PENGANJUR ANUGERAH JUARA LAGU TIPU KUMPULAN SEARCH?

Assalamualaikum..

Sampai hari tak banyak band yang mampu bertahan macam kumpulan Wing dan Search..kan?
sampai ke negara seberang pun mereka ada pengikut mereka sendiri.Macam search sendiri walau tak berapa aktif dah tapi peminat2 mereka tetap ada di Malaysia, Singapura dan Indonesia.




Walaupun diaorang dah kurang buat persembahan kat mana2 tapi sekurang2 nya jangan lah dipandang rendah pada mereka ni.

Tadi terbaca luahan kecewa Amy Search yang katanya penganjur AJL kata suruh datang sebab nak bagi anugerah IKON untuk kumpulan Search.Tapi bila sampai rupa-rupanya hanya sebagai penyeri majlis saja.




Tak patut betul penganjur buat macam tu.Mungkin lah ada  salah faham masa sampaikan maklumat tu tapi tak payah kot nak kata ada nak bagi award bagai sedangkan yang sebenarnya sebagai penyeri majlis saja.

Kalau bagi tau kehadiran diaorang sebagai penyeri majlis saja pun rasanya Amy  dan kawan-kawan dia faham.tak de la sampai yang kurang sijhat pun terpaksa datang..kan??

sekian..



Post a comment

2 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)