Skip to main content

PERASMIAN 15 DISEMBER TAPI SUDAH ADA YANG TIDUR DI KAKI LIMA RESTORAN FIZO OMAR

Assalamualaikum...

Selalunya bila satu restoran dibuka memang ambil masa untuk restoran
tersebut mendapat tempat di hati pelanggan.
Selain dari promosi yang berterusan , hidangan dan layanan sangat ditiik beratkan oleh pelanggan2.
Tapi saya agak terkejut dengan Restoran yang satu ni.
Belum pun dibuka dan dirasmikan tapi sudah ada pelanggan yang sanggup
tidur di kali lima kedai untuk menunggu pintu restoran dibukA.



Restoran Makanan Thai FIZOMAWAR  KITCHEN yang diusahakan oleh
pasangan suami isteri Fizo Omar dan Mawar
ini dikatakan akan dirasmikan pembukaan 15 disember ini namun apa yang mengejutkan
sudah ada pelanggan yang berbaris di kedai dan sanggup bermalam
di kaki lima Restoran tersebut.



Ramai yang mempertikaikan tindakan orang ramai yang terlalu taksub
hingga sanggup bermalam di kaki lima kedai sehingga ianya kelihatan seolah2
ianya sebagai satu strategi pemasaran yang di rancang oleh Fizo dan Mawar sendiri.





Kalau difikir2 kan tak logik jugak kan..
Tak kan la setakat nak dapatkan "preoder" restoran Thai je sampai
nak bermalam kat kaki lima kedai.
Kalau sebelum ni ada yang sanggup bermalam di Kaki lima
hanya untuk membeli tudung Fareeda Tapi yang ni
hanya sebab nak buat tempahan awal untuk  makanan thai.

Harap2 ini bukan lah promosi awal yang di rancang  oleh Fizo Dan Isteri kerana
ianya seolah2 menggambarkan sikap buruk rakyat malaysia yang terlalu berlebih lebihan
untuk perkara2 yang tidak penting dan tidak masuk akal.


sekian..

Comments

  1. Haah la x logik btl la..menjatuhkn maruah sndiri taksub smpai mcm tu sekali..agak2 juga la kn

    ReplyDelete
  2. huh... memang ramai peminat diorang ni.... Allhamdulillah rezeki mereka....

    ReplyDelete
  3. mcm mcm kan skrg ni.
    apa sahaja..
    jgn berlebih lebihan

    ReplyDelete
  4. Ye ke? Nampak sangat taksubnya depa ni....

    ReplyDelete
  5. Memang tak bole nak hadam dgn manusia2 yg camni...makan je kot ape.sampai camtu sekali...

    ReplyDelete
  6. Kelakar sungguh! Belum buka pun yang sibuk nak berkampung tu buat apa? Bukan nak jual tudung pun yang bila sold out, takda lagi dah. Lainlah kalau hari ni buka restoran, esok lusa dah tutup. Tak pun menu disediakan sekali aje lepas tu bertukar menu, tahun depan pulak kena tunggu menu rotate kembali. Yang itu memang afdallah berkampung halaman di depan restoran. Betul-betul tak faham perangai sesetengah manusia ni tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …