Breaking

Thursday, 25 February 2016

PILIH YANG READY STOCK ATAU YANG PREORDER?

Assalamualikum...



Rupanya ramai orang tak faham bila
ada peniaga online meletak kan status barang yang dijual
sebagai PREORDER.

Baru-baru ni saya terbaca di satu Ig shop,
ada sorang pelanggan ni marah2 owner ig shop tu sebab
barang yang dia order dan seminggu tak sampai2.

Rupanya pelanggan ni tak tahu apa makna PREORDER.
Tengok harga murah terus dia nak beli.
Kebanyakan Ig shop yang menjual barang preorder ni
dia akan meletak kan penjelasan tentang status barang tu.
terutama sekali  anggaran masa untuk barang tu sampai ,

Tapi mungkin pelanggan ni tak baca caption sampai habis
makan terjadi lah salah faham
sampai nak buat report polis.
Sebab tu sebelum beli barang tu
kena tahu la barang tu preorder atau ready stock.

Preorder biasanya dijual dengan harga lebih murah
dari harga barang tersebut di pasaran tempatan.
Selalunya preorder ni untuk barangan luar negara.
Kita kena pesan dan bayar dulu.
Kemudian bertabah la menunggu barang tu sampai.
Ada barangan yang ambil masa sampai 3-4 bulan untuk sampai.
bergantung kepada apa jenis barang yang kita beli.
kalau pakaian mungkin tak sampai sebulan.
Tapi kalau Gadget biasanya lebih dari 2 bulan.

READY STOCK pulak barang yang memang ada pada peniaga.
hari ni kita order,bayar..Esok dia pos..lusa kita dah dapat barang.
harga pun lebih kurang sama macam kat kedai.
tapi mungkin kita kena bayar lebih sebab termasuk kos pos.

Terpulang pada pelanggan sendiri..
Nak yang PREORDER atau yang READY STOCK.
kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.

kalau kawan-kawan pulak macam mana?
READY STOCK atau PREORDER?

sekian..




5 comments:

  1. Lebih suka ready stock sbb taksuka dan tak yakin nak menunggu lama. :)

    ReplyDelete
  2. saya memilih yang ready stok.. pre order ni kalau jnis kena tempah macam baju atau tudung... pernah juga beli... tapi risikonya lambat..

    ReplyDelete
  3. yui mana mana tak kisah asal brg smpai dgn selamat. hehe

    ReplyDelete
  4. Slalu bli yg ready stok..yg preorder x pernh lgi la

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox