Saturday, 31 December 2016

RAMBUT WANITA TERJUNTAI ATAS KEPALA KETIKA MAHU BERSELFIE

Assalamualaikum..

 Pernah tak jumpa hantu? ada yang takut dengan hantu? Saya nak cerita satu pengalaman yang berlaku pada saya semalam ianya agak menyeramkan tapi kedengaran agak biasa saja lebih kurang macam yang selalu kita tengok kat tv

Dalam jam 9 lebih saya ke rumah jiran saya yang tak la berapa jauh pun.dekat je.Tengah dok sembang2 tu sempat la saya merakam aksi anak2 saya bila ke rumah jiran saya ni.Memang diaorang cukup suka pergi rumah jiran saya yang satu ni.

Habis merakam saya tekan stop dan tukar ke mood selfie.saya halakan kamera handphone saya ke arah saya dan agak terkejut sebab saya nampak  diatas kepala saya terjuntai rambut panjang sangat hampir cecah kepala saya.


Bayangkan rambut macam ni terjuntai atas kepala korang masa korang nak selfie..Rasa nak terjatuh phone masa tu..

Saya terus dongak ke atas tapi tak de apa pun.Dinding kosong saja.saya tengok sekali lagi ke kamera tapi dah hilang .try check kalau2 saya ada snap gambar tu tapi mujur la tak de tersnap gambar.Kalau tak memang anak2 menjerit kot .

Kata jiran saya tu sebelum saya datang ,dalam jam 8 lebih ada kawan diorang kata macam ada benda tak elok nak cuba masuk rumah jiran saya ni.Agaknya masa saya datang tu dia masuk sekali dalam rumah.

Biasa je cerita nya tapi agak seram la sebab saya nampak dengan jelas.mujur la saya ni bukan penakut.ehem..hahahahah...



Pertama kali nampak benda tu dekat dengan saya.Sampai sekarang saya tak tengokk pun lagi video yang saya rakam kat rumah jiran saya tu.tunggu suami balik kerja nanti baru saya nak tengok.Sebab takut ternampak benda bukan2..saya memang tak mau tengok benda2 macam tu..tak elok untuk anak2 saya..

sekian....

Friday, 30 December 2016

LELAKI DI NEGARA INI GUNA CARA PALING JIJIK UNTUK HILANGKAN JERAWAT

Assalamualaikum..




Orang yang ada jerawat sahaja yang tahu macam mana tertekan nya bila tengok muka sendiri kat cermin.Kadang sampai rasa malu nak keluar rumah.Belum dengar lagi cemuhan dan sindirian kawan-kawan yang senang-senang aja kata kita ni tak cuci muka la, tak beli ubat la..dan macam-macam lagi.Saya pun kalau ada masa-masanya jerawat tumbuh ditempat yang tak sepatutnya rasa malu juga nak keluar rumah.Mujur la saya ni surirumah saja.tak perlu setiap hari tunjuk muka di luar.hehehe.Orang kata kalau nak cantik kan kulit wajah jangan abaikan mengambil buah yang berwarna merah dan ungu.



Tapi berbeza dengan apa yang awak semua  akan baca ni..Didalam sebuah kampung di Bandar Udaipur, Barat Rajashtan India , golongan lelaki  menggunakan cara paling pelik dan jijik untuk mencegah dan mengubati jerawat diwajah mereka.Mereka meminum air kencing lembu setiap hari dan ada juga yang menjadikan nya sebagai masker di wajah.


Peghhh!!entah macam mana la diaorang boleh tahan dengan bau air kencing tu sampai sanggup diminum dan dilumurkan ke muka mereka.Kalau nak tahu , bagi orang india lembu adalah haiwan yang suci dan dihormati.Sebab itu lah mereka merasakan setiap apa saja yang berkaitan haiwan suci mereka itu sebagai yang sangat bermanfaat dan bagus.



Menurut salah seorang lelaki di kampung tersebut yng dikenali sebagai Hemant Paliwal ,Sejak dulu lagi mereka menggunakan air kencing lembu sebagai ubat . Itu adalah bahan semulajadi yang sangat berkesan. Dia mendakwa pernah terkena jangkitan paru-paru bebrapa waktu yang lalu. Dia  demam dan batuk yang sangat teruk.Namun  Setelah kerap mengamalkan minum air kencing lembu, dia sembuh dari penyakit tersebut.. Kulit wajah nya menjadi lebih berseri-seri dan cerah dalam masa hanya 1 minggu .dan itu adalah perkara yang sangat mengkagumkan..


Di india sudah banyak yang menjalankan perniagaan menjual air kencing lembu.Malah ada yang menjualnya didalam botol yang siap dengan label untuk tujuan pemasaran. Korang boleh dapatkan air kencing lembu ini di pasaraya-pasaraya di sana..Korang nak beli ke??

sekian..

sumber: vemale.com



APA PERKARA YANG KITA PATUT TULIS DALAM BLOG?

Assalamualaikum...



Kita cerita tentang blog ...Sebab sekarang ni ramai yang dah berminat nak buat blog.Cuma masalahnya mereka tak tahu nak tulis tentang apa dalam blog mereka ni.

Nak tulis blog tak semestinya kena tulis isu yang besar atau yang sangat-sangat penting untuk semua orang tahu.Isu yang kecil2 pun boleh juga kalau nak tulis.Satu sebab kenapa kita tak de idea nak tulis apa kat blog  ialah sebab kita sibuk nak tulis perkara-perkara yang semua orang patut tahu atau isu-isu besar yang sedang berlaku. Tulis tentang sarapan apa pagi tadi pun boleh je..

Saya banyak tulis tentang isu2 yang tak penting dan dalam post tu mesti ada satu komen macam ni.. , "tak penting pun benda ni ..."

..Yang kelakarnya kalau tak penting dia baca nak buat apa?Pergi la baca benda yang penting tu..



Biasa tengok tak kalau blog-blog atau ruangan akhbar yang cerita pasal artis tu, mesti ada yang komen " berita ni lebih penting dari bla..bla..bla.." sekadar sindirian la tu..Nak bagitau yang cerita pasal artis tu tak penting.Padahal terang-terang itu blog hiburan atau ruangan khas untuk berita hiburan .Dah tentu la dia akan cerita pasal artis je.

Nampak sangat dia pun suka baca benda tak penting.kan??

Jadi tulis je la..sebab ada ramai lagi orang yang suka baca benda2 yang ringan dan tak menyesak kan kepala otak.

Jom buat blog..

sekian..

Wednesday, 28 December 2016

INI DIA CIRI-CIRI LELAKI YANG MATANG

Assalamualaikum...

Dah nak berubah tahun ni tertanya2 juga dalam diri sendiri ni sudah matang kah saya?Bagi seorang wanita tak ada istilah matang dalam diri kami.Sebenarnya kami lebih suka jadi tak matang.Tapi dalam keadaan tertentu kami terpaksa berpura-pura menjadi matang,...kahkahkah...Ini Betul tau ..bukan saya saja-saja nak kata macam ni.



Sebab itu lah impian ramai wanita dalam memilih pasangan ialah nak kan lelaki yang matang.Lelaki yang matang membuatkan wanita rasa lebih selamat untuk berlindung.Ni kalau dah kahwin pun kita yang kena jaga dia lebih macam jaga anak cemana..kan??hahahah..

Ok..jom kita semak 8 ciri lelaki yang matang..

Lelaki Yang Matang Tidak Mengkritik penampilan orang lain




"kenapa muka banyak jerawat"
"baju merah tak kena la dengan badan you.."
"Saya tak suka la badan gemuk awak ni..tolong kuruskan.."

Jika lelaki tersebut betul-betul matang dia akan menyintai dan menerima seseorang dalam hidup nya itu tanpa ada syarat. Dia juga tak kan merendah-rendah kan penampilan kita .Kenapa?sebab dia nak jaga pandangan dan persepsi orang lain pada dia.Dia tak mahu dilabel sebagai itu dan ini jadi dia juga tak kan lakukan perkara sebegitu pada orang lain.

Lelaki Yang Matang Tidak Mengganggu Privasi Orang Lain




Hubungan cinta atau persahabatan yang sihat adalah hubungan yang tidak disertakan dengan rasa tertekan dan penuh terkurung seolah-oleh kita didalam penjara. Memang dalam cinta dan persahabatan tiada apa yang patut dirahsiakan.namun menjadi kesalahan jika lelaki tersebut seolah-olah mengganggu dalam setiap perkara yang kita letak kan sebagai "peribadi"

Lelaki Yang Matang Tidak Akan Lari Dari Masalah




Seorang lelaki yang matang tahu dan bijak dalam menyelesaikan masalah keluarga , sahabat, cinta dan dirinya sendiri .Dia tidak akan berkurung dalam bilik dan membiarkan masalah yang mengejarnya hilang begitu sahaja.Dia akan berdepan dan membantu untuk menyelesaikan  masalah tersebut .

Lelaki Yang Matang Tidak Akan Menunjukkan Emosi nya Yang Terganggu Pada Orang Lain




Sebagai seorang yang matang mengawal kesabaran adalah salah satu perkara paling utama.. Apabila di kritik dia bijak mengawal emosi . Dia tahu bahawa jika dia tidak sabar keadaan  akan menjadi lebih buruk lagi.

Lelaki Yang Matang Adalah lelaki yang Memikirkan Masa Depan




Seorang lelaki yang matang tidak akan menghabiskan wang nya hanya semata-mata untuk makan malam di restoran mewah.Dia tidak akan menjadikan "biar papa asal bergaya " sebagai prinsip hidup.Ada banyak perkara yang difikirkan dalam hidup mereka.. cinta kemudian perkahwinan, anak-anak dan pelaburan masa depan.


Lelaki Yang Matang Ialah lelaki Yang tidak Menyingkirkan sahabat demi kekasih dan sebaliknya.




Kebanyakan lelaki suka kan wanita yang tidak ikut campur dalam urusan nya dengan kawan-kawan.Namun jika lelaki tersebut adalah lelaki yang matang dia akan mengatur masa demi kedua-duanya.Sahabat dan cinta.Dia tidak akan menjadikan salah satu pihak terabai dan berkecil hati.


Lelaki yang Matang ialah Lelaki yang Menjaga Ibunya Dengan Baik




Bagaimana dia melayan ibu nya begitu lah dia akan melayan kita.Pernah dengar kata-kata ini.Ianya benar sama sekali.Dia merasakan menjaga kedua ibu bapanya adalah perkara yang paling penting.Apabila kita berkahwin dengan lelaki seperti ini , kita  juga harus ikut serta mengutamakan ibu bapa nya dan secara tak langsung dia juga akan melakukan sedemikian kepada kita dan ibu bapa kita.

Lelaki Yang Matang Adalah lelaki yang Menghormati Wanita Dan Tidak Akan Menyakiti Fizikal Dan Mental Orang Lain 




Sebanyak mana pun rasa cinta dan sayangnya kita pada lelaki, jangan sesekali membiarkan keganasan mental dan fizikal membelenggu hidup kita. Jika ada rakan lelaki atau kekasih kita yang menyakiti kita segera lakukan sesuatu. Lelaki yang matang tidak akan memperlakukan perkara yang buruk pada orang lain terutamanya untuk wanita yang dicintainya.


Mesti ada yang tertanya-tanya wujud ke lelaki yang macam ni??hahha..Ada....banyak...Cuma kita sebagai wanita pun kena la sabar.,Kadang-kadang sikap orang perempuan ni juga yang buatkan lelaki jadi tak waras dan tak matang.. Kalau kita nak kan yang baik dah tentu kita pun kena jadi baik.Betul tak??

sekian...
.


SAYA BUKAN KAWAN YANG BAIK

Assalamualaikum...



Kalau ditanya apa ciri-ciri kawan yang baik kita boleh  bagi 100 ciri-ciri kawan yang baik tu.Memang ada macam-macam sebab untuk kita labelkan kawan kita tu kawan yang baik.Masa tengah  baik , semuanya baik la..Tapi kalau masa bergaduh terus hilang semua puji pujian pada kawan tu..sebab silap sikit je..Terus cop "musuh" kat kawan kita..heheh..

Saya mengaku saya bukan kawan yang baik.Sebab salah satu ciri-ciri kawan yang baik ialah mudah memaafkan..kau buat la seratus kali salah pun dia akan maaf kan kau.jangan la risau.Dia kawan yang baik.Tapi saya tak..saya bukan macam tu..kalau nak saya jadi kawan yang baik tu , dia pun kena juga jadi kawan yang baik.Bukan yang baik tu di satu pihak je..Kedua-dua pihak kena jadi baik..Itu lah prinsip saya.



Paling saya tak mau kawan yang suka mengambil kesempatan , tak kenang budi dan merendah-rendah kan saya. Tak kira la dalam hubungan kawan, cinta, adik beradik , saudara mara, saudara mertua , saudara jauh dan dekat, kawan serumah, kawan sepejabat dan kawan blogger sebagainya , sikap suka mengambil kesempatan , tak kenang budi dan pandang rendah ni yang saya paling tak boleh tolak ansur.Kau boleh minta maaf tapi lepas tu sila la menghilang dari pandangan saya.Saya tak sudi pun nak berbaik macam dulu dan kau akan nampak betapa saya boleh berubah terus seolah-olah kau nampak orang lain.hahah..



semalam suami saya terbaca mesej yang dikirim oleh seorang blogger .Dalam mesej tu blogger tersebut  minta maaf sebab taksub dengan sekian-sekian hal, minta maaf sebab hal tu terjadi sampai memutuskan silaturrahim..Dan suami saya tanya kenapa saya tak balas, kesian dia..Tapi suami saya tak tahu kalau dia baca whatsapp yang dihantar oleh blogger tu pada saya masa dia menghina saya tu, dah tentu suami saya akan lebih kesian kan saya..hahaha..sebab itu saya ambil keputusan tak perlu lagi berbaik dengan blogger ini.Mungkin selama ni saya ok dengan dia dan dia jadikan itu sebagai tiket untuk berani berkata yang buruk-buruk terus pada saya,.nampak?saya bukan kawan yang baik..kan??

Untuk diri korang pulak macam mana?Apa ciri-ciri kawan yang baik tu pada korang?

sekian...

PLAGIAT : HALAL KAN SAJA..BOLEH DAPAT PAHALA..

Assalamualaikum..



Kelmarin ada rakan blogger yang meluahkan rasa sedih sebab ada hasil kerjanya di plagiat individu tertentu kemudian individu tersebut claim ianya hasil penulisannya sendiri..Memang sedih la..kan??Sebab menulis ni memerlukan masa juga nak keluarkan idea-idea tu.

Tapi tak sangka ada yang komen "biar lah..boleh dapat pahala.." hahahaha...saya terkejut juga sebab ada juga orang yang fikir macam ni. Mungkin dia tak paham yang mencuri ni ada bermacam-macam cara.Bukan setakat masuk kedai , ambik megi sebungkus dan sorok dalam baju.Ada banyak lagi yang kita boleh kata sebagai mencuri dan salah satunya ialah plagiat kemudian claim ianya sebagai hak sendiri.Itu pun mencuri tau..

Tindakan macam ni dah tentu  akan menjejaskan penilaian majikan atau orang lain yang membayar pada pemilik asal hasil karya tersebut,.Misalnya satu artikel yang dibayar pihak tertentu pada kita untuk kita tulis, kemudian ada pihak satu lagi mendakwa artikel tu dia yang punya..Jadi sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi orang juga tu..kalau nak fikir pasal nak bagi pahala kat orang pun paling penting sekali fikir sama kita pun nak menjaga tanggungjawab dan amanah yang diberi pada  kita juga..Dengan kerja kita , kita nak jaga mak , ayah adik-adik dan orang lain..kan??



Mana mungkin perasaan  kita boleh menghalalkan benda yang dah dicuri orang lagi-lagi ianya benda yang kita dibayar untuk buat khas pada pihak tertentu.Itu bukan saja hak kita malah hak orang yang membayar jugak...Bayangkan kita jahit baju yang orang tempah.Lepas tu baju tu orang dah bayar siap semua, Tiba2 baju tu di curi.Layak tak kita kata "ok tak pe saya halal kan .." sedangkan kain baju tu dah dibayar , dah jadi hak orang..kan??

Tak salah pun plagiat ni tapi sebagai tanda menghargai dan untuk rujukan orang lain ada baiknya kita letak kan sumber asal  nya.Walaupun kita hanya post di facebook baik kita letak credit pada penulis sebenar.takut nanti kalau ada yang pertikaikan apa yang di tulis kita boleh suruh mereka rujuk pada sumber asal sahaja.


sekian...




Tuesday, 27 December 2016

10 MAKANAN INI PERLU DIELAK KAN UNTUK DAPATKAN PERUT YANG RATA DAN PINGGANG YANG RAMPING

Assalamualaikum...



Perut dan pinggang yang ramping memang menjadi idaman ramai orang.Namun gaya hidup yang tidak sihat dan corak pemakanan yang salah membuatkan ramai yang hanya mampu bermimpi untuk mendapatkan bentuk badan idman.Tapi segalanya tak jadi mustahil jika kita mengubah menu harian dan disertakan dengan senaman tertentu.Nak tahu 10 makanan yang perlu dielak kan untuk mendapatkan perut yang kempis dan pinggang yang ramping?

1) Minuman beralkohol
2) Minuman ringan
3)Gula-gula getah
4) MSG
5) Makanan segera
6) Mayonis
7) kentang goreng
8) aiskrim
9) Makanan yang membuatkan anda kerap kentut(kekacang)
10) makanan yang tertera "sugar free" dibungkusan nya- jangan tertipu kerana yang korang perlu rujuk  adalah kandungan nutrisi di belakang kotak atau produk


Korang kena rajin-rajin ambil tahu apa makanan yang korang makan.Kadang2 apa yang dipaparkan pada pack produk tersebut bukan lah seperti apa yang korang bayang kan.Tak salah bertanya pada orang lain untuk kepastian.

Ada makanan kegemaran korang diatas ni??dah tentu la ada..kan??hahahah..Sebenarnya nak makan boleh tapi dalam kuantiti sedikit je..Dan jangan diamalkan setiap hari.Kalau badan bulat siapa yang susah.Diri sendiri jugak..kan??


sekian..




Friday, 23 December 2016

KERJA UNTUK BANTU ORANG BUKAN SEBAB NAK KAYA

Assalamualaikum...



Sejak minggu lepas saya memang jarang dah menjenguk facebook saya.Terpaksa juga curi-curi masa like dan komen status kawan-kawan.Tu pun tak lama..dalam 30 minit -1 jam masa saya ambil untuk like dan komen2.Bagi orang lain mungkin tak penting like dan komen status kawan2 tu tapi disebabkan laman sosial saya tu saya gunakan juga untuk "kerja" jadi ianya perlu untuk saya curi masa supaya laman sosial saya nampak aktif.

Risau jugak kalau ada yang terkecil hati , komen orang kita balas, komen dia kita tak balas..Takut nanti dikata kita ni sombong, pilih kasih dan sebagainya.InsyaAllah kalau sempat memang saya komen dan like.Tapi kalau tak sempat tu minta maaf banyak-banyak.saya ni tangan ada dua ja.Tangan ni lah untuk anak2 dan suami tangan ni juga untuk kerja-kerja saya di laman sosial.Letih memang letih tapi dalam masa yang sama rasa seronok sebab kita dapat buat benda yang kita suka..:)

Dalam keadaan letih tu bila dapat whatsapp, email atau mesej dia inbox facebook yang ucap terima kasih untuk entry-entry yang saya tulis memang rasa hilang segala letih tu..Seronok sebab sekurang-kurang nya saya dapat memberi sesuatu untuk orang lain walaupun saya tak kenal pun mereka.Bukan semua entry yang kita tulis tu berbayar.jadi bila dibayar dengan ucapan terima kasih rasa bersyukur ..

Suami saya selalu pesan ..kerja tu biarlah tujuan nya ikhlas untuk bantu orang..jangan kita kerja sebab kita nak kaya.Memang sampai bila2 pun kita akan rasa susah.Sebab manusia ni tak pernah rasa cukup.Sebab tu kita dok pulun kerja sampai lembik, sampai letih tapi kita dok rasa tak cukup jugak.Tapi bila kita kerja sebab nak bantu orang, dapat saja kita bantu terus kita rasa lega.Kita rasa tercapai sudah niat kita nak bantu orang tu.Niat yang baik Allah akan permudah kan..jadi niat tu kena betul.

*try la cari sesiapa fakir miskin, orang susah,yang korang rasa dapat gaji nanti nak bantu.Niat betul2 ikhlas nak bantu..InsyaAllah ...Allah permudah dan makbulkan niat korang tu..

sekian..

Thursday, 22 December 2016

EPISOD AKHIR DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

Assalamualaikum...




Tak pernah-pernah layan drama jam 7 petang, hari ni disebabkan episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku jadi kita tunggu jugak la nak tengok drama paling popular tahun 2016 ni.Tak nak la jadi orang yang tertinggal.hahhaha..Drama ni ramai pengikutnya dan menjadi trending setiap hari.Drama lakonan Siti Saleha, dan Syukri Yahya.

Untuk episod akhir ni macam-macam ramalan dari pengikut setia drama ni yang saya baca di facebook.Ada yang kata Mia meninggal dan ada yang kata Mia akan muncul sebagai kejutan untuk Khuzair, dan tak ada apa dalam kotak cincin tu.Bagi yang dah baca novel 7 Hari mencintaiku mungkin dah boleh baca jalan cerita untuk episod akhir 7 Hari mencintaiku.Tapi siapa tahu pengarah nak buat kelainan sikit.Tapi tunggu je la..Kalau ending tak sama macam dalam novel, jangan kena kecam sudah la..ahhaah

Eh!!korang yang tak follow drama ni jangan nak buat muka blur ye.hahahah..Saya pun baru tengok semalam.hahhaha..Itu pun saya dah boleh tahu jalan cerita dari mula .hebat tak saya??Tapi dengan bantuan rakan-rakan facebook la jugak..Diaorang update drama ni setiap hari tau.

Kalau tengok kat Instagram pun ramai yang muat naik selingan-selingan drama 7 hari mencintaiku ..lepas ni harap2 ada banyak lagi drama yang menggunakan pelakon-pelakon hebat macam ni.Jangan asyik muka baru je tapi belakon entah kemana.Habis drama terus tenggelam..kan??

sekian..




GAMBAR-GAMBAR INI AKAN BUAT ANDA LEBIH SAYANGKAN PEKERJAAN ANDA

Assalamualaikum..

Korang suka tak dengan kerja korang??kalau suka buat cara suka..hahahaha..Jangan pagi2 sampai tempat kerja merungut kerja banyak..masuk jam 10 dah hilang ..Minum kopi katanya..Lama pulak tu..sebab dalam perjalanan nak balik opis tu boleh pulak nampak kedai eksesori keta tu ada sportrim baru, singgah dulu jamu2 mata, survey2 harga, tak pun nampak satu butik tu ada tudung patern baru pulak..erm..mana tak satu jam keluar minum..kan??hahahha..jangan marah..

Meh tengok penduduk serata dunia ni yang kerja-kerja diaorang sangat mencabar sampaikan tak sempat kot nak singgah minum kopi, jamu mata tengok shawl kat butik atau singgah daiso beli selipar .
















Setiap perkerjaan tu ada susahnya...Dah nama pun kerja.Kalau kerja tu mudah macam ABC tak de la bos kita tu upah pekerja..Dia pun boleh buat sorang..hehehkan??kan??

Jadi pada yang dah ada kerja tu jaga la periuk nasi korang tu baik2..jangan sebab sikap sendiri korang akan hilang pekerjaan korang.Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni..Kerja memang banyak tapi tinggal sanggup dengan tak je untuk korang buat..

sekian..

INI YANG BERLAKU SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN MNK MAGIQUE SKINZ BOOSTER SPRAY

Assalamualaikum..


Kalau ditanya apa petua kulit wajah yang cantik , cara cantik kan kulit wajah , atau petua hilangkan kedut dan jeragat ,ada beratus-ratus petua.Tampal timun la, tampal tomato la..Tapi berapa orang yang sanggup hari-hari beli tomato , beli timun , potong dan tampal kat muka sambil terbaring 2-3 puluh minit sehari?Kalau nak amalkan petua macam tu kena buat seminggu 3, 4 kali tau.Mana nak jadi kalau amalkan sebulan atau seminggu sekali. Tak sanggup saya nak buang masa bersama tomato dan timun sehari hampir 30 minit.

Disebabkan tak nak buang masa, saya guna MNK MAGIQUE SKINZ . cuma spray je ke wajah dan buat urutan sikit  disekeling wajah untuk hasil yang lebih mengkagumkan.Hari ni saya nak ceritakan pengalaman dan  testimoni selepas seminggu saya menggunakan  MNK MAGIQUE SKINZ .


MNK MAGIQUE SKINZ ini bukan lah serum atau toner macam yang biasa kita guna tu. MNK MAGIQUE SKINZ adalah booster spray yang mampu merawat kulit dan memperbaiki kulit kita .Selalunya kita guna 1 set skin care untuk kulit kita kan?? Tapi  yang ni cuma kita guna 1 botol Booster spray ni je..Itu lah yang istimewanya MNK MAGIQUE SKINZ ini.Tapi tak payah la sampai nak buang set skincare korang tu ye..Guna je la..Tapi dalam masa yang sama guna juga booster spray ni .Orang kata macam makanan tambahan la untuk kulit kita ni.

tompak hitam tu ada sejak lahir..korang jangan macam2 dengan akak ye.. 

Booster Spray ni dalam bentuk cecair.Sedap je bau nya.Saya try sembur kat tangan.Nampak gambar atas tu ..Warna nya jernih dan dia tak terus kering . Dalam 2-3 minit baru dia meresap perlahan-lahan ke kulit kita. Cara saya guna ,  saya spray kemudian buat urutan sikit kat muka.Boleh tengok video cara urutan tu kat Laman web  MNK MAGIQUE SKINZ .Cara urutan nya tak susah..Saya buat sambil berjalan je..hahhaah...Cuma tekan-tekan  sekeliling mata dan dahi ,. lepas tu tolak bahagian bawah pipi keatas dan tap-tap sikit bawah dagu untuk hilangkan dagu berlapis.Urutan tu juga mampu mengecilkan wajah kita selain menghilangkan lebam bawah mata.


Guna cuma 2 kali sahaja sehari.Saya spray sebelum tidur dan waktu pagi.Sekali spray terus hilang mengantuk..hahahah..Sebenarnya ada banyak kelebihan kalau guna MNK MAGIQUE SKINZ .Tapi setakat saya dah guna seminggu ni saya perhatikan kulit saya jadi sekata warnanya.Jerawat kecil-kecil pun dah kurang dan kulit saya tak kering.Selalu nak makeup mesti macam ada kesan kulit mengelupas.tapi lepas amalkan MNK MAGIQUE SKINZ ni tak de lagi kulit kering yang mengelupas tu.Selamba je keluar tak pakai bedak. Saya baca kat laman web MNK MAGIQUE SKINZ ada disenaraikan kebaikan menggunakan booster spray ni..

KEBAIKAN MENGGUNAKAN MNK MAGIQUE SKINZ

 ~Mencerahkan dan menjadikan kulit berseri
 ~Menjadikan kulit bersinar-sinar
 ~Mengecilkan liang pori di wajah
 ~Menyekatakan warna kulit
 ~Menghilangkan garis halus dan kedutan dengan ketara
 ~Membekalkan kelembapan kulit sehingga 48 jam
 ~Menghilang dan merawat pigmentasi secara kekal tanpa pengelupasan
 ~Merawat masalah jerawat pasir, jerawat radang dan jerawat batu dari dalam. Jerawat kecut dalam kurang 24 jam
 ~Menjadikan mekap bertahan lebih lama di wajah (spray sebelum mekap)
 ~Menganjal & menghaluskan struktur kulit

Kehebatan tambahan BOOSTER SPRAY MNK MAGIQUE SKINZ
 ~Merawat masalah kantung mata (eyebag) dan mata panda (panda eyes)
 ~Mengurangkan ‘double chin’
 ~Menjadikan bentuk wajah lebih V shape
 ~Menjadikan kulit wajah kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar
 ~Merawat masalah siku dan kepala lutut kering, kasar dan kehitaman
 ~Merawat masalah tumit kaki merekah dengan membaharui kembali sel2 kulit
 ~Merawat keradangan kulit, ekzema dan kulit sensitif
 ~Merawat masalah selulit (orange peel) yang memalukan
 ~Memudarkan parut jerawat, luka dan kemalangan
 ~Menjadikan bibir kemerahan, lembut, lembap dan mungil

*MNK MAGIQUE SKINZ boleh digunakan oleh ibu mengandung.Untuk ibu yang menyusukan anak boleh sempur di paudara untuk menganjalkan dan menegangkan payudara  


Wah..banyak lagi rupanya kebaikan yang akan saya dapat kalau saya terus menggunakan MNK MAGIQUE SKINZ ni..Paling saya suka ianya mampu menghilangkan garis dan kedutan.Maklum la..saya ni bukan muda lagi..tahun depan dah masuk 37 pun.Umur macam ni la senang jeragat dan kedutan muncul. Jangan biarkan tua mengatasi kita.Hahahah..Yang adik-adik tu pun jangan biar tua sebelum waktunya..kena jaga-jaga jugak tau..



Bagi korang yang bersolek untuk  ke tempat kerja atau nak keluar , sebelum bersolek tu sembur dulu MNK MAGIQUE SKINZ ni sebab makeup korang akan tahan lebih lama dan buat wajah korang lebih glowing.Saya dah try dan memang akan buat makeup korang lebih cantik.Tak payah makeup tebal dah.Spray lepas tu pakai bedak dan lipstik je.Tunggu tengahari sikit tengok makeup korang.Makin berseri.. :D


Sekarang MNK MAGIQUE SKINZ ada harga promosi.Jadi korang yang nak cuba-cuba menjimatkan kos untuk penjagaan kulit wajah boleh la dapatkan sementara ada harga promosi ni.Kenapa saya kata jimat sebab dengan sebotol Booster spray ni akan menggantikan toner, serum dan segala jenis krim muka korang..jangan ragu-ragu menggunakan Booster spray ni kerana MNK MAGIQUE SKINZ adalah produk yang berdaftar dengan KKM (150902354K). Untuk Harga MNK MAGIQUE SKINZ :-

HARGA PASARAN :

SM : RM 187
SS : RM 197
Postage RM7.00

HARGA PROMOSI
(terhad sementara stok Promosi masih ada)
SM : RM160
SS : RM170
P/s:Kalau Beli sekarang dapat  Harga Stok diskaun + FREE POSTAGE 

Pembelian Online melalui ejen:- 
+6017 3611 350 (HQ MNK MAGIQUE SKINZ) 
+60 19 370 0488 ( kakjie Stokist)
+6011 3549 7769 Fiza
+ 6019 251 6682 Fariza

FACEBOOK:-  MNKMagiqueSkinzHQ

INSTAGRAM;-  mnkmagiqueskinzhq

WEBSITE:-  www.mnkmagiqueskinz.com

Sekian...

NAK PILIH LELAKI TINGGI ATAU YANG RENDAH

Assalamualaikum..

Pertama kali saya jumpa suami saya , terdetik dalam hati tinggi nya dia ni.Hahah..Padahal sebenarnya dia tak la tinggi sampai saya kena dongak untuk tengok dia.Mungkin sebab saya ni rendah je jadi saya rasa dia sangat tinggi.Bagi wanita yang tinggi nya 160 atau lebih mungkin akan kata suami saya tak la tinggi sangat..Dulu saya tak de tetapkan pendirian  cuma nak dekat dengan lelaki tinggi saja ..Saya rasa rendah ke tinggi ke ok je asal kan baik dengan saya.




Tapi ada perempuan yang dia dah tetapkan lelaki yang nak jadi suami dia mesti lah lebih tinggi dari dia.kalau rendah atau sama tinggi tu memang tak de peluang la nak jadi pasangan dia,.Tinggi lebih 5cm dari dia pun tak boleh..kena lebih dari 15cm ...hahahahah..Itu citarasa orang la..kan??Dah dia suka macam tu..

Ada jugak yang mula-mula dia memang nak cari yang tinggi je..Tapi entah macam mana yang rendah tu pulak pandai ambil hatinya, lebih bergaya, lebih berharta..heheh..terus tak mampu nak tolak bila lelaki tu luahkan perasaan.Atau atau juga yang memang tiba-tiba pintu hatinya terbuka untuk tidak memandang pada rendah atau tinggi,tapi yang penting hatinya baik dan nampak keikhlasan nya.



Ada satu kajian mengatakan lelaki tinggi akan buat wanita lebih bahagia.Lelaki tinggi akan buat wanita rasa lebih selamat dan kebanyakan wanita yang mendapat suami yang tinggi akan mudah hamil dan subur.

Tapi lelaki yang lebih rendah dari isteri pun ada kelebihan nya tau.Lelaki yang lebih rendah atau sama rendah dengan isteri biasanya akan lebih mengutamakan isteri dan anak-anaknya.Dia suka berfikir jauh ke hadapan dan setiap tindakan nya terlihat lebih matang.Dan paling menarik lelaki rendah akan lebih banyak mengalah jika berselisih pendapat dengan pasangan.

Jadi lepas ni dah tahu ke nak pilih yang lebih tinggi atau yang lebih rendah??heheehh...

sekian..


Wednesday, 21 December 2016

7 TANDA UNTUK ANDA KENALI ORANG YANG HIPOKRIT

Assalamualaikum...

Hipokrit..!!Tak sukar untuk kita mengenali manusia yang hipokrit.Apa lagi pada mereka yang kerap kali di label hipokrit ini antara mereka-mereka yang sering dberi perhatian oleh orang sekeliling tak kira di tempat kerja , di dalam kelas atau pun mungkin dikalangan ahli keluarga kita.

Nak tahu tanda mereka adalah orang yang hipokrit??











Hipokrit untuk menjaga hubungan tanpa ada niat buruk dan bukan dengan niat mengaut keuntungan pada diri sendiri tak salah .Cuma kalau hipokrit yang penuh muslihat jahat elok la ditinggalkan sikap buruk tersebut.

sekian..