Skip to main content

RISIKO RAMAI PENGIKUT DILAMAN SOSIAL

Assalamualaikum...



Siapa ada follow saya kat facebook , kat instagram ..ada??
kalau tak de ni ha..facebook saya Diana Rashid
Instagram saya pulak di sini Diana Rashid

Wah..tetiba promote laman sosial sendiri ni dah kenapa kan??
saja la nak menambah ramai kawan dan rangkaian..gitewww...
Tapi semakin ramai rakan kita dilaman sosial semakin besar risiko nya.
Risiko nak bergaduh, risiko akaun nak kena hack,
risiko nak diganggu dengan ayat2 lucah dan sebagainya.
Dalam ramai2 tu bukan semua tu suka pada kita.
Jangan marah kalau tiba2 pendapat dan pandangan kita
ada yang bangkang dan silap2 dia capture screen untuk buat bahan jenaka.

Jangan terkejut juga bila ada yang jadi batu api.
Dia tengok awak baik dengan si A, dia pun
pergi kat awak mencocok awak dengan macam2 ayat yang
buat awak marah dan tiba2 awak rasa si A  ni umpama saingan awak .
Terus dari kawan jadi saingan pulak.



Macam baru2 ni berlaku kat Pak Nil.
katanya dah retak2 sikit hubungan dia dengan sorang kawan dia ni
gara2 orang dok cocok2 kawan dia.
kawan dia pulak rasa tercabar, terus maki hamun Pak Nil
dengan ayat2 tak sedap di dengar.
Siap ada video si kawan Pak Nil ni buang
benda yang paknil bagi kat dia ke dalam tong sampah.
Kesian Pak Nil tau..Tak pasal2 je..kan?

Sekian..

Comments

  1. geng cocok2 belakang memang ramai.. semua bergantung pada kita... macam saya lantak la orang nak burukkan saya pun. Saya pun bukan baik sangat & orang yang burukkan saya pun terang2 tak baik jugak. Orang baik tak burukkan orang. hehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau rajin dilayan mmg mcm2 masalah timbul kan..abaikan saja benda2 xpenting tu.

    ReplyDelete
  3. Betullah lah tu...memang banyak risiko.
    Pada kakak wasap group juga lagi banyak risiko ,kadang boleh gaduh juga.

    ReplyDelete
  4. Kecuali blog, laman sosial lain saya tak punya ramai kawan. FB dan twitter cuma khas utk mereka yg betul2 rapat dan saudara terdekat saja...

    ReplyDelete
  5. Itiulah risiko media sosial.
    terlalu mendedahkan, tak elok juga.

    Ok, saya nak follow IG awak...hahaha

    ReplyDelete
  6. Seronok memang seronok bila ada ramai pengikut di laman sosial tapi ada pro dan kontranya. Kenalah bersedia kalau dah dikenali ramai. Banyak perkara yang tak menjadi privacy lagi dalam diri kita bila dah dikenali.

    Bab Pak Nil ni tak tahu menahu pulak ceritanya sebab saya ni memang tak berapa nak aktiflah kat laman sosial. Rasa macam nak buka akaun Instagram tapi sampai la ni tak kesampaian lagi niat di hati!

    ReplyDelete
  7. Hi Diana ..
    Kita dah kawan kat IG kan? hihi

    ReplyDelete
  8. Haah la kecian kat pak nil kan...dua2 kira da follow kan hihi

    ReplyDelete
  9. manusia spesis batu api ni ada jer kat mana-mana pun diana..entah apa yg dia dapat bila lagakan org pun tak tau laaa.

    ReplyDelete
  10. susah jugak, kan !
    jadi org biasa biasa sudah la. hikhiks

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …