Skip to main content

PANDANGAN TENTANG ARTIS BERHIJAB ADA MUSLIHAT

Assalamualaikum...




semalam saya baca satu komen kat satu group ni..
"artis sekarang kalau pakai tudung ada dua sebab je..
pertama sebab nak kawen..kedua sebab nak jual tudung.."
heheh..ramai pulak yang menyokong..

Dulu saya pun fikir macam tu..
Yang nak kawen tu pakai tudung sebab tak nak suami masuk neraka.
habis dulu, ayah dia,abang dia tak pe la masuk neraka?

Lepas tu yang jual tudung pulak...
hari ni mula bertudung minggu depan terus keluar 
koleksi hijab artis tu..mula la saya sangka buruk..
Pompuan ni plan nak berniaga tudung dalam masa seminggu ke?
tak mungkin..kenapa tak dari awal2 bertudung 
kalau dah ada niat nak jual tudung..
sekurang-kurangnya tak la orang mengata.
ni tidak..seminggu lagi nak jual tudung , baru hari ni nak tutup rambut tu..



Ha..macam tu la sangkaan buruk saya pada artis2 yang mula berhijab ni.
Tapi lama kelamaan saya perhatikan..
apa pun niat diaorang , yang sangat saya kagum cara mereka membawa diri tu.
Bukan lah semua tapi ada beberapa artis yang bila berhijab, jual tudung atau nak kahwin..
mereka tetap istiqamah ..
mereka tak sesekali biarkan diri mereka dilihat dalam 
keadaan berbaju ketat, baju jarang, 
pakai tudung paras leher...mereka tak buat macam tu..

kalau post gambar kat laman sosial pun mesti gambar2 yang sopan 
dan tak kan mendatangkan fitnah.



Bila berlakon pun mereka elak kan untuk bersentuhan dengan lelaki.
Bayangkan lah babak suami isteri dalam rumah pun, 
mereka tetap berhijab sebab nak menjaga aurat mereka.

Bagi saya , mereka jual tudung atau berhijab sebab nak kawen..
itu semua hanya untuk permulaan sesuatu yang baik ..
tak salah dan tak patut dipertikaikan.
Manusia ni nak berubah bukan dia kira masa..
kalau hati dah kata "nak buat.."
tak kira la kat mana dan bila..semua boleh jadi..


sekian..

Comments

  1. Suka tengok Yana Samsuddin elapas berhijab jadi lemah lembut aje...

    ReplyDelete
  2. yang berhijab tujuan nak tutup aurat boleh nampak dia tutup aurat dengan betul.. yang berhijab sekadar ada niat tersembunyi pun kita boleh nampak dari cara dia berpakaian yang kadang2 hanya tutup kepala jer. Apapun niat dia.. Takpe la maybe permulaan, lama2 nanti dia akan tutup sepenuhnya. Hidayah tu milik Allah..

    ReplyDelete
  3. nk berhijab dh betul..tpi baju plak nmpk bentuk bdn pun tak leh jugak..tau la bdn montok pun jgn la tunjuk sgt..hehehe

    ReplyDelete
  4. Bersangka baik jer. Ramai retis yg bertudung skang ni. Klo ada niat tersembunyi, memant tak patut lah berhijab kan.

    ReplyDelete
  5. perkara baik yang bermula dari niat yang baik ....

    ReplyDelete
  6. Tak kiralah apa punca dia berhijab, yang penting dia istiqamah dan jadi sebaik mungkin dalam menjaga auratnya. Saya suka tengok artis sekarang yang dulu togel tapi sekarang molek aje bila berhijab.

    Letak pulak si Syatilla Melvin ni, entah kenapa tetiba saya suka penampilannya sekarang walaupun lahiriahnya nampak macam kasar aje dia ni ^_^

    ReplyDelete
  7. betul tu..adanya lebih baik drp y mmg sedia berhijab..
    xkisah sbb apa,y penting, mrk dh melangkah salah satu cara y dituntut Islam

    ReplyDelete
  8. bersangka baik je... dan hrp mereka trs beristiqamah

    ReplyDelete
  9. perubahan itu perlu. lagipun menutup aurat itu wajib ;)

    ReplyDelete
  10. Sesuatu yang baik kita perlu support ^-^

    ReplyDelete
  11. setuju cakap diana
    hidayah ALLAH tu datang pada bila-bila masa
    sekurang2nya mereka ada initiative berubah
    kita pula...kena banyak buat check list diri sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…