Skip to main content

SENANG NYA MINTAK RESEPI..INGAT RESEPI TU SEMUA DAPAT FREE KE?

Assalamualaikum...



Ada tak siapa2 yang pernah try resepi2 yang saya share dalam blog saya ni?
harap2 ada la ye..saya harap resepi2 yang saya share ni menepati la selera orang lain.
saya bukan pandai masak.
tapi bila apa yang saya masak tu jadi sedap, elok kejadian nya
saya memang akan kongsi kat blog ni.
Biasanya resepi2 yang saya dapat tu dari kawan2 kat sini,
dari mak , ada yang dari facebook dan banyak lagi la..

Saya paling takut nak minta resepi kat orang.
Kalau mintak melawak2 tu ada la..
tu pun dengan orang2 rapat  ja..
yang level kepala gila2 sama macam saya..



Tapi kalau orang tu berniaga memang saya tak kan mintak resepi dia.
Tak manis sebenarnya bila kita minta resepi
masakan yang digunakan oleh peniaga tu sendiri..

Pi beli nasik lemak kat makcik tepi jalan tu...lepas tu boleh ka tanya dia lagu ni..

"sedap nasik makcik ni..apa resepi dia ye..saya nak resepi boleh dak..?"

jangan la buat lagu tu..kesian makcik tu..
Dia mungkin akan bagi tapi dalam keadaan serba salah..
Kalau nak resepi dia, biar la dia sendiri yang
tawarkan resepi tu sendiri pada kita. Jangan mintak.

Tau tak betapa banyak yang dikorbankan
oleh mereka2 yang berniaga makanan ni untuk dapatkan
hasil masakan yang menepati selera orang lain?
Kena pi kelas bayar beratus  ringgit..
tinggal anak, tinggal laki kat rumah semata2 nak belajar
dapatkan resepi masakan yang terbaik.



Yang tak pi kelas pulak..
pi tengok kat rumah dia berapa tinggi dia punya buku resepi yang dia beli.
sampai nak senget lemari tau..satu buku resepi bukan harga seringgit .
ada yang cecah berpuluh ringgiit tau..

Ni kita mai2 senang ja nak minta...
kadang2 tu ada peniaga promote makanan jualan dia kat facebook.
siap letak harga, nak COD kat mana ,
pos sekian2 harga nya...
kita pulak boleh komen.."sedap nya..nak resepi.."
tak layan ..siap pm pulak..
mau tak sakit hati..

Saya cadangkan pada peniaga2 ni kalau
ada yang mintak resepi kenakan caj yang tinggi..
satu resepi rm500..biar ternganga dia kat situ...heheh



Nak resepi tak payah la mintak..
google je..tengok berapa ramai blogger dok kongsi resepi macam2..
try la cuba satu2 resepi tu..jangan tau nak buat2 terus jadi ja..
blogger tu pun sebelum dia tulis entah berapa kali dia masak
untuk dapatkan hasil yang baik..
Dah cukup baik blogger2 ni kongsi resepi tau..

sekian...




Comments

  1. Betull.. Paling tak suke kalau tengok kawan meniaga kek, kawan sorang lagi pegi tanya resepi org tu pulak.. Dah sedap beli je la kat dia kan, nama pon org tu MENIAGA

    ReplyDelete
  2. betul tu, tak manis camtu minta resepi dgn peniaga. kalau nak resepi gugel je insyaaAllah akan jumpa yang dihajati

    ReplyDelete
  3. Kt opis ni br borak2 psl ni ptg smlm..mmg la kak..org niaga ni pegi mcm2 kls..byr beratus2 utk dptkan..xkan kite nk mntk plak kan..tp sy suke sgt bace blog kak irma..die jual kek n lain2 tu tp die rajin share tips2 n resepi kt dlm tu..die share..murah jgk rezeki die..xmenang tgn jgk amik order..tp skang dh xberupdate sejak die dok oversea..akak penah bukak blog irmadilondon?

    ReplyDelete
  4. Kalau saya peniaga tu, memang jangan haraplah saya nak beri resepi rahsia saya! Yalah, saya berniaga, tak akanlah senang-senang saya nak kongsi resepi. Buatnya ada yang dengki pi buka kedai sebelah premis saya, tak ke lingkup nanti! Keh3x.

    Saya tak pernah minta resepi kat orang. Melambak kat alam maya ni orang kongsi resepi. Itu pun tak terdaya nak cuba semua walaupun nampak sedap. Kalau rasa nak sedap, google ajelah resepi yang sedap-sedap orang kongsi!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …