Skip to main content

RESEPI MASAK LEMAK LABU YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..

Tengahari ni saya buat Masak Lemak Labu.Saya tak pernah beli pun labu .
labu yang ada ni pun jiran sebelah bagi..Jiran saya ni berniaga sayur di pasar malam.
Tiap petang lepas ambik sayur diakan susun2 sayur2 dia dan masuk kan dalam kereta.
mana yang lebih tu dia bagi la kat jiran.Bagi nya bukan sikit2.Boleh makan seminggu.
Murah rezeki jiran saya ni..



Labu ni besar jugak..
Untuk buat masak lemak ni saya guna suku je.
Ada lebih lagi tu saya nak buat kek dan pengat.
Tunggu la esok2 ke..






Last saya buat masak lemak labu ni 5 tahun lepas kot..hehehh..
Tapi hari ni saya buat masak lemak labu boleh habis pulak..
Sebab saya tak buat menu lain hari ni..
Goreng ayam, masak lemak labu, dan sambal belacan je..
nak tak nak anak-anak dan suami kena makan jugak.
agaknya tu yang sampai licin masak lemak labu saya ni..hahahha




Untuk masak lemak labu ni saya gunakan  udang kering je..
kalau mak saya masak dia guna udang basah.
Saya nak buat cucur udang petang nanti sebab tu tak guna pun udang basah tu..
jom tengok resepi Masak Lemak Labu.


Bahan-bahan

suku bahagian labu.
2 biji bawang merah
2 biji cili bessar
1/2 sudu serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
1 batang serai
1 sudu kecil udang kering
garam
1 cawan air

Cara-caranya:

Potong labu dan bersihkan kemudian masuk kan dalam periuk.
Tumbuh bawang merah  , titik kan serai, Cili besar dipotong dan masuk kan
semuanya bersama serbuk kunyit dan udang kering  ke dalam periuk labu tadi.
masuk kan 1 cawan air.
masak sampai labu empuk.
kemudian masuk kan santan pekat.
kacau sampai mendidih dan masuk kan garam.


dah siap...
Mudah kan..saya guna serbuk kunyit sebab tak de kunyit hidup..
ok jugak..sedap menjilat jari juga rasanya.






Ada orang yang terus je masak guna santan.
tapi bagi saya leceh la sebab kena perhatikan betul2 takut santan pecah,
terus tak cantik mask nya nanti..
Jadi nak mudah masak je guna air dulu.
Bila dah empuk baru masuk kan santan.
terpulang la nak buat macam mana yang masing2 rasakan mudah..

sekian..



Comments

  1. sedap, saya pun suka buat resepi ni

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA MSK LEMAK LABU..MURAH REZKI DIANA BERJIRAN DGN JIRAN YG MURAH HATI MOGA BISNISNYA MAJU SELALU..

    ReplyDelete
  3. Kathy pun masak guna air dl,xnak terus masuk santan. Sebab atas alasan yg sama jgk la. Hehehe. Untung sis, kathy memang suka masak lemak labu,tapi selalu tambah ikan masin. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Gulai labu dap....dlu dlu selalu curi makan kawan punya kat umah bujang....member jawa, ada fuuchuk ...best

    ReplyDelete
  5. Baru 2 hari lepas isteri buat pengat labu atau orang utara panggil serawa labu..

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah masak labu..tapi hari ni teringin pula

    ReplyDelete
  7. Tgh cari resipi nk masak lemak labu..google dpt blog diana ni..so try masak la jap g 😬

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …