Friday, 29 April 2016

LELAKI INI MENGAKU DIRINYA ALIEN DAN AKAN MENGHANCURKAN BUMI

Assalamualaikum...

Perangai budak2 bila dia buat salah dia akan bagi alasan yang tak munasabah dan kadang2 jadi kelakar.Misalnya kalau dia tertangkap tak buat kerja sekolah.Mula la bagi alasan yang bukan-bukan..Buku disorok hantu atau tak sempat sebab sibuk membanteras kejahatan.

Itu kalau budak-budak.Kalau orang dewasa pulak yang buat perangai macam ni memang layak masuk rumah sakit jiwa je la.



Seperti yang berlaku di China, seorang lelaki yang juga pemandu teksi ditahan polis  kerana melanggar peraturan jalan raya dan mempunyai 27 saman tertunggak.Ketika pihak polis mengatakan bahawa kenderaan nya akan ditahan dia memberitahu polis bahawa dia adalah alien dan mengugut akan menghancurkan bumi.

Berdasarkan dari video yang dirakam pihak polis , jelas kedengaran lelaki tersebut mengugut dengan berkata " kamu ada undang-undang begitu juga dengan kami di tata surya Bima Sakti.Saya berasal dari keluarga kerajaan .Jika kamu melepaskan saya kali ini saya akan memaafkan kamu dan menganggap perkara ini tidak berlaku"

"tapi jika tidak, saya akan menghancurkan bumi.Keluarga saya adalah satu keluarga kerajaan yang terbesar dan berpengaruh di galaksi dan tiada siapa yang berani membuat saya marah sebegini."

Polis kemudian nya membalas dengan bertanya kenapa dia tidak terbang saja dengan pesawat, namun lelaki ini menjawab
"saya tidak terbang dengan pesawat tapi dengan FUA.erm..maksud saya UFO"

hahah..boleh tersasul pulak jawab nya..macam-macam perangai manusia ni kan?Senang2 saja nak memperbodohkan orang sampai diri dia sendiri nampak bodoh


sekian..

SELEPAS SEBULAN TINGGALKAN NASI....

Assalamualaikum...




Saya pernah terbaca caption di Instagram  Siti Sarah Raisuddin
yang mengatakan "siapa yang kata dia kurus tanpa apa2 produk itu semua tipu.."
Ayat orang nak jual ubat kurus..heheh..
tapi saya tau apa yang dia kata tu tak betul..
macam dia sendiri pernah mengalami berat badan berlebihan,
lepas tu sekarang badan dah lawa, hanya sebabdia ada makan satu produk ni.
Tapi mungkin dia lupa yang dia pun ada bersenam dan mengawal makan.

Saya rasa satu kerugian la kalau kita beli produk
tapi tetap kena bersenam dan kawal makan...
Sedangkan kita bersenam dan kawal makan sahaja tanpa apa2 produk
pun kita boleh turunkan berat badan.

Buktinya hari ni berat badan saya dah turun..
Berat asal saya sebulan yang lepas 65kg..
Dan sekarang berat saya 59kg.
Dengan tinggi 155 cm , berat 65 kg memang tak sesuai sangat...hahaha..
tapi hari ni pi klinik nak buat pap smear bila timbang senyum sampai telinga
sebab berat dah turun 6 kg.

saya dah buat pap smear.adik kakak sila pi buat pemeriksaan ye..
Bukan senang nak jaga diri kita ni..
sayang ngi la apa yang kita ada..

Saya tak de makan apa2 produk pun..
Cuma minum air masak 3 liter sehari
Tinggalkan nasi dan  dan tak ambil makanan bergula..
Saya tak buat atkins sebab setiap pagi saya makan roti sekeping je..
dan buah epal sebiji..Cuma waktu pagi saja saya ambil kabohidrat.
..minum kopi tanpa gula.
Dalam buah kan dah ada gula..buat apa letak gula dalam kopi lagi..kan??


Berat terkini..Yang ni timbang kat rumah jap tadi..
selepas sebulan baru berani bawak keluar timbang daging ni..hahah
banyak jasanya besi ni tau..:p

Bersenam setiap hari 20-30 minit sehari...
Mula2 memang susah nak buat..tapi sebab ada peluang nak buat
kenapa nak tunggu lagi..kan??
paksa kan diri jugak la..Lama2 jadi biasa pulak..
jadi tak biasa kalau tak bersenam sampai berpeluh2 badan..
Tak de join zumba ke apa..
semuanya buat dirumah.

Sebenarnya bila kita kurangkan ambil kabohidrat dan gula
memang mudah sangat berat nak turun..
Jangan la risau kalau tak makan nasi..
tak de orang yang mati tak makan nasi.
Kalau kita pandai kawal diri masa ceduk nasi boleh la
kita makan 2,3 sudu je nasi sehari..
Tapi yang tak pandai kawal macam saya lebih baik ambil roti je.

Tunggu berat dah sampai 55kg saya akan kongsi
apa saya makan dari pagi sampai petang..
Doakan saya berjaya turunkan berat badan ---->50kg
sampai raya ni..ye..
kalau berjaya misi saya ni boleh la saya kongsi tips lagi..

#ada yang kata kalau saya buat aktkins lagi cepat turun..
makcik dah tua dik..tak mampu nak buat atkins macam muda2 dulu..



sekian..

Thursday, 28 April 2016

KALAU KERJA PASAR MALAM MAK MERTUA COMFIRM REJECT...

Assalamualaikum...



Ingat zaman sekarang tak de ke yang suka hina pekerjaan orang?Memang ada..Bukan takat hina je siap boleh tahu masa depan nanti apa akan jadi pada orang yang kerja lekeh2 ni.Macam ahli nujum dah ..Boleh tahu apa akan jadi dengan masa depan orang lain.





sumbergambar:ohmedia


Setahu saya orang kerja berniaga di pasar malam ni memang banyak duit.Sebab suami saya ada kawan yang berniaga di pasar malam ..Jual nuget , sosej , kentang goreng..Jual benda gitu je..Pakai kereta Hilux..siap ada van, lori..erm..kau nak apa lagi..?

Jiran saya pun berniaga di pasar malam.Jual sayur..Isterinya melayu , suaminya bangladesh..siap ada kereta, motor, anak2 isterinya (hasil perkahwinan pertama)  juga di bawak tinggal bersama.Dulu sebelum mereka kahwin, anak2 perempuan tu mak nya di kampung yang jaga.Memang nampak mewah hidup mereka.

Kerja la apa pun, kalau tak rajin  kau akan  susah selama nya walaupun kau kerja di company yang hebat dan gah...Berjaya atau tak kita ni bukan diukur pada , kau sekolah tinggi ke tidak, kau pakai kereta apa, kau kerja apa..tapi ianya bergantung pada berapa banyak kau usaha..


sekian..

DIPATUK ULAR..TERUS KEHOSPITAL ATAU IKUT PETUA ORANG ORANG DULU-DULU?

Assalamualaikum..



Kenangan ular masuk rumah pada tahun lepas memang menjadi satu
kenangan yang tak mungkin saya lupakan..
Bila ingat2 balik rasa seram, tak boleh tidur malam dan
ianya macam trauma pulak dalam diri saya dan anak-anak..
Maisara la yang hampir-hampir menjadi mangsa..
Alhamdulillah ..mujur masa tu ular tu macam dah bagi amaran pada Maisara
dengan membuat bunyi yang pelik dan menakut kan..
meraung-raung anak saya menangis sebab ketakutan..

Seingat saya memang masa tu musim panas.
Dan sekarang bila terbaca je tentang penemuan ular
dibeberapa sekolah saya jadi takut sampaikan setiap pagi pesan
kat Maisara supaya jangan bermain kat tempat yang semak,
dekat pokok bunga, dekat tepi longkang.
jangan pergi dekat tempat yang ada timbunan kertas.
nak masuk tandas perhati kan betul2 dibelakang pintu..
kalau ada binatang berbisa jangan masuk , lari laju2 dan cepat2 panggil cikgu.
panjang nasihat saya setiap pagi sekarang ni..

hari tu terbaca satu komen kat facebook ..
tentang petua apa nak dilakukan bila dipatuk ular..



Ini petua yang saya baca di satu post di facebook..
tapi berbeza dengan yang satu artikel yang di tulis oleh
DrRich DrRahim


"BAHAYA tak NYAWA ANDA bila di patuk
ulaq ?"

Klu anda mimpi di patuk ular...apa maksudnya Pak Belalang?....hihihi...klu org pompuan mimpi patuk ulaq...... syoknya; sbb ada org nak mai minang. Klu org jantan mcm doc mimpi kena patuk ulaq... ...doc tak tau le apa ye???

A. Kan hari ni Ahad. Kali ni doc lari dr klinik pi berkebun. Hihi kali ni doc pakai KASUT POH CHU KANG....takut2 kaki di patuk ULAQ!! sbb baru2 ni banyaknya kes kena patuk ulaq dlm cuaca panas ni.

B. Tau tak apa anda nak buat bila kena patuk ULAQ ?

1. Relax je. Jangan panik! sbbnya Doc nak bgi tau hanya 18 drp 140 spesis ulaq darat di Msia BERBISA. Jika anda dipatuk ulaq bisa, X mesti nyawa anda terancam sbb majoriti patukan ulaq adalah ‘dry bites’ iaitu ulaq tu patuk & lari je...dia acah2 je. 

2.Selalunya kita X cam spesis ulaq yg patuk. Cuba camkan rupa, ciri-ciri & warna ulaq tu. Klu ada hp snap je gambar ulaq tersebut utk beri tau spesis ulaq tersebut. Klu anda sbg TARZAN.... bunuh je ulaq tu & bawa pi hospital.

3.Jgn anda jadi HERO HINDUSTAN bantu mangsa dgn toreh bekas patuk ulaq lalu anda hisap bisa ulaq keluar dgn mulut anda di kawasan gigitan ular tu! Tu kerja bodoh! Ia blh menyebabkan bisa ulaq merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit ke saluran limphatik dgn toreh tersebut.. Apa tah pula jika anda TERTELAN Bisa Ulaq tu pula...Tu dia!! dah jadi 2 org mangsa ulaq pula.!! Hihihi.

4.Kurangkan pergerakkan pd anggota yg dipatuk ulaq dgn split. Klu banyak gerak & X tenang degupan jantung anda akan laju akan lebih merebaknya bisa lebih pantas ke seluruh badan. Jgn minum kopi, minuman beralkohol & rokok....lagi deras denyutan darah anda...

5.Jgn ikat tali terlalu ketat pd anggota yg dipatuk ulaq Klu terlalu ketat aliran darah tersumbat; ia tambahkan kesakitan & kerosakan anggota sel badan yg kurang bekalan darah!.

6. Anggota dipatuk ular akan bengkak akibat bisa ular.Buang le cincin, jam tangan, gelang anda yg lit lap tu yg boleh tersangkut akibat bengkak bisa yg mengganggu pengaliran darah.

7. Terbaik terus ke HOSPITAL segera!! sbb di klinik anda tidak dpt pantau / monitor dgn rapi dlm tempuh 48 jam yg mencemasnya kesan samping bisa ulaq.
Kesan patuk dicuci. Inj ATT atau antibiotik diberi. Darah dihantar ke makmal untuk rawatan lanjut.

8. Anda dipantau dgn teliti samada anda ada toksik racun bisa ulaq kepada sistem SARAF (neurotoxicity)...dimana anda susah nafas...terus MAUT!!, atau toksik pd DARAH (hematotoxicity)...akibat perdarahan tak henti...terus MAUT!! atau toksik pd otot (myotoxicity) ...akibat anggota dipatuk jadi ULCER yg Ganas!!...yg perlukan rawatan agresif.

9. Antivenom diberikan hanya jika racun bisa ular menular ke sistemik/seluruh badan and.....lps tu elok kita TENANG dan MENGUCAP dan tawakal kpd Allah......serah kpd takdir krn segala usaha telah kita usahakan.....

Ha..terserah la nak ikut yang mana..kan?
nak ikut cara doktor yang melalui kajian perubatan atau
cara anak peneroka yang bercakap melalui pengalaman..
Kalau keadaan darurat mungkin boleh buat macam
yang disarankan dalam komen tu..
kalau tak pun, bawak la ke hosputal..

sekian..

PAKAIAN DIA TAK LA MENJOLOK MATA SANGAT...TAPI SINGKAT!

Assalamualaikum..



Semalam terbaca pasal seorang wanita Cina yang dihalau keluar
oleh pegawai DBKL kerana berpakaian tidak
mengikut etika berpakaian di pejabat kerajaan.
Sebeum ni pun ada jugak perkra yang sama terjadi.
tapi kali ni ramai yang kata pakaian wanita ni
tak la teruk sangat macam yang sebelum ni..
Saya pun setuju cuma bila dah di tulis kat situ cara
berpakaian macammaana yang boleh dan tak boleh , kita kena la ikut..

Saya selalau juga ikut suami saya pergi bayar cukai pintu ..
Apa yang saya tengok kat sini (penang) lagi dasyat la cara pakaian nya.
Ada yang pakai seluar pendek takat peha je..ketat pulak tu..
dengan selipar nya..lelaki perempuan sama je..
tak de pulak pengawal keselamatan ke,
pegawai nya yang tak bagi diaorang masuk.
tak tahu la kalau ada terjadi api saya yang tak tahu.



Bukan tak de tertulis kat pintu masuk tu..
ada je dioarang tulis tentang etika berpakaian tapi tak tahu la
kenapa ada yang tak boleh ikut.
Saya anggap mereka ni tak tahu pun tentang
ada nya etika berpakaian di bangunan  dan premis kerajaan.
kalau diaorang tak tahu, nak salahkan diaorang ke??
Sebab kat sini ramai Cina yang tak tahu berbahasa melayu dan berbahasa inggeris.

Saya rasa kalau dah macam ni kena buat sesuatu la supaya ianya tak berulang lagi...
Misalnya ada iklan dan hebahan di tv dan radio
tentang etika berpakaian di bangunan  kerajaan.
Buat juga hebahan di surat khabar semua bahasa .
Supaya benda ni semua orang tahu ,faham dan amalkan .

sekian..

Wednesday, 27 April 2016

NAK JADI ADMIN FACEBOOK?INI PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU..

Assalamualaikum...



Pernah  beberapa kali ada yang minta saya jadi admin
untuk facebook page dan group tapi saya tolak.
Bagi saya nak jadi admin  ni tak boleh nak ikut kehendak sendiri.
Kita kena ikut apa pengikut nak.
Itu salah satu sebab kenapa saya tak suka jadi admin kat mana2 group atau page.
jadi admin kat blog sendiri pun dah cukup.

Satu lagi yang tak bestnya kita tak boleh nak padam komen yang kita tak suka.
Mana boleh suka-suka hati nak padam komen orang.
Walaupun berbeza pendapat kita kena hadap je la..

Ada setengah komentar ni suka guna bahasa yang kasar.
panggil admin "oi" la.."j**ake " la...
bagi saya yang lemah lembut sopan santun ni.
memang tak biasa la panggil2 orang macam tu..
silap2 makcik meroyan pulak kat page tu..hehehe

kadang2 benda yang kita post tu 50 % nya tak suka..
bila tak suka tau je la kan..ayat diaorang tu..
"cerita tak bermanfaat..."
"admin suka mengaib kan orang.."
"admin tak sekolah.."
macam2 lagi la..sampai kita yang bukan admin pun meluat nak baca..

Dah tau tak bermanfaat, tak berfaedah baca la cerita lain..kan??
tapi boleh ke kita balas macam tu pada mereka yang tinggalkan komen?
hahahha..dah tentu la tak boleh...
Kita cuma boleh tengok je la..

Tapi kan ada juga page2 yang sengaja mencetuskan perbalahan
dikalangan pengikut2 ..sengaja update status yang mengundang kemarahan
dengan isu yang terlalu sensetif..
Contohnya perbandingan lelaki dan perempuan..
benda ni saya rasa ramai admin  yang guna
untuk menghangatkan page diaorang..
Satu benda yang saya tak setuju dari dulu lagi..

Apa pun nak jadi admin hati kena cekal, kuat semangat , degil
dan tak jadi sesumpah..
kejap  status kau gini..
tengok orang ramai marah tiba2 kau edit status tu jadi lain..
lagi la orang marah..kena tetap pendirian..


sekian..

Tuesday, 26 April 2016

GANGGU AYAH MAIN GAME, BAYI INI DIBUNUH .

Assalamualaikum..

Seorang ayah sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak nya.tetapi lain pulak yang berlaku kepada bayi malang berusia 2 tahun ini apa bila di bunuh oleh ayah nya sendiri.


Anthony Sanders (31) dari texas Amerika Syarikat ditahan polis apabila dia didakwa membunuh anak nya sendiri awal disember tahun lepas.

Awal kejadian isterinya berpesan supaya menjaga anak perempuan mereka, Ellie kerana dia mempunyai urusan di luar.selesai urusan di luar dia pulang dan bertanya pada suami nya dimana anak mereka namun si suami mengatakan Ellie sedang tidur dan meminta supaya mereka tidak mengganggu Ellie



Beberapa minit kemudian anak lelaki mereka yang cuba membangunkan si adik mengatakan pada ibunya , Ellie tidak mahu bangun.

Ketika memeriksa anaknya , dia mendapati anak perempuan nya itu sudah tidak bernafas dan terus Menghubungi ambulans dan polis.Pemeriksaan mendapati anaknya sudah meninggal beberapa jam sebelum nya.

Selepas 4 bulan polis mendapati Anthony Sanders adalah penyebab kematian Ellie.terdapat kesan lebam dan luka di badan Ellie menunjuk kan dia dikasari sebelum mati.

Isterinya mengesyaki Ellie mungkin dibunuh kerana mengganggu suaminya bermain game memandangkan suaminya seorang yang gemar bermain game.Buat masa sekarang siasatan masih diteruskan dan Anthony Sanders masih dalam tahanan polis dan memerlukan ikat jamin 1 juta dollar AS.

sekian..

TC BOY MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN .

Assalamualaikum...



Saya ni walaupun suri rumah saja tapi saya usaha juga untuk memasak dengan ringkas, cepat tapi sedap..maklum la..banyak kerja oi nak buat..Bila  memasak ni sebagai ganjaran  juga la untuk anak2 dan suami serta diri sendiri..sebab tu bila masak , kena masak sedap2...masak cincai2 tak sedap , macam bergaduh laki bini nak buat apa..kan??siksa tekak sendiri je..ahahahh..Sebab tu la saya pilih TC Boy.Semua masakan kegemaran jadi sedap,.



Salah satu yang jadi kegemaran kami anak beranak dah tentu la laksa .Meh nak tunjuk ni laksa yang dimasak menggunakan sardin TC Boy.Makan bertambah2.Rasa nya macam guna ikan segar..Tak de hanyir sardin.Tak payah dah nak buang2 tulang.buang masa je,.Guna sardin TC Boy je.Untuk resepi klik sini 



Yang kedua nya menjadi kegemaran anak2 ialah Pizza Tuna TC boy .Topping nya guna Solid Tuna in Extra Virgin Oil.Tuna yang padat di dalam tin kaya dengan rasa minyak zaitun.Sesuai untuk dijadikan topping pizza..Nak resepi tengok kat sini.


Paling mudah dan cepat! Tuna in mayonnaise ni dalam dia ada jagung jugak.dan ada hirisan lobak.Memang berkhasiat.Sesuai untuk anak-anak kita yang mana susah sangat nak makan sayur tu.Dalam satu tin ni je ada khasiat lengkap .Tapi bagi saya memang suka kalau diletak kan tomato, alas pulak dengan daun salad dan hirisan timun.wah!!masa makan bunyi rangup je...hahah..


Dan yang last sekali..Makanan kegemaran rakyat Malaysia..Karipap dengan inti Tuna .Untuk karipap saya gunakan Solid Tuna in Sunfloower Oil. Isinya besar2 tau..memang puas hati sangat la..saya jamin ramai yang akan suka Solid Tuna in Sunfloower Oil.  ni sebab selain karipap boleh juga di letak kan dalam bubur nasi...di buat sambal dan macam2 lagi..Nak resepi karipap ni klik sini 

Mudah kan bila ada produk TC BOY?Dah la sedap , lepas tu kita boleh guna untuk setiap makanan kegemaran kita.Jadi mudah dan cepat...

sekian..

4 TIPS CARA ASINGKAN PAKAIAN DI DALAM ALMARI ANDA

Assalamualaikum...



Saya rasa sekarang ni tak ramai yang kerap
membeli belah pakaian macam tudung , seluar, skirt dan baju..
sebab ekonomi la..paling kerap pun mungkin sebulan sekali dua.
Jadi bila tak kerap membeli tu kena pandai la
suap padan kan  pakaian yang ada
supaya tak nampak sama je kita ni setiap hari.
Lagi2 kalau awak bekerja.tak kan nak pakai baju sama je..kan??

Tapi dalam kita dok suai padan kan
baju ni ada juga baju2 yang sepatutnya kita tak pakai dah.
Kena la diasingkan dan dikeluarkan dari almari kita.
Cer masing2 buka almari.,
Tengok berapa banyak baju2 yang kita dah tak pakai pun..
masih terperuk kat dalam almari tu.
Jadi apa kata hari ni kita asingkan baju2 yang dah tak pakai tu..

Ni saya bagi tips sikit cara nak asingkan pakaian ..



1-Ada kesan kotor.
Ada baju yang kita tak pakai sebab ada kesan kotor.
kesan tu pulak tak boleh hilang dengan cucian biasa.
Kumpulkan baju dalam satu tempat dan kemudian kita
fikirkan cara untuk menghilangkan kesan kotor tersebut.
kalau memang tak boleh hilang dah kesan nya tu baik buang saja..
atau cukup dipakai dirumah saja..
dan bagi yang pandai menjahit boleh la ubah suai baju tersebut.
nak dijadikan alas ke, kain pengelap ke..kan??



2-baju yang rosak
terkoyak , reput atau terlalu lusuh ..
ini juga baju2 yang layak nya di buang dari almari pakaian kita.
kerana jelas pakaian dalam kategori ini tak kan kita pakai lagi.



3-Sudah tidak muat
Selalunya kita simpan baju yang sudah tidak muat
kerana kita fikir kita akan kurus semula tapi
apa yang kita fikir itu tidak disertakan dengan usaha.
Masa semakin berlalu dan tubuh kita tetap
tidak langsing tapi kita masih menyimpan nya.
Ini masanya baju tersebut disingkirkan dari almari pakaian anda.
berikan kepada yang layak..



4-tak pernah pakai.
Bila jalan2 kat pusat membeli belah tengok
baju yang dipamerkan di premis jualan tu
nampak cantik dan menarik.Kita pun beli.
Bila dah sampai rumah berdiri depan cermin
tiba2 nampak tak cantik.Tiba2 nampk warna nya terlalu menyerlah.
nampak terlalu sarat dan macam2 lagi.
Kesudahan nya baju tersebut tak di pakai langsung.
Tersimpan di dalam almari anda hingga menyukarkan
anda untuk mencari pakaian.
Keluarkan pakaian ini dari almari anda dan
berikan kepada orang lain yang mungkin mahu memakainya..



Dah asingkan semua pakaian..??
pandang semula almari pakaian anda..
Bukan kah ianya lebih tersusun dan mempunyai ruang
untuk pakaian baru.?

sekian..

Monday, 25 April 2016

RESEPI KARIPAP TUNA TC BOY

Assalamualaikum..


Untuk makan petang anak-anak saya hari ni saya masak karipap tuna TC Boy.Memang sedap dan berbeza rasanya nak dibandingkan dengan buat karipap guna sardin biasa.Bagi saya Tuna TC boy lebih sedap dan tak hanyir.Tu satu kelebihan pada Tuna Tc Boy sebab bila makan kita tak rasa hanyir ikan.Anak-anak sya pun ingatkan saya letak ayam rupanya Tuna TcC Boy.




Untuk inti karipap ni saya menggunakan  Solid Tuna in Sunfloower Oil. .letak sikit saja inti tuna tu dalam karipap sebab anak-anak saya memang kalau makan karipap mereka lebih suka layan kulit karipap tu.Nak resepi tak??

bahan-bahan untuk inti;

1 tin Solid Tuna in Sunflower Oil.
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah kari ikan.
1/2 cawan air
secubit garam

Cara-cara 

Kisar bawang besar dan bawang putih , masuk kan dalam kualai/periuk.
lepas tu hancur kan tuna. masuk kan tuna kedalam kuali tadi
bersama rempah ikan dan secubit garam.
Buka api.perlahan dan masak sampai kering.
kenapa tak letak  minyak?sebab tuna tadi dah ada minyak bunga matahari tu..
lepas  tuangkat dan sejuk kan dia.


cara nak buat kulit karipap pun senang je..

 bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung
secubit garam
2 sudu majerin
1 cawan air.

cara-cara

masuk kan secubit garam ke dalam tepung..
panas kan majerin sehingga cair dan panas .
tuang majerin dalam tepung.
gaul hujung jari sampai tepung takde ketul2..
lepas tu masuk kan air..
uli sampai jadi doh.

Lepas tu boleh la bentuk kan karipap..Guna acuan je senang..saya tak reti nak kelim2 ni..
nak letak inti banyak pun boleh sikit pun boleh..Inti sikit lagi sedap tau..tapi jangan la sikit sangat..hehhe

Untuk 1 tin Solid Tuna in Sunfloower Oil 115 g ni cukup untuk 10 biji karipap..klau karipap kecil2 lagi banyak boleh dapat.saya pun dapat dekar 15 biji  sebab letak inti sikit je..

Untuk resepi lain yang menggunakan produk TC boy klik sini..

sekian..

Sunday, 24 April 2016

RESEPI KUIH KETAYAP MUDAH , RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum....



Dah lama saya tak buat kuih ketayap ni.Kuih kegemaran suami saya.Disebabkan susah nak dapat kelapa parut ni, memang kuih ni tak de dalam senarai menu wajib yang ada seti├áp minggu..Padahal resepi kuih Ketayap ni mudah, ringkas dan sedap..Tapi sebab susah nak dapat kelapa parut tu jadi memang jarang2 buat la.  Kalau buat kuih ni anak2 akan saya buatkan kuih lain sebab diaorang tak makan., Macam adik, dia ratah inti saja.Jadi sebab tu kena buatkan kuih lain untuk anak-anak.

Selalunya kalau buat kuih ketayap ni saya tak letak santan.Tapi sebab guna kuali leper yang baru , takut melekat di kuali , jadi kali ni saya buat resepi kuih ketayap letak santan. kan kalau guna kuali baru masalah tepung melekat kat kuali ni tak boleh nak elak.So kita letak santan, memang tak melekat la.syabbas beteyyyy....heheh

Resepi nya simple je dan mudah..meh nak ajar..mula2 kita buat inti dia dulu.Untuk inti saya guna kelapa parut dalam satu cawan.saya beli kat kedai rm1 je..

Bahan untuk inti.

1cawan kelapa parut
3 sudu beaar gula.
Air setengah cawan
Daun pandan (kalau suka)

Cara buat inti.
Masuk kan gula dalam periuk.buat gula hangus.bila gula dan cair dan perang, masuk kan air, daun pandan dan kelapa parut.masak sampai kering dan berubah ke warna perang.

Bahan untuk kulit ketayap

1 cawan tepung gandum
1 senduk besar santan pekat
secubit garam
1 cawan air
Pewarna hijau
1\2 sudu kecil Esen pandan (kalau suka)



Cara buat kulit ketayap
Masuk kan semua bahan dalam bekas dan kisar sampai halus tak de ketul2.saya guna mixer je.

Panas kan kuali leper.sapu minyak.bila dah panas tuang kan 1 senduk kecil adunan tadi lepas tu jadikan bentuk bulat.tunggu sampai masak.nak tahu dia dah masak tengok tepi2 dia tu terangkat...jangan di balik2 kan pulak..masak bahagian bawah je.kemudian angkat.

Boleh la isi intinya.letak inti kat tepi kemudian gulung sikit.lipat kedua2 bahagian tepi dan kemudian gulung sampai habis.jadi la kuih ketayap..

Cuba tau sebab cara buatnya senang je..

Sekian...

Friday, 22 April 2016

LINDSAY LOHAN INGIN PELUK ISLAM SELEPAS KHATAM AL QURAN

Assalamualaikum..



Dalam wawancara dengan akhbar The Sun dua hari lalu aktres cantik  Lindsay Lohan mengaku dia sedang mempertimbangkan untuk  masuk Islam selepas khatam quran.

"Saya orang yang sangat spiritual. Amerika memandang orang yang memegang Alquran itu dengan cara yang berbeza berbanding dengan apa yang sebenarnya," kata nya,di televisi Al Arabiya,

Menurut The Sun, Lohan belum selesai membaca seluruh ayat Alquran.

"Memerlukan waktu cukup lama," katanya.

Berita tentang Lohan tertarik dengan Islam tersebar sejak musim panas lalu ketika dia dirakam sedang berjalan di Kota New York sambil memegang kitab suci Alquran terjemahan bahasa Inggeris.

Beliau satu masa dulu pernah terjebak dengan penggunaan dadah dan selalu mabuk ketika memandu .

Awal penglibatan nya dalam dunia glamour , dia terlibat dalam dunia lakonan dan menjadi model pakaian dan peragaan pentas sejak usianya 3 tahun lagi.

Sebelum ini dia dikatakan sering belajar tentang pelbagai agama. Semasa remaja dia pernah memakai gelang merah Kabbalah. Dia juga dikhabarkan suka menghadiri kelas Kabbalah dan pada 2012 dia dilaporkan mengikuti kumpulan ajaran Buddha bersama bekas isteri Kurt Cobain, Courtney Love.

Mungkin kah islam adalah agama yang dicari-cari oleh pelakon cantik Ini??

sumber:merdeka.com/dailymail.co
sekian..

WOMAN DESIREE ESSENTIAL CREAM (WDEC) - KRIM UNTUK CANTIK.

Assalamualaikum...



Ketinggalan sangat saya ni kalau pasal produk-produk rawatan dan kecantikan kulit dan tubuh badan..Baru-baru ni saya tengok ramai rakan di facebook saya yang bercerita tentang produk Women Desiree Essential Cream (WDEC)..Bila saya google tentang produk ni baru la tahu rupanya produk ni dah lama ada di pasaran.Patut lah dah ramai yang merasai kesan baik penggunaan Women Desiree Essential Cream ni.

Apa yang saya tahu Women Desiree Essential Cream ini adalah KRIM HORMON..Bermakna kalau awak memang mempunyai apa saja masalah kulit wajah dan dalaman ,Women Desiree Essential Cream lah jalan paling selamat dan jimat.Tak payah beli macam2 produk.Satu ni je dah boleh selesaikan semua masalah awak.


Bagi yang baru menggunakan produk ni , akan mengalami penyingkiran toksin .Tapi lama kelamaan wajah akan lebih berseri, licin tanpa jerawat dan jeragat.Proses penyembuhan nya juga berperingkat-peringkat.Tak de la bila pakai hari ni esok dah hilang semua jerawat.Sebab tu bila awak berhenti pakai pun ,kulit kekal cantik dengan penjagaan yang betul.

Women Desiree Essential Cream dihasilkan daripada formulasi khas untuk merawat dan menstabilkan hormon dalam tubuh badan. Ianya menggunakan BIO teknologi Nano-di mana ianya terus meresap ke dalam kulit untuk mendapatkan kesan yang optimum.



WOMEN DESIREE ESSENTIAL CREAM SESUAI KEPADA :

✅IBU HAMIL
✅PESAKIT CYST
✅PESAKIT FIBROID
✅PESAKIT KANSER
✅SEMUA JENIS PENYAKIT

************************
1001 KELEBIHAN WDEC mengatasi SEMUA:
************************


✅ Kesan seawal seminit (firming dan lifting)
✅ Masalah hormon wanita
✅ Masalah nasfu dingin wanita untuk bersama
✅ Masalah Keguguran Rambut
✅ Masalah Migraine
✅ Masalah Resdung
✅ Masalah Insomnia
✅ Masalah rabun mata
✅ Masalah Bibir gelap/ hitam/ lebam
✅ Masalah pipi pau dan untuk dapatkan V-Shape wajah
✅ Wajah gelap dan nak cerahkan wajah sekata satu badan
✅ Masalah Eyebag
✅ Masalah Jeragat
✅ Masalah Jerawat
✅ Masalah Kulit kusam dan tona kulit tidak sekata
✅ Untuk mancungkan hidung
✅ Untuk menganjalkan/ besarkan aset payudara/ firming/ lifting
✅ Masalah kegemukan/ merampingkan pinggang/ Kempiskan perut/ untuk dapatkan body shape/ kecikkan peha dan lengan
✅ Masalah underweight
✅ Masalah overweight
✅ Masalah pembuangan tak lawas
✅ Masalah stretchmark di perut
✅ Memantapkan pinggul
✅ Merapatkan otot miss V
✅ Menghilangkan selulit
✅ Mengatasi masalah dingin seks
✅ Mengatasi Tumit kaki pecah
✅ Mengatasi masalah kuku rapuh
✅ Mengatasi Masalah lesu/ tak bermaya/ badan lemau/ stress/ selalu mengantuk
✅ Menghilangkan segala parut-parut di muka dan badan
✅ Mengecilkan pori-pori muka
✅ Masalah kulit muka kasar
✅ Kesuburan dan sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat
✅ Menstabilkan period
✅ Masalah lenguh-lenguh badan/ sakit lutut, betis/ pinggang/ belakang/ sakit-sakit otot dan sebagainya
✅ Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu
✅ Masalah keputihan
✅ Masalah period
✅ Masalah senggungut
✅ Masalah kulit allergik/ eczema/ penyakit kulit lain
✅ Untuk menghilangkan semua parut di muka dan badan/ parut jerawat/ parut chikenpop
✅ Untuk dapatkan kulit halus, gebu dan putih sekata satu badan
✅ Masalah kencing manis
✅ Masalah tiroid
✅ Masalah gastrik
✅ Masalah angin dalam badan/ medu
✅ Luka-luka dan parut-parut kemalangan
✅ Pelbagai masalah lain lagi (1001 in 1)

•••••••••••••••••••••••
CIRI-CIRI WOMEN DESIREE (WDEC) :
•••••••••••••••••••••••


Sejenis KRIM HORMON
BUKAN SKINCARE, BUKAN SUPPLEMENT, BUKAN PIL, BUKAN SABUN
Color : White
Testur : Likat dan tak tumpah
Perkilangan Bertaraf GMP
LULUS KKM
Keluaran BUMIPUTERA
Buatan MALAYSIA
15gm (Utk kegunaan 3-5 MINGGU)

Ini antara testimoni dari pengguna-pengguna yang dah merasai kesan baik WDEC.




1 Unit: RM95 sm; RM100 ss
2 Unit: RM180 sm; RM190 ss
3 Unit: RM255 sm; RM270 ss

Nak cuba tak krim ni.Satu bekas ni dah boleh nampak kesan nya...kalau nak cepat hubungi :-

No Tel: 012-7350070
FB: https://www.facebook.com/norhanamarsom
IG: https://www.instagram.com/bynorhanamarsom/


sekian..

Thursday, 21 April 2016

PIZZA TUNA TC BOY MEMANG SEDAP

Assalamualaikum...

 Jatuh cinta rasanya dengan produk-produk TC Boy ni ..memudah kan saya sebab tak payah pening kepala nak masak apa sebab anak2 saya ni cerewet bab makan.tapi kalau hidang je apa2 hidangan yang menggunakan produk  TC Boy , anak saya makan tanpa banyak alasan.


Semalam berkesempatan membuat Pizza menggunakan Solid Tuna  in Extra Virgin Oil..saya gunakan nya sebagai watak utama dalam pizza saya ni. Tak menyesal la kalau cuba..sedap!!


 Nampak isi tuna yang memang padat ni..?Nampak macam hancur..kan?Tapi sebenarnya tak..ianya dalam ketulan kecil .Rasa segar tuna tu dan minyak zaitun membuatkan Tuna lebih berperisa.Ada juice2 sikit..tak de la rasa macam masam2 ke apa..


Memang sesuai sangat dijadikan topping pizza.Masa letak atas pizza tu jangan diabaikan minyak zaitun tu ye..renjis2 1,2 sudu atas pizza.Bila dah masak Pizza tak kering..Lepas tu atas dia garing2 je.



Bagi yang suka Cheese banyak boleh la letak banyak2..Macam anak2 saya mereka kurang suka benda masam masin macam cheese sebab tu tak boleh nak letak banyak2..secukup rasa dah la..bagi yang nak cuba buat pizza Tuna ni boleh la check resepi di Sini.Cuma tambah  Solid Tuna in Extra Virgin Oil sebagai topping dan pastikan ianya jenama TC Boy..

Lagii resepi yang menggunakan produk TC Boy..klik sini.

sekian..

MIA NAMPAK BUDAK PEREMPUAN .MUKA DIA BERLUBANG - MIA

Assalamualaikum...

Salah satu nikmat yang Allah bagi pada kita ialah kita tak boleh nampak makhluk halus.Bayang kan kalau kita boleh nampak makhluk halus , tengah dok kemas rumah tiba2 je keluar kepala tanpa badan kat tepi tingkap...tengah ralit tengok tv tiba2 je ada perempuan rambut panjang muka berulat dok sebelah kita tengok tv sama2 .Siap mengilai2 lagi..Ha..Mau mati terkejut kita..kan??hahahha..Jadi bersyukur la kalau tak boleh tengok benda2 halus ni ye.Nampak makhluk halus bukan perkara yang boleh dibangga-bangga kan..

Cakap pasal makhluk halus ni terbaca satu cerita yang dikongsikan oleh seorang wanita yang menceritakan pengalaman tentang anaknya , Mia yang diganggu benda halus ni. Kalau dikalangan blogger memang ramai la yang kenal dengan akak sorang ni..Jom kita baca cerita yang dikongsi di facebooknya.


DIGANGGU SEJAK DI SEKOLAH



MUKANYA BERLUBANG DAN TAK CANTIK



DIA IKUT MIA BALIK


Mujur la akak ni letak bintang kat botol tu.Kalau tidak memang tak tidur malam la makcik ..Biasanya budak2 kecil memang mudah sangat diganggu dengan benda2 macam ni.Bila anak cerita pada kita tentang benda-benda pelik yang dia nampak jangan lah diabaikan cerita tu.Mesti ada sesuatu yang tak kena..


sekian...