Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

KENAPA SABTU DAN AHAD TUTUP KEDAI?

Assalamualaikum..



Saya baru sampai dari kampung ni..
sambil2 dok masak untuk tengahari kita update blog kesayangan dulu...heheh..

Saya dok kalut nak update blog ni sampai suami kata,
ada ke cerita nak tulis penat2 nih..
eh!!kalau dah hobinya bercerita memang ada je cerita nak di tulis abang oi.
jangan la risau bab2 ada cerita ke tak de nih..hahaha..

Balik kampung kelmarin tak bawak balik apa pun kat mak.
sebab tak sempat nak masak kek ke , kuih2 ke apa..
balik pun tak di rancang..
rasa nak balik, balik je la.

Dalam perjalanan nak balik tu dok tengok2 juga kot2 ada kedai kuih ke, kek ke yang buka..
tapi ..haghammm.. tak de satu pun yang buka.
Masa tu hari sabtu..
Saya pun pelik la..apasal orang tak nak buka kedai2 makan ke, kedai kuih ke , kek ke,
masa hari cuti bekerja .
padahal itu lah harinya orang nak keluar makan di luar,
nak mencari2 kek, brownies bagai untuk majlis apa2..kan??

Sama la macam restoran2 dan kedai2 makan ..
hari sabtu ahad di tutup nya kedai..tak berniaga..
kadang2…

BELLOVA LONG TOP , BLOUSE CANTIK MESRA WUDUK

Assalamualaikum..



Bellova Long Top  blouse cantik mesra wuduk- Orang perempuan kalau nak pilih blouse benda pertama yang dia perhatikan mesti corak nya.kalau corak macam ketingalan tu memang kena tinggal la blouse tu...macam saya ni walaupun dah sampai taraf makcik-makcik tapi bab corak dan warna blouse mesti nak yang terkini...Tapi pilihan saya mestilah blouse yang tak de corak dan warna yang sedang meletop. Untuk tahun 2016 ni rasanya warna-warna seperti light purple ,soft green dan warna peach tu memang warna yang dicari.


Untuk potongan blouse pulak saya suka blouse  Bellova Long Top dari Cunnaqueen ini. Long Blouse yang kena dengan semua bentuk badan.tak kira gemuk ke kurus ke semua boleh pakai sebab ianya tersedia dari saiz XS sampai la saiz XXl. Saya suka potongan kat bahagian lengan tu.kalau kita angkat tangan tak la jatuh kebawah dan mendedahkan lengan kita.Yang bestnya apa saiz pun harga tetap sama. Selalunya lagi besar saiz lagi mahal..kesian la kat akak2 yang gemuk tu.baru …

INI LAH HARIMAU PALING HODOH

Assalamualaikum...



Selalu saya dan anak2 tonton rancangan2 tentang haiwan di Net geo Wild tu,
haiwan yang paling kami suka tengok selain buaya ialah harimau..
ebab harimau ni dia cool je.
muka besaq kemain.Tangan..Tudia...Sekali dia
bagi penampaq mau senget muka..


Harimau ni walaupun haiwan liar tapi ,
sebab dia macam kucing , dia masih lagi nampak berwajah comel..
Pernah nampak tak harimau paling hodoh?
Setakat semalam tak jumpa lagi la.
Yang berwajah  garang pun kalau dia tido tetap nampak comel



Tapi hari ni baru saya dapat tengok harimau dengan wajah paling hodoh..
Harimau yang di kenali sebagai kenny dikatakan
sebagai harimau paling hodoh kerana wajahnya yang  seakan-akan anjing.
Muncing nya yang pendek,gigi yang tidak rata dan matanya juling.



Kenny sebenarnya mengalami kecacatan.
Kenny di jumpai bersama harimai lain di nsebuah gudang pembenihan haiwan liar.
Kenny adalah salah seekor haiwan yang dikatakan
mengalami pembenihan yang gagal.



Tidak banyak harimau yang boleh dijumpai m…

NYAMUK DAN TAK DE ELEKTRIK

Assalamualaikum..

Hari ni kena update blog cepat2 sebab jap lagi tak de elektrik kat tempat saya ni..
Leceh la..kan??tapi kat tempat saya ni jarang2 ada masalah gangguan bekalan elektrik.
setahun sekali pun susah.last tak de rlrktrik masa 2 tahun lepas.
masa tu mikhail pun bercakap entah apa bunyi nya..heheh..

Dok teringat2 masa malam tak deelektrik tu
saya tengah tonton Running man..
Suami pasang lilin penuh dalam rumah..bukan main suka anak2..
IBu depa ja muncung je sebab panas dan banyak nyamuk..heheh..

Saya ni kalau tempat banyak nyamuk  memang tersiksa sangat rupanya.
dah macam kena serang raksasa je..hehheh..

Tapi perasan tak sekarang ni nyamuk memang banyak.
kalau tutup je kipas dalam rumah  berpesta la diaorang.
(nyamuk bukan orang)

saya selalu cakap kat suami,
nanti kita simpan la Sofa ni dalam stor sebab nyamuk banyak la
menyorok2 bawah sofa ni..
biar tak de sofa..
dok je atas lantai..hehehh..

Eh..jap lagi tak de elktrik..
saya buat benda lain dulu la..
masak pun tak lagi n…

PILIH YANG READY STOCK ATAU YANG PREORDER?

Assalamualikum...



Rupanya ramai orang tak faham bila
ada peniaga online meletak kan status barang yang dijual
sebagai PREORDER.

Baru-baru ni saya terbaca di satu Ig shop,
ada sorang pelanggan ni marah2 owner ig shop tu sebab
barang yang dia order dan seminggu tak sampai2.

Rupanya pelanggan ni tak tahu apa makna PREORDER.
Tengok harga murah terus dia nak beli.
Kebanyakan Ig shop yang menjual barang preorder ni
dia akan meletak kan penjelasan tentang status barang tu.
terutama sekali  anggaran masa untuk barang tu sampai ,

Tapi mungkin pelanggan ni tak baca caption sampai habis
makan terjadi lah salah faham
sampai nak buat report polis.
Sebab tu sebelum beli barang tu
kena tahu la barang tu preorder atau ready stock.

Preorder biasanya dijual dengan harga lebih murah
dari harga barang tersebut di pasaran tempatan.
Selalunya preorder ni untuk barangan luar negara.
Kita kena pesan dan bayar dulu.
Kemudian bertabah la menunggu barang tu sampai.
Ada barangan yang ambil masa sampai 3-4 bulan…

DULU BAHALU SEKARANG LIPSTIK PULA..

Assalamualaikum.




Saya ni kadang2 risau pulak dengan sikap keterbukaan masyarakat kita ni.
lagi2 orang melayu islam la..
Ada yang rasa benda2 yang dulu2 orang malu nak tunjuk dan perkatakan,
tapi sekarang mereka anggap biasa untuk di pertontonkan dan dibincangkan.

Kalau sebelum ni heboh orang perkatakan tentang tersebarnya gambar
kuih tradisional kita, bahulu yang dibuat dalam bentuk kemaluan lelaki.
tapi sekarang dah ada lipstik bentuk kemaluan lelaki pulak.


Entah apa lah tujuan lipstik ni dibuat dalam bentuk ini.
mungkin mereka nak kjadikan lipstik ni sebahagian dari
timbulnya budaya hipster maka benda yang biasa itu biar nampak kelainan nya.

Benda ni mungkin keluaran negara luar,
dan tak hairan pun kalau ianya mudah dibawa masuk.
yang jadi hairan nya macam mana la ada peniaga online
yang tergamak menjual lipstik macam ni.

kalau ye pun nak cari rezeki biarlah benda tu ada keberkatan..
kalau dah rupa macam ni benda yang djual
datang celah mana berkatnya..

sekian..

ISTERI TIDUR SIANG TANDA PEMALAS??

Assalamualaikum...



Saya ni sebenarnya tengah mengantuk sangat..
Tetiap malam memang terasa sangat nak tidur awal
supaya esoknya tak la mengantuk..
tapi dah namanya kita ni surirumah ,
nak tidur awal pun kena tunggu anak2 tidur
sebab nya selagi diaorang tak tido selagi tu la
diaorang minta macam2..
tambah pulak nak ibu je yang buat..
sudahnya jam satu baru la boleh letak kepala ni.

bangun dah jam 5 lebih...
bayang kan lah berapa jam je tidur nya.
Mau tak mengantuk bila waktu2 macam ni..

Tapi suami saya dia kalau saya mengadu mengantuk ,
dia memang suruh tidur je..cuma kita ni la,
boleh ke nak biar anak sorang2 kita pulak sedap tidur.
kalau suami ada kat rumah tak pe la..
Buat nya time dia kerja , lagi2 kerja malam..
memang tak boleh biar anak tanpa kawalan.

Orang2 luar ni kalau tengok kita tidur siang mula la nak cop kita ni pemalas la hape..
Padahal laki kita pun tak kata apa..
diaorang pulak yang sibuk..kan??

Saya pernah baca kat majalah dulu kisah isteri yang tinggal dengan mertua …

GAMBAR AAISYAH DHIA RANA YANG COMEL MAJLIS DI HARIJADI ZAIN SAIDIN

Assalamualaikum..
Aaisyah Dhia Rana , si comel anak pasangan suami isteri Rozita Che Wan  dan Zain Saidin sering menjadi perhatian setiap kali dia muncul dimajlis2 bersama ibu dan ayah nya. Bukan saja disebabkan wajahnyan yang comel tapi fesyen yang digayakan nya  Cukup membuatkan siapa yang memandang akan tersenyum dengan gelagat nya.
Kali ni Aaisyah sekali lagi menjadi tumpuan apabila muncul dengan fesyen ala koboi dimajlis harijadi ayahnya Zain saidin yang ke 32. Jom kita tengok gambar2 Aaisyah yang comel ..






Comel kan? baju nampak perut tu..heheh.. Memang pandai bergaya macam mak dia jugak..
Sekian..


INI SEBAB KENAPA KITA MESTI SELFIE

Assalamualaikum...


Selagi smartphone ada kamera depan selagi tu kita akan terus selfie..betul tak wahai kaki2 selfie??hahah..buat apa beli smartphone kamera depan belakang kalau tak nak selfie..kan?

Untuk kaki2 selfie ini sebab kenapa kita harus terus selfie...

1)kita dapat mengawal gambar kita.Kadang2 gambar yang diambil oleh orang lain selalu mengecewakan kita.Belum sedia dia dah ambil gambar kita.Hasil nya, mata terpejam, mata kena flash, nampak gemuk... :(

2)Dapat menutup kekurangan kita.Misalnya kita tahu bagaimana untuk menyembunyikan bahagian pipi kita yang chubby atau senyuman yang bagaimana lebih nampak menarik.




3)gambar selfie juga membuat kita lebih dekat dengan orang yang jauh.Ada bezanya gambar selfie dengan gambar kita yang di ambil oleh orang lain .Tentu rakan kita akan lebih teruja jika mendapat gambar yang diambil oleh kita sendiri.

4)Selfie menunjuk kan yang kita percaya dengan diri kita sendiri.Kita akan lebih menghargai diri sendiri dan  dari selfie kita tahu kita…

RESEPI KUIH CARA BERINTI GULA PALING SENANG DAN TAK MELEKAT.

Assalamualaikum...

hias kuih pun macam budak sekolah..hehehe..tak berapa cantik kejadian nya..
Kuih Cara ni antara kuih kegemaran suami saya...kalau buat kuih cara ni memang dia sorang je yang makan.Saya ni takat sebiji dua boleh la..Banyak2 memang  tak lalu. Anak-anak lagi la tak suka..Tambah si kakak tu, memilih benda makan.adik pulak kalau kakak tak suka dia pun tiba2 je tak suka..hehehhe..

Kuih Cara berinti gula ni memang leceh sikit nak buat.nampak je macam senang.kalau time dia melekat kat loyang tu memang menguji kesabaran betul. Basuh tangan duduk la kejap tengok tv.rehatkan fikiran.lepas tu hati dah tenang dah tak sakit sambung la buat balik..

Saya tak tahu petua nak elak kan supaya kuih ni tak melekat .Saya pun bakar kuih ni guna oven..sebelum bakar sapu acuan dengan majerin.lepas keluarkan kuih yang dimasak , lap acuan sampai bersih.jangan ada sisa adunan di acuan kuih.Meh saya kongsikan resepi kuih Cara berinti gula yang mudah dan tak melekat.

Bahan-bahan

3 sudu besar tep…

ROLLER BLADE HARGA MURAH

Assalamualaikum...
Dah laju dah Maisara main roller blade ni... dulu terkial2 je.. sampai jatuh terduduk, langgar dinding pun pernah. heheh..tapi sekarang dah boleh meluncur laju.. Ayahnya pun kagum sebab anak belajar sendiri je.. tak de siapa pun tolong pegang ke, tolong bagi2 tips ke.. cuma  ugutan ibu ni je yang buat dia cepat belajar.. " kalau tak reti simpan je.nanti ibu sedekah kat orang.." hahahha...dengar nak sedekah kat orang ingat nak biar je ke.. mau tak siang malam pulun belajar pakai roller blade.

Roller blade ni saya beli murah je.. tak sampai seratus pun harga sebenarnya ..(tidak termasuk pos) Saya tengok kat IG lain ada yang jual  dengan harga seratus  lebih  tapi kualiti dan jenama sama. Tapi di @roller_blade_murahharganya cuma rm90 Ada COD jugak..boleh whatsapp @roller_blade_murah  whatsapp: 014  327 0363 servis terbaik..5 bintang saya bagi..heheh
Untuk permulaan ni saya belikan Maisara jenama Power ni. Roda nya campuran getah dan plastik. InsyaAllah nanti…

SUFI AF DI TUDUH CIPLAK RESEPI DATO FAZLEY

Assalamualaikum..
sekarang ni berlumba2 orang nak buat perniagaan sendiri. Ramai yang dah buka restoran. Yang tak de pengalaman memasak pun berlumba nak buka restoran. Lepas tu makanan rasa hampeh. Setakat tahu goreng bihun , masak megi dah rasa layak nak buka retoran. Sudahnya perniagaan tak mampu bertahan lama. Walaupun bukan taukey yang memasak tapi  taukey kena tahu juga tentang masakan. Supaya tahu apa yang nak di pantau di bahagian dapur tu dan tahu  apa yang dibawa keluar dari dapur ke meja pelanggan adalah benda yang sepatutnya. kalau tak tahu memasak sila belajar.. jangan curi resepi orang pulak.

Baru2 ni Sufi, Juara akedemi fantasia 2015  ada membuka  perniagaan makanan  yang diberi nama  De tulang Merah.. perniagaan ni dibuka hasil kongsi bersama beberapa rakan nya.
Apa yang tak best nya baru beberapa hari De Tulang Merah dibuka dah dengar cakap2 kata restoran ni menciplak  resepi masakan seorang chef selebriti yang popular iaitu dato Fazley Yaakob.





Nampak nya Dato fazley …

RAVE DANCE : IBU BAPA TOLONG TERIMA YANG INI BUKAN LAGI ZAMAN KITA.

Assalamualaikum...



Seminggu lepas sampai ke hari ni ramai rakan2 facebook kongsi video dan gelagat anak2 kita yang sekarang tengah tergila-gilakan tarian rave.Tengok sekali macam tarian cacing pun ada..kan??ekekek..Terhibur la juga bila tengok.Dah nama pun benda untuk hiburan..jadi kita yang tua2 ni pun cuba lah nak berhibur.

Tapi kan..benda2 gini memang tak boleh nak masuk dalam jiwa.Tak de sebab lain...Puncanya ialah kita dah tua.hahahh..Ini bukan zaman kita.Ini zaman anak2 kita.Jadi tak pelik pun bila kita pandang perkara  yang anak2 kita buat tapi tak sama macam kita buat sebagai sesuatu yang pelik dan kelakar dan ada kalanya kita akan kata, tak berfaedah.



Saya tak nampak kat mana teruknya tarian yang tengah jadi kegilaan anak-anak kita ni.Bukan diaorang menari sambil londeh seluar tunjuk punggung, atau buat benda2 tak senonoh.Cuma menari...salah ke?masa KRU, 4U2C , Nico, menari di zaman muda2 kita dulu , boleh je kita hadap padahal tarian tu anak saya tengok dia gelak sampai dia…

CALIPH SUNNAH VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK HARGA MURAH

STICKY POST
Assalamualaikum..



Caliph sunnah supplement - Sana sini orang dok cerita pasal Caliph.Siapa Caliph?Kat mana nak beli caliph?Berapa harga Caliph?.Memang hangat sungguh sana sini dok bercerita tentang Caliph Sunnah vitamin tambahan untuk kanak-kanak ni ..Buka je facebook tengok ramai yang share pasal Caliph..Dah ramai yang beri Caliph untuk anak mereka.Rata2 semua nya puas hati. Anak2 pun tak menolak setiap kali di suap Caliph ni.Mana Tak nya..Rasa sedap oi...








Tengok kandungan dalam Caliph ni..ada kismis , ada delima , ada aprikot,, .Patut la sedap..benda rasa buah-buah ni memang kegemaran anak-anak kita..kan?Dari diaorang makan gula2 tak de khasiat tu baik diaorang amalkan minum Caliph ni.satu sudu setiap hari , rasa sedap, khasiat pun tinggi.

Anak yang malas sekarang dah rajin, Yang kurang aktif  sekarang dah makin ligat. Disekolah pun tak de la mengantuk je.Ada juga yang cepat dapat bila menghafal...Tengok Mia Sara tu..duta Caliph Sunnah..sekarang dah bertudung litup..come…

"SKINHEAD MAKAN SAMPAH " - AMIR RAJALAWAK MOHON MAAF

Assalamualaikum...



Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata mulut binasa.Eleh..pribahasa tak moden langsung ..hahahh..Cerita yang nak sampaikan ni tentang Amir rajalawak yang membuat permohonan maaf secara terbuka akibat kelantangan nya apabila mengatakan "skinhead  makan sampah " dalam rancangan maharajalawakMega  yang bersiaran secara langsung di Astro warna malam tadi.

Menyedari yang kata2 nya akan membuatkan keadaan menjadi tegang dia kemudian nya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman instagram milik nya malam tadi selepas taman siaran rancangan lawak tersebut.


Amir mengakui selepas membuat persembahan bersama kumpulan Shake, dia dihubungi beberapa rakan-rakan nya  yang mengecam tindakan nya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Dia juga membuat satu video permohonan maaf dan dia mengakui menyesal atas kata-katanya .Ramai yang menganggap permohonan maaf Amir sebagai satu tindakan yang betul namun tak kurang juga yang mengecam Amir dengan kata-kata dan ugutan .

s…

LINDA RAFAR TERIMA PANGGILAN LUCAH YANG MENYAMAR SEBAGAI ISTERI ALLY ISKANDAR

Assalamualaikum...

Dah lama tak tengok pengacara Ally Iskandar ni.Dia ada je kat MHI tv3 tu tapi saya ni tak de peluang nak tengok rancangan tu pagi-pagi.heheh..Baru2 ni saya ada terbaca satu status di Instagram pelakon Linda Rafar yang mendakwa menerima panggilan yang mengaku dirinya sebagai isteri kepada pengacara popular ni iaitu Farah Lee. Linda mendedahlan pemanggil tersebut akan bertanya tentang masalah kesihatan kemudian berlarutan hingga soalan2 yang lucah dan tidak senonoh..Baca pendedahan Linda ;

Perkara tersebut juga diakui terjadi pada artis lain yang juga menerima panggilan dari orang yang sama mendakwa diri sebagai Farah lee.Berikutan hal tersebut Farah lee, isteri kepada Ally iskandar kemudian nya menjelaskan bahawa perkara tersebut sudah berlaku sejak 2 tahun lepas apabila ramai artis mendakwa menerima panggilan dari nya dan mesej yang berunsur lucah.

Namun ada artis lain juga yang menerima panggilan dari lelaki yang mendakwa sebagai Ally kemudian menceritakan masalah…

CARA MUDAH BAKAR KEK BAGI MEREKA YANG TAK ADA OVEN

Assalamualaikum...
Dulu masa tak de oven tak pernah terfikir nak buat kek ke biskut ke sebab oven tak de. Bila oven tak de tak kuasa makcik nak buat semua tu..hahahah.. padahal ada cara lain yang kita boleh guna kan untuk bakar kek dan biskut walaupun tak de oven. Nak tahu macam mana meh tengok gambar bawah ni..




 Faham ke tak cara nya tu..??
Ambik periuk besar letak atas dapur gas. lepas tu adunan awak tu masuk kan dalam periuk lain yang lebih kecil dari periuk besar tadi. letak periuk kecil dalam periuk besar. tutup periuk  besar tu. kemudian buka api perlahan. tak lama lepas tu masak la kek awak..
Yang tak de oven boleh la cuba.. Zaman jimat cermat ni bukan senang nak beli oven ..kan?? sementara duit nak cukup beli oven idaman boleh la guna cara ni dulu..

SUMBER GAMBAR: facebook Masak Apa Hari Ini
sekian..

PEMUDA INI BUKTIKAN BELIA TIDAK MEMILIH KERJA DAN SANGGUP MENCUCI NAJIS

Assalamualaikum...


Semenjak pak menteri dan anak nya beriya2 nak bawak datang lebih ramai pekerja asing untuk bekerja di Malaysia ni ramai belia yang berkongsi pekerjaan mereka untuk membuktikan kepada pak menteri dan anak nya bahawa belia Malaysia ini tidak la malas dan memilih kerja.Apa yang mereka mahukan hanyalah bayaran yang setimpal dengan kerja yang dibuat.
Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni rasanya permintaan belia2 ni tak la sesuatu yang melampau.Siapa la yang nak kerja cuci longkang, cuci tandas kalau gaji yang dibayar hanya rm1000 sebulan. Kerja berat patutnya dibayar dengan upah yang tinggi tapi sebaliknya pulak.
Bila menolak untuk memilih kerja2 sebegitu dilabel pulak belia2 ni pemalas.Nampaknya pak menteri kurang menyelami kesusahan dan keperluan rakyat ..Betul tak?
Untuk membuktikan kata2 pak menteri dan anak nya itu salah seorang pemuda yang menggunakan nama akaun Rasyid Acid memmuat naik status dan gambar berkaitan kerja nya yang mencuci tandas.Apa yang me…

MALAM BERINAI BAKAL ISTERI ANGAH RAJALAWAK

Assalamualaikum....

Rasa macam baru je Angah Rajalawak ni bertunang.sedar2 sekarang dah nak kahwin pun.Majlis berinai dah berlangsung malam tadi. Majlis akad nikah akan berlangsung hari ni..kejap je lagi..jom kita tengok gambar sepanjang majlis berinai..










Cantikla inai dia tu..nampak kemas ..kan? Kalau nak macam tu pi la hubungi @leahenna_artist di instagram diaorang..
Sekian..