Skip to main content

RESEPI BROWNIES KEDUT YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum..

gambar semalam potong lepas sejuk..


Dah lama tak kongsi apa2 resepi kat blog ni..sejak saya batuk teruk tu memang hilang mood nak main masak2 tau.Lagipun selera pun tak de bercampur pulak dengan malas nya.Tapi semalam Mikhail kata macam ni..'"Aim.jom la makan kuih .." terus dalam hati kata ..pandai2 je budak ni mengajak orang makan kuih..tak buat nanti budak Ain tu tertunggu2 pulak betul ke idak nak ngajak makan kuih ni..jadi dengan berat badan nya saya pun kedapur la tengok apa la yang ada .Last2 kita buat brownies je la memandangkan resepi nya dah lama saya simpan.Masak pun tak lama, buat pun senang.


Mula-mla saya agak je buat brownies ni senang berdasarkan resepi yang saya ada tu.Bila dah try buat..alah..memang senang je rupanya.susah buat kek lagi kot sebab kek kena keluarkan pengadun kek tu.tapi brownies kacau dengan senduk je.Saya tak de apa2 tips untuk buat brownies ni.kalau ada mungkin brownies saya lebih cantik.Tapi yang ni pun saya rasa dah cukup cantik kejadian nya dan anak2 pun suka.

sakit mata tengok gambar kelabu gini..ni gambar ambik hari ni..kedut atas tu hilang ada penceroboh telah menceroboh brownies ini..hahahh

Jom saya kongsikan brownies coklat kedut yang sedap , simple dan mudah ni.

bahan-bahan:

100g tepung gandung
30 g serbuk coklat
1sudu kecil baking powder

150g mentega
250g coklat compound

100g gula kastor
100g gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara nya

1-Cairkan mentega dan coklat compound dengan menggunakan kaedah double boiler.-
kemudian ketepi kan.

2-Ayak tepung gandung , baking powder dan serbuk coklat. - ketepikan.

3- dalam bekas lain satu kan gula kastor , gula perang , telur dan esen vanila.kacau hingga sebati.kacau guna senduk kayu sahaja.Jangan kacau terlalu lama.

4- kemudian msuk kan tepung yang diayak tadi bergilir2 dengan coklat yang sudah dicair kan.masuk kan sedikit demi sedikit dan kacau. Buat sampai habis dan jangan kacau terlalu lama.

5- Masuk kan dalam loyang.Untuk adunan ni guna loyang 10 x 10 ..Lapik loyang dengan baking paper sebab nanti senang nak keluarkan dari loyang..

6-Bakar dengan suhu 170 .selama 30-40 minit..saya bakar 40 minit..






7- Cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum.Selalunya  kalau kita cucuk tu tetap ada kesan adunan  melekat kat lidi.tapi bukan adunan cair .Biasanya 30-40 minit tu brownies memang dah masak.

8-sejuk kan dulu sebelum potong.Jangan masuk kan dalam peti sejuk.



Cuba lah ye..sebab senang je.Kalau tengok orang jual harga nya bukan main mahal.sebab coklat yang digunakan tu coklat berkualiti.Bukan macam buat kek..kek biasa nya lebih tepung tapi brownies pulak lebih coklat.Bukan coklat timbang2 ni tau..kena paham jugak kenapa harga nya mahal..Lepas ni cuba buat mana tau boleh jual..kan??


sekian..

Comments

  1. Fav sngt ni brownies....sure sedap

    ReplyDelete
  2. oh my..oh my...nampak mengoda sangat brownies cekelat ko tu dik...menitik ailio di buatnye...kuikuikui

    ReplyDelete
  3. Nmpk kt fb akk td. Rajin btul membaking.

    ReplyDelete
  4. Wahh tq kak...boleh try ni...hehe cmpur kacang gajus...mst sdapp urmm

    ReplyDelete
  5. Tak pernah buat lagi. Dok perap jer resepi. Ntah bila nak buat ☺☺

    ReplyDelete
  6. Bhn smua ada... Nnt saya salin resepi ni ye. Harap menjadik

    ReplyDelete
  7. sedapnya. lagi sedap makan dengan aiskrim vanila.

    ReplyDelete
  8. Buat brownies laaa paling senang.... auni suka buat chewy brownies...

    ReplyDelete
  9. cantik brownies DR, bahan pun nampak mudah je, in shaa allah kak ana nak cuba nanti dengan resepi DR ni.terima kasih ye kongsi :)

    ReplyDelete
  10. Like very much. Tq sharing recipe .

    ReplyDelete
  11. Dah save resepi ni.nnti bulan puasa nk try membaking. Suka tgk kedut tu nmpak mnyelerakn. Yummy.. coklet guna yg ketul tu kn. Cooking coklet kn..

    ReplyDelete
  12. Dah save resepi ni.nnti bulan puasa nk try membaking. Suka tgk kedut tu nmpak mnyelerakn. Yummy.. coklet guna yg ketul tu kn. Cooking coklet kn..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …