Skip to main content

RESEPI KARI AYAM YANG SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum..



Bila entah saya buat kari ayam ni..minggu lepas kot.kari ayam saya simple je.Kari ayam tak letak kerisik sebab tak selalu beli kerisik.heheh...

Kalau pi kedai pun kerisik tu jarang2 ada dalam senarai barang untuk dibeli.jadi bila teringat nak buat kari ayam memang tak de la kerisik tu.tapi ada juga yang kata kalau tak letak kerisik kari tak cantik, tak sedap..





Setakat ni kari ayam saya tak pernah tak sedap..Ceh!!siap puji masakan sendiri tu..Kalau nak tahu sedap ke tidak meh la cuba.

Ini resepi kari ayam yang simple dan sedap tak payah letak kerisik...Ni hidangan untuk kami 4 beranak je..jadi buat tak banyak..guna suku bahagian ayam je..

Bahan-bahan

suku bahagian ayam
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci hali
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari
1 biji kentang dibelah 4
1 cawan santan



Cara-caranya

1-tumis daun kari , bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

2-kemudian masuk kan bawang kecil, bawang putih, dan halia yang dah di hiris halus.

3-bila dah garing masuk kan rempah kari bersama asam keping , ayam , ubi kentang , dan santan.





4-masak sampai pekat dan pecah minyak.kemudian masuk kan 1 cawan air.tunggu sampai mendidih

5-kemudian masuk kan garam..

dah siap..

senang kan??selamat mencuba...


sekian..

Comments

  1. Owh.. x letak kerisik ok, x letak santan itu resepi mamak style yg wife sy buat. Apa pun kari ayam ni sedap mkn dgn nasi panas2 .

    ReplyDelete
  2. sy x ltk sntan & kerisek. '

    ReplyDelete
  3. ko tak cakap pon hakak bole nampak...kari ayam ko memang yum sangat dik...kaler dia pon dah menarik...akak jarang2 buat kari letak kerisik..kadang2 tak letak santan pon...kiteorang panggil kari k*ling...hehehe

    ReplyDelete
  4. Semalam pun mak baru buat kari ayam... tp tak letak santan pun sebab santan tak de stok haha....
    Tp jgn down grade haaa.... tetap mabeles hihi

    ReplyDelete
  5. kari ayam itu macam menyelerakan..nak cuba juga resipi hebat cik diana nie

    ReplyDelete
  6. saya punya resipi sama cam diana,
    cuma tak letak daun kari dengan bunga cengkih
    tapi saya letak santan dengan asam keping

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …