Skip to main content

RAVE DANCE : IBU BAPA TOLONG TERIMA YANG INI BUKAN LAGI ZAMAN KITA.

Assalamualaikum...



Seminggu lepas sampai ke hari ni ramai rakan2 facebook kongsi video dan gelagat anak2 kita yang sekarang tengah tergila-gilakan tarian rave.Tengok sekali macam tarian cacing pun ada..kan??ekekek..Terhibur la juga bila tengok.Dah nama pun benda untuk hiburan..jadi kita yang tua2 ni pun cuba lah nak berhibur.

Tapi kan..benda2 gini memang tak boleh nak masuk dalam jiwa.Tak de sebab lain...Puncanya ialah kita dah tua.hahahh..Ini bukan zaman kita.Ini zaman anak2 kita.Jadi tak pelik pun bila kita pandang perkara  yang anak2 kita buat tapi tak sama macam kita buat sebagai sesuatu yang pelik dan kelakar dan ada kalanya kita akan kata, tak berfaedah.



Saya tak nampak kat mana teruknya tarian yang tengah jadi kegilaan anak-anak kita ni.Bukan diaorang menari sambil londeh seluar tunjuk punggung, atau buat benda2 tak senonoh.Cuma menari...salah ke?masa KRU, 4U2C , Nico, menari di zaman muda2 kita dulu , boleh je kita hadap padahal tarian tu anak saya tengok dia gelak sampai dia kata, kenapa diaorang manari sambil tunjuk2 kamera dan peluk tubuh?



Jadi pa bezanya dengan zaman kita yang tak kurang pelik dan kelakar di mata mak2 dan atuk nenek  kita pulak.Lupa ye masa kita dulu dok tergila2 kan muzik metal yang satu apa benda dia sebut pun mak ayah kita tak tau.Sambil menyanyi atau dengar muzik ni kita akan menari.tarian nya, hangguk2 kepala sampai pening ..Zaman kita dok berhiphop dengan seluar tinggi sebelah tu?Zaman kita dok pakai baju besaq , seluar besaq sampai seret habis sampah2 kat lantai..Menari terlompat2 sampai kepala memusing kat lantai..Dah lupa ke kakak-kakak dan abang2 oi..Beberapa tahun lepas keluar tarian Shuffle , tak ingat dah macam mana gilanya  awak dengan shuffle sampai tengah tunggu bas pun nak bershuffle..Dan masa tu mak ayah kita  dah sebut dulu ayat yang kita sebut sekarang bila tengok anak2 dok menari tarian Rave ni.." apa benda la dok tergeliat tegeliat macam cacing ja.."



Zaman tok nenek kita dulu lain pulak..masa tu ada  tarian agogo..gaya fesyen pun lain.ada yang sampai dah macam artis hidustan punya baju...kalau kat penang ni lagu boria dia ada tarian dia..ke depan kebelakang , pusing2 sambil pegang tongkat. tak rasa pelik ke dengan tarian tu.Tarian zapin, terlompat2 , henjut2 kepala., terteleng2, pelik kan??Dangdut pulak, gelek pinggang , pinggul, sampai meleleh air liuq pak haji...itu semua tarian..

Bagi saya selagi ianya ok, tak sampai buat benda tak senonoh terima lah dengan hati terbuka..Ini bukan lagi zaman kita.Bagi peluang pada anak2 kita untuk memilih apa yang mereka suka.Tugas kita pantau supaya ianya mengikut landasan yang betul..nak menari jangan sampai masuk club, jangan sampai bersentuh lelaki perempuan, jangan bergaduh dan  berpuak2,jangan sampai memudaratkan.itu sahaja.Jangan di sekat kemampuan anak-anak kita.

sekian..

Comments

  1. tak tengok lagi..tapi rata2 kawan2 kat FB dok update status pasal ni

    ReplyDelete
  2. tarian bermusim tiba masanya hilang n timbul pula gaya tarian baru...tengok sajalah..

    ReplyDelete
  3. Tak boleh nak dibandingkan zaman kita, zaman makpak kita dan zaman anak-anak kita sekarang. Memang jauhlah berbeza. Kita gelak tengok mereka terkinja-kinja sambil kata takda faedahlah buat kerja 'bodoh' macam ni tapi yang sebenarnya kalau kita bagi peluang anak-anak kita komen dengan jujur tentang perkara yang 'hot' masa zaman kita dulu mungkin mereka akan cakap perkara yang sama ^_^

    ReplyDelete
  4. Makcik, kalau makcik tak bagi tahu, nampaknya spai sudah mak tak tau pasal ni. Ada ek....nak gi riki ar lepas ni...camne yg kata mcm cacing ni

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …