Skip to main content

SEKARANG BUKAN ZAMAN BERMENUNG DAN MENUNGGU

Assalamualaikum...


Saya sekarang ni tengah kalut buat persiapan sekolah anak.
Walaupun anak yang sekolah cuma seorang je tapi
saya memang nak siapkan awal2 semuanya .
lepas siap semua baru la lega nak berjalan makan angin ke, nak bercuti ke..kan?
bajet pun tak lari..hahaha..

Sekarang tengok dok cari orang jual telekung untuk budak.
Telekung untuk anak pakai ke sekolah agama.
Telekung yang tahun lepas tu nampak macam dah singkat sikit.
cepatnya anak saya meninggi.Lagi anak besar, lagi banyak nak pakai duit.

Orang kata duit bukan segalanya tapi zaman sekarang duit boleh beli segalanya.
Ada orang yang boleh dibeli iman nya..Suap 2, 3 ratus semua boleh jalan.
nyawa pun boleh dijual beli.kalau tidak tak de la kes jenayah bunuh membunuh tu.
Nak sihat pun kena ada duit sekarang ni kalau tidak
makan  la ubat dari Klinik kesihatan je...
kalau sakit,  nak pi klinik tu pun dah makan kos..

Sekarang kalau tengok makcik2  pakcik yang dah bersara
pun tak mau dok saja..
nak juga buat sesuatu yang boleh mendatang kan duit.

Sebab tu saya pelik sikit kalau ada orang yang sepatutnya bekerja tapi dia tak kerja.
Sebab sekarang ni macam2 cara boleh untuk cari duit.
macam mana dia tergamak duduk saja dengan senang hati tak kerja.
Orang ada PHD pun sanggup jual nasik lemak tepi jalan
sebab nak cari duit.
Suri rumah pun la ni dok rumah tapi ada berniaga sikit2 untuk duit.
Jangan ingat suri rumah la ni tadah duit suami ja tau...

Sekarang bukan zaman untuk kita bermenung menunggu segalanya disuap.
kalau ada yang nak bagi kat kita pun, bukan bagi saja..Ada makna lain tu.
Dah bagi tapi lepas tu ambik balik.baik tak payah bagi..kan??

Jadi sebelum dia bagi lagi banyak untuk ambik lebih banyak dari kita,
baik la kita bangkit usaha cari duit sendiri..

sekian..

Comments

  1. kan? zaman dah tak boleh nak bermalas malasan lepak kedai kopi isap rokok daun dah. Nak2 lagi dapat PM kaki pow hahaha

    ReplyDelete
  2. Sekarang semua duit...duit...duit...takde duit hape pon tak bole

    ReplyDelete
  3. Ya setuju tu kak.. duit takan dtg trgolek klau x da usaha..kita yg surirumah ni pun brusaha gigih nak bntu rignkn beban suami

    ReplyDelete
  4. Betul tu, Diana. Duit bukan segala-galanya walaupun boleh beli hampir segalanya. Tapi daripada tak berduit, lebih baiklah berduitkan. Zaman sekarang semua nak kena guna duit. Kalau takda duit, sesak nafas jadinya. Nak mengharapkan cinta aje sekarang ni pun tak boleh tau. Eh, apa ke hal pulak masuk bab cinta ni ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …