebelum tu.

Ni tidak...gambar pelanggan dengan kulit berkerak, berjeragat,
ada parut pulak kat dahi tu, dia punya zoom sampai habis bulu hidung pun nampak,
yang tu juga dia nak upload.
gambar selepas disolek kemain cantik ..
seolah2 dia berjaya mencantik kan muka pelanggan yang macam kulit pokok tu.
kira macam nak tunjuk hebat la..

Tapi ianya berbaza dengan kita lihat iklan produk rawatan kulit
Sebab kalau kita guna krim atau produk rawatan kulit ni ,
apa yang di lihat dalam iklan "sebelum dan selepas" tu adalah perubahan yang kekal.

Ni cuma pendapat saya..
Mungkin bagi kita yang tak berada di tempat
orang yang wajahnya tersebar tu , kita tak rasa apa2 pun.
Tapi bagi dia, mesti dia malu..kan??Cantik hanya sebab bersolek je...

Kalau tuan punya muka tak kisah MUA nak dedahkan
gambar sebenarnya , itu tak boleh nak kata apa la..
Tapi saya percaya lepas dia tengok komen2 yang lebih memuji solekan diwajahnya
berbanding wajah sebenarnya , mesti dia akan terasa juga kecik hati tu..

sekian..

Comments

  1. take note juga ni...at least faham kan...betul kalau terlalu teruk baik simpan je...tunjuk hasil makeup lg bagus

    ReplyDelete
  2. la ni semua kisah boleh jadi bahan cerita ya..terpengaruh sgt dgn kebebasan berdunia maya...

    ReplyDelete
  3. nasib baik la time akak kawen dulu takde pulak mak andam nak amik2 gambo sebelom di mekap...kikiki...yg penuh dalam album kawen sume gambo selepas je...hahaha...selamat haku :p

    ReplyDelete
  4. Selagi boleh elak...elaklah before and after tu...

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat MUA, mereka nak tunjuk kebolehan mereka mentatarias wajah pelanggan sampai nampak jauh berbeza. Satu pencapaian. Pada pelanggan pulak, mungkin ada yang malu tengok gambar sendiri sebelum disolek, mungkin juga ada yang jenis tak kisah. Kalau mereka kisah, tak akan mereka benarkan. Mesti dah dok pakat-pakat dengan MUA jangan keluarkan gambar sebelum tu. Unless MUA main muatnaik aje gambar pelanggan tanpa minta izin!

    Sebab muka saya sekarang pun tak flawless, saya pun tak sukalah nak ada gambar sebelum/selepas macam ni buat tatapan semua orang. Manusia ni, suka cari peluang nak mengutuk. Perkara kecil pun boleh dibesar-besarkan sampai bergaduh jadinya.

    ReplyDelete
  6. setuju kalau untuk iklan produk benda tue kekal

    ReplyDelete
  7. Mungkin sbgai testimoni. Kdg2 ada gak sblm makeup sememang dah natural beauty, bla touch up btambah cantik. So itu tanda dia berbakat.

    Klu nk elak fitnah, guna je muka sendiri sbgai model :)

    ReplyDelete
  8. Mungkin sbgai testimoni. Kdg2 ada gak sblm makeup sememang dah natural beauty, bla touch up btambah cantik. So itu tanda dia berbakat.

    Klu nk elak fitnah, guna je muka sendiri sbgai model :)

    ReplyDelete
  9. Betul juga pendapat Dee ni
    Kakak rasa pun mereka yg disolek bila ditunjukkan gambar sebelum yg teruk dibanding selepas make-up mesti terkilan juga. Paling tak mestilah malu. Sebab bermakna kalau tak make-up muka dia hodoh benarlah rasanya...

    ReplyDelete
  10. betul jugak yer.
    sebelom x pernah plak terpikir pasal gambar sebelom dan selepas tuh.
    kena lebih hati2 lepas nih.

    ReplyDelete
  11. betul jugak kan, kite ni tak de lah perfect mana pun but at least jaga sket aib orang kan huhuhuhe

    ReplyDelete
  12. tak suke jgk tgk..bole timbulkan riak jgk nnt..kalau kite pun org wat muka kite cmtu mesti sakit jgk..tp die makeup artis..mesti la org puji..hurmmm

    ReplyDelete
  13. Sebelum ni tak terpikir pun pasal benda ni, pasal perasaan rasa rendah diri yg disolek tu muka tak cantik ke hape..... Mak fokus pada keprofessionalan penyolek tu, membuat seseorang jadi cantik....
    Yelah...pemikiran manusia ni tak sama...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …