Friday, 25 March 2016

SALAH KAH KELUAR DENGAN BEKAS TEMAN LELAKI

Assalamualaikum...



Semalam saya  dapat satu email yang minta saya tulis
tentang keluar dengan bekas kekasih.
Kisahnya si penghantar email seorang gadis mengadu yang dia bergaduh dengan
kekasih nya sebab dia keluar dengan bekas kekasih.
Teman lelakinya  tak boleh terima dia keluar dengan bekas kekasih.
sedangkan menurut gadis ni dia dan bekas kekasihnya
sudah tak ada apa2 perasaan...
Sebelum ni dia ada keluar dengan kawan satu tempat kerja juga seorang lelaki
tapi teman lelaki nya tak marah pun.
Tapi dengan bekas kekasih tak boleh pulak.
hahahha...

Kelakar juga cerita ni tapi  kalau kita berada di tempat si gadis atau di tempat
teman lelaki gadis ni mesti rasa stress jugak..kan??
nasihat saya untuk si gadis dan teman lelaki nya..:-



kepada si teman lelaki..
sebab itu jangan sesekali memberi peluang.
Dengan lelaki A boleh keluar berdua tapi bila
dengan bekas teman lelaki kita tak bagi dia keluar.
nampak pelik tak??bila rasa pelik tu yang buat gadis tu tak boleh terima.
Lepas ni buat la peraturan jangan keluar dengan mana2 lelaki.
nak keluar deting bersama kita pun kena suruh dia ajak sorang dua kawan perempuan atau
adik perempuan, adik lelaki dia..untuk teman kan..
Kalau kita buat undang2 macam tu dia nak tak suka-suka keluar dengan
lelaki lain?

Selagi awak berdua belum berkahwin , belum terlewat untuk
awak buat peraturan macam tu dengan dia.
Kalau dia sayang kan awak dan tahu apa yang awak buat ni untuk
masa depan dan hubungan  yang berkekalan hingga akhir hayat
dah tentu dia akan ikut.
kalau tidak, berserah la pada takdir..
Jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan..



Untuk si gadis..
Pandangan lelaki pada setiap bekas kekasih kepada wanita yang disayangi
tu berbeza dengan apa yang awak pandang pada bekas kekasih.
Walaupun awak rasa ianya hanya bekas kekasih tapi bagi lelaki ianya bagaikan
pengacau, penghasut dan pesaing dalam hubungan awak berdua.
Letak tempat awak di tempat kekasih awak.
awak suka tak kalau dia keluar dengan bekas kekash dia.
Dah tentu awak pun tak suka..kan??

Dalam satu2 hubungan ni sikap saling menjaga hati tu kena ada.
Tu pun kalau nak kan hubungan tu kekal lama.
kalau asyik nak ikut kepala sendiri je memang tak kemana la..

**Kalau dalam keadaan terpaksa keluar juga sebab urusan kerja,
ada baiknya tak payah la nak bagi tahu kat teman lelaki tu..
baru kekasih je..kan?Bukan suami..nak keluar pun kena hantar laporan bagai
tu cari penyakit namanya..heheheh
kalau suami tu wajib la bagi tau dan minta kebenaran..
suami tak bagi jangan berkeras nak pi jugak..derhaka oi..heheh


sekian..

10 comments:

  1. no! no! no! kalau akak pon memang tak la kalau si dia tetiba nak togeder2 dengan bekas kekasih dia !!! whatdehek !!! yg pompuan tu pon cam tak bole nak pikir pulak...ce bagi kekasih pompuan tu keluar dengan x dia...kompom mengaruk punye la...ni la orang2 kampong akak panggil penyakit sengal2 ubi...hahaha

    ReplyDelete
  2. yui stuju dgn pndgn akk.. heee.

    bg yui, xpyh kuar. bkn ada sbb tertntu.

    ReplyDelete
  3. Kalau mak pun jeles weyh....hilang akal ke hape nak bagi boypren kita keluar ngan ex. Hish ....kang kalau tersuka balik kang....kita jugak yg susah. Yelah nama pun bekas kekasih dah tentu banyak kenangan manis bersama....

    ReplyDelete
  4. kalau sy ... jgn harap nk boleh keluar ngan pompuan lain ..kalau laki sy lg la .. jgn harap sy nk dpt keluar ngan lelaki ... sama ada die kenai atau tidak ....

    ReplyDelete
  5. mana boleh keluar sesuka hati dengan mana-mana lelaki walaupun kekasih sendiri..

    kalau dah sayang sangat tu..apa tunggu lagi..pergilah meminang..lagi best kahwin...jauh dari bab-bab dosa

    ReplyDelete
  6. rasanya lbh baik tak payah kot...

    kalau dh kawin lg no no no kuar ngn bekas boyfren... bahaya sgt

    ReplyDelete
  7. hihi..mcm2...
    kalo lya la..jwbnya salah...
    what past is past...
    x mustahil blh berputik kembali..

    ReplyDelete
  8. Belalang macam pernah lalui kes mcm ni...
    kesimpulannya kalau boleh elakkanlah...
    daripada nk jadi berperang, kan lebih
    bagus sama2 pandai jaga hati :)

    ReplyDelete
  9. hehe...macam ni punya kes pun ada
    pada saya, selagi belum sah, kita tidak perlu kawalan sesiapa
    tapi demi jaga satu hubungan, kita juga perlu pandai jaga diri

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();