RESEPI GORENG PISANG YANG RANGUP DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Minum petang kita hari ni ialah goreng pisang dan sosej goreng je.
Pisang goreng tu dah tentu untuk ibu.
Dan anak2 memang suka makan sosej goreng..kan?
Tapi tak elok diamalkan selalu.
sekali sekala ok je..
Memang rangup goreng pisang dan sosej saya ni..sedap!
(siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..heheh)



Biasanya kalau goreng sosej memang saya suka salut dengan tepung.
Bla makan rangup je rasa .
Sama je adunan tepung tu saya bancuh macam untuk 
buat pisang goreng.



Saya tak berapa suka tepung yang tebal  dan keras.
saya suka ianya nipis tapi rangup.
Selalunya kalau adunan tepung nya tebal bila dah sejuk 
tak sedap nak makan sebab minyak dalam tepung tu meleleh2 keluar.
jadi bila tepung tu nipis je salut pada pisang ataiu sosej tak de la banyak minyak yang terperangkap.
kejadian nya pun nampak cantik..je..kan??

Saya punya bancuhan tepung ni senang je.
Untuk 5-6 biji pisang ini cara bancuhan nya..

5-6 biji pisang masak
2 sudu tepung gandung
sedikit garam 
1 cawan air ais (dari dalam peti sejuk)

cara-caranya..
campur semua bahan kecuali pisang.
kacau sebati dan boleh la 
dicelup kan pisang atau sosej ke dalam tepung.
Goreng dengan minyak yang panas.

Adunan ni jugak selalu saya guna 
untuk goreng tempe dan tauhu..
Boleh la cuba kalau selera kita sama..:)



sekian..

Post a comment

6 Comments

  1. Sama la cara kita..bila mkn krup krap ranggup hhehe

    ReplyDelete
  2. saya guna tepung beras campur tepung gandum ..... mmg rangup .....

    ReplyDelete
  3. Tak pernah goreng sosej ngan tepung. Slalu goreng macam tu jer.

    ReplyDelete
  4. Wah, mudah aje rupanya! Memang simplelah cara Diana ni. Boleh try kalau ada beli pisang kat rumah ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)