Skip to main content

MAAF ITU PERLU DI PINTA.IA TIDAK DATANG DENGAN SENDIRI

Assalamualaikum...



Selalu kita tengok orang yang buat salah dengan kita,
boleh berjalan2, boleh berselfie, boleh bergelak ketawa
dengan muka dia yang ceria macam langsung tak de masalah.
Tertanya2 dia tak ke susah hati dengan apa yang dia pernah buat pada kita.
Dia aniaya kita, dia gelapkan masa depn kita,
dia porak peranda kan keluarga kita,
dia musnah kan kepercayaan kita.
tapi dia boleh bergembira setiap masa.
tak de ke dia rasa resah gelisah dengan apa yang dia buat dulu??

Sama jugak macam kita sendiri..
Kita ke sana sini makan angin, berselfie,
membeli belah macam kita tak de masalah..
pernah tak kita fikir tentang orang2 yang kita aniaya,
yang kita berlaku kejam pada nya, yang kita musnahkan
harapan dan semangat nya..pernah tak kita fikir semua tu??

Adakah kita rasa dengan membiarkan masa berlalu
kita punya salah silap pada orang tu akan terhapus dosanya.?
jangan mimpi ye..
kemaafan tu kita tak kan dapat selagi kita tak minta.
Kita kena minta maaf pada orang ..
kita kena mengaku salah kita..
baru lah kita dapat kemaafan tu..

jangan sangka..
"dia layan aku ok je..mesti dia dah lupa dan maafkan salah aku dulu.."
silap la kalau fikir macam tu..
Kita mungkin boleh lupa apa yang kita buat,
apa yang kita cakap..
tapi orang tu tak kan lupa apa kita buat, apa kita cakap.

Memang kita digalak kan untuk memaafkan..
tapi yakin kah kita yang orang tu sudah memaafkan kita tanpa kita
sendiri berdepan dengan dia untuk sebuah kemaafan??


sekian..

Comments

  1. mintalah maaf jika tlh membuat kesalahan agar yg merasakannya xmenyimpan dendam...

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita ada rasa tak sampai hati bila orang yang menyakiti hati kita datang buat baik macam apa yang dia buat tu mudah di maafkan .walau kita tak ada la rasa nak balas dendam tapi hati tu tawar sangat nak baik cuma pura2 baik sebab tak sampai hati jer.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Maaf memaafkan ..insha Allah hati tenang rezeki pun dekat...

    ReplyDelete
  4. kena maafkan semua orang sebelum tidur....mesti dapat tidur yang berkualiti dan bangun pagi yang menyegarkan. tapi itu kata penceramah la..... hahahaha, mungkin kut. kena cuba jugak lah

    ReplyDelete
  5. macam entry saya dekat sini..
    http://aizamia3.blogspot.my/2015/12/muntah-darah-terus-macam-ni.html

    ReplyDelete
  6. itulah salah faham yang selalu orang buat, ramai je yg ego sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  7. ada peristiwa yg terlalu sukar utk dimaafkan dan minta maaf oleh si pelaku. Masa berlalu..tapi ia kekal sbg satu dosa sbb tiada kemaafan dipinta oleh pelaku dan tiada kemaafan diberi oleh yg teraniaya.

    ReplyDelete
  8. N3 ni buat akak berpikir dalam2 dan panjang2 mana la tau adabterbuat sesuatu yg menyakitkan hati orang...ok nak sambung pikir lagi

    ReplyDelete
  9. Memg btl apa yg akak tulis ni, kekdg tefikir juga mcm ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …